Thursday, May 07, 2009

Hati seorang ibu...

Kereta abang berhenti tepat di hadapan tempat aku menunggu. Kelopak mata terasa panas kembali. Dadaku kembali sebak. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta, air mataku mula mengalir perlahan.
"Kenapa ni?"
soal abang kehairanan. Terbayang situasi yang sama berlaku semasa aku mengandungkan Nur Iwani. Aku diam. Airmata semakin berjuraian. Aku kesat dengan belakang tapak tangan.
"Kenapa teriak?"
Aku tak pandang abang.
"Doktor cakap uri dok kat bawah. Pastu, baby dalam kandungan kecik. 1.6kg ja. Sepatutnya kalau dah 33 minggu, berat baby kena lebih dr 2kg."
"Abistu?"
"Dia bagi tarikh untuk refer kat pakar O & G," ujarku masih dalam nada sebak.
Kalau kes aku diambil oleh Hospital kerajaan, tentu saja aku takdak can nak bersalin kat hospital swasta. Aku memang merancang tak mahu lagi bersalin di sana. Serik!
"Bila tarikhnya?"
"Nanti petang, misi call bagitau tarikh."
"Allahuakbar! Takyah la nak sedih. Yang bukannya besar mana nak bawa budak besar. Tengok kemampuan tubuh badan lah. Tengok perut. Doktor tu kata sebab dah dia belajar berat baby kena macam tu. Takyah nak teriak lah."
***
Malam tu, selepas anak-anak tidur. Aku melepak sebelah abang yang tengah sibuk siapkan kerja dia depan komputer.
"Ana susah hatilah abang. Takut nanti jadi macam kes Aqilah dulu."
"Alaah...buat apa nak susah hati. Tengoklah perut yang besar mana. Takkan lah Ibu memerang nak mengandungkan anak gajah. Lainlah kalau Ibu gajah mengandungkan anak memerang."
Ish! Ada ka pulak disamakan isterinya dengan memerang. Tapi aku diam sahaja. Suamiku ni kalau bercakap, memang ada logiknya meskipun perumpamaan yang diberikan tak terjangkau dek akalku sendiri.
"Mak suruh makan protein yang abang beli tu. Mama pulak cakap ana kurang makan, suka lengah-lengahkan masa makan."
"Memang pun. Makan memilih."
Kena lagi!
***
Kalau ikut tarikh due, aku ada masa sebulan jer lagi. Dalam hati aku berkira-kira nak buat buat solat sunat, nak baca Al-Quran, nak dekatkan diri dengan Allah...
Aku dah banyak lalai. Kerja-kerja duniawi banyak menghalang aku daripada mengutamakan hal-hal akhirat. Dengan keadaan rumah yang masih tunggang langgang, dengan hal-hal kerja, anak-anak, layananku pada suami. Teruknya aku! Kadang-kadang rasa macam akulah anak, isteri dan ibu paling teruk sekali. Tak ada time management.

Ya Allah...bimbinglah aku. Aku kena lebih banyak beristiqamah!

No comments:

Post a Comment

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^