Friday, May 22, 2009

Rumah akan bersawang buat seketika...

Salam buat semua yang disayangi dan dikasihi. Rumah ni akan bersawang buat seketika. Tak mampu lagi untuk berfikir apa-apa buat masa ini. Aku baru jer balik dari check up kat hospital tadi. Dekat setengah hari juga aku di sana.
Sedikit cerita perkembangan terkini tentang kandunganku kali ni. Syukur Alhamdulillah, uri dah tak dok kat bawah sangat dah. Kepala baby pun dah berada lepas daripada uri. Cuma tadi doc bagitau air ketuban sikit. Tak cukup. So doc nak pantau beberapa keadaan, jantung gerak anak, aliran darah uri ke tali pusat dan kandungan air ketuban.
So, start hari ni kena dok p buat ctg scan kat hospital dan Isnin ni kena pi hospital sekali lagi untuk buat doppler scan untuk tau perkembangan aliran darah ke pada baby. Pastu kena p suntikan deksa untuk mematangkan paru-paru baby sbb kandunganku baru berusia 35 minggu. So, kalau carta gerak jantung anak dah x brapa ok, mungkin minggu depan aku kena bersalin juga. Lagipun minggu depan, cukup usia kandungan 9 bulan (36 minggu).
Projek DCJ dan JK, Insyallah akan disambung selepas semuanya selamat. Ana nak mohon kepada semua yang pernah menziarah blog ana supaya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ana & baby.
Ana dah tak mampu nak fikir apa-apa lagi sekarang sebab hati dah mula berdebar-debar menanti kelahiran ketiga ini. Doakan kami ya!

Ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan buat semua yang pernah menziarah blog ana.


Assalamualaikum dan jumpa lagi nanti!

3 comments:

  1. salam..semoga dipermudahkan semuanya..insya Allah(^_^)

    ReplyDelete
  2. Salam.. Insya ALlah Semoga dipermudahkan.. bersalin di mana? take care.

    ReplyDelete
  3. xtau lagi Kakyong.Esok kena p hospital skali lg,doc nak buat doppler scan.Nak tgk aliran darah ke tali pusat.Kalao doc soh bsalin jgk mggu depan, ana mungkin nak minta transfer kes ke Penang.Balik umah mak.Tp kalo x bole,mgkn bsalin di Perlis aje.Huhu,tringin nak bsalin di hosp swasta,tp sayang sbb ana dah ada previous case utk anak sulung & no 2..for sure doc susah nak lepas.Tq byk2 ya ats doa Dyra & kakyong.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^