Wednesday, July 22, 2009

Club foot @ Talipes

"Note how this foot turns inward in this baby with a club foot deformity. Unlike other foot alignment problems that can be caused by positioning before they were born, a club foot deformity can not easily be straightened out. Treatment for club foot begins shortly after the child is born and may involve manipulation, casting, and surgery."-sumber internet
http://pediatrics.about.com/library/pictures/bl_club_foot.htm


Kenapa ana citer pasal hal ni? Mungkin kita boleh panggil kecacatan semasa lahir. Betulkan saya sekiranya tersilap. Betullah kata-kata orang tua atau pun kenyataan di atas. Ia terjadi kerana posisi tidur si ibu semasa mengandung. Ana tak berapa ingat macam mana kedudukan posisi tidur semasa mengandungkan Nur Aqilah dan Nur Iwani. Tapi, mengandung kali ni memang pada mulanya ana banyak tidur di sebelah kanan. Cuma, bila bulan-bulan terakhir, ana kerap dan tersedar ana banyak berbaring di sebelah kiri. Agaknya sebab tu perkara ini terjadi pada Nur Adlin. Perkara ini hampir-hampir berlaku pada anak ke-3, Nur Adlin. Citernya begini...

Hari kedua, sebaik sahaja discaj wad Pusat Rawatan Mahsuri, ana balik ke rumah di Perlis. Nak kemas-kemas sedikit barang sebelum bertolak pulang dan berpantang di rumah mak kat Penang. Masa dok siap-siapkan Nur Adlin, ana terperasan sesuatu pada kakinya. Kaki kiri Nur Adlin sedikit bengkok ke dalam, hampir menyerupai seperti gambar di atas. Tapi tak ketara sangat. Hati dah mula cuak. Tunjuk kat abang. Cakap kat abang, menyesalnya tak buka bedung baby masa kat wad. Sebab baby dijaga oleh jururawat di sana sepenuhnya. Ana cuma dapat tengok sebelum ditolak masuk wad, sebelah malam sebleum tidur dan pagi, masa doktor dok buat round. Tapi baby dah dibedung elok. So, ana tak banyak kacau sangat sebab baby lena kekenyangan. Walapun hati ni rasa macam nak tengok sangat-sangat seluruh anggotanya. Nak kira bilangan jari-jemarinya.



Tapi ana tak buat semua tu macam yang ana buat kat Nur Aqilah dan Nur Iwani. Hari ke-5, lawatan ke klinik kesihatan untuk check kuning baby, aku baru bagitau jururawat yang memeriksa Nur Adlin. Depa kata Talipes. Puncanya sama lah juga. So, jururawat suruh refer doktor. Doktor klinik kesihatan refer kes kepada Pakar Ortopedik dan Fisioterapi hospital Seberang Jaya. Semasa fisio, kaki Nur Adlin dibalut macam pakai cast. Fisioterapis kat situ cakap, kaki dia tak nampak ketara sangat. Masih boleh dibetulkan kerana tulang dia masih lembut lagi. Ana diajar macam mana nak excercise kaki Adlin supaya kembali ke posisi normal. Masuk minggu ke-3, ana bawa Adlin jumpa Pakar Orto. Mujur doktor pakar sendiri yang tengok dan ambil kes Adlin. Dia kata, kaki Adlin normal. Tak nampak cacat sebab kaki dia boleh berpusing ke kedudukan normal. So, doktor cakap Adlin tak perlu buat follow up atau ke fisioterapi lagi. Lega rasanya. lega sangat-sangat.

So sekarang, walaupun doktor dah bagi jaminan, ana masih juga urut sikit-sikit kaki dia, terutama selepas mandi. Tak mahu kaki dia nampak seperti mula-mula ana tengok. So, ibu-ibu kat luar sana yang baca blog ana, please alert dan buat lah rawatan awal sebab kalo baby dah besar, susah. Masa tu tulang dia dah keras. Cara rawatan ketika tu hanya dengan pembedahan atau simen lah jawabnya.
So, kalo nak tau pasal Talipes, layari salah satu laman web yang ana jumpa ni
http://www.wisegeek.com/what-is-talipes.htm
Sebenarnya, ada banyak lagi pasal club foot dan Talipes ni. Boleh layari kat Internet jer.

Hmm..inilah pengalaman ana yang agak mendebarkan dan mampu buat jantung ana tercabut..hahah..takutkan? Risaukan? Takut nak menghadapi kalau-kalau dapat anak cacat..Itulah yang sebenarnya dalam fikiran ana. Ana takut ana tak kuat nak menghadapi semuanya. Cukup lah dengan Aqilah seorang, yang lahir pramatang. Ana memang tak kuat. Lemah nak melihat dan nak mengharungi semua ni. Kalo apa-apa yang berlaku pada anak-anak ana, ana berani jamin dan yakin sangat-sangat..semua yang berlaku adalah hukuman untuk ana. Sebab ana mesti nak salahkan diri sendiri. Yalah..tentu ada sesuatu yang si ibu dah buat silap mungkin sebelum mengandung atau semasa mengandung, dan Allah nak tunjuk bahawa si ibu dah buat kesalahan.

Nau'zubillah...

4 comments:

  1. salam Ana,
    mujur diambl tindakan sejak awal..
    dlm keluarga besar kami ade juga bb yg ade msalah tu masa bb.. kebetulan salah sorg sedara yg kerja di bhgn fisioterapi.. so dia lah yg ajar cara nak urut kaki bb..

    kakyong dulu masa mengandung pun memang tidur belah kanan jer...

    nanti join contest kakyong.. ana dah follow blog kakyong kan...?~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..mujur dpt kesan dr awal....trkdg kita xprasan benda2 camni..

    ReplyDelete
  3. hai..my baby pun talipes,p masane dah treatment kakinya..p sape2 aa yg baby talipes? skses ke ?

    ReplyDelete
  4. Salam kak Ana
    baby saya Emran pun talipes..10 bulan
    sedang buat rawatan di HTAR
    jemput singgah di www.elis.jomsupplement.com untuk bertukar pandangan
    Anissa 0192776969

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^