Thursday, July 09, 2009

MENU MASAKAN HARI MINGGU

Hari Ahad yang lalu, abang tringin nak makan masakan dindin (betul ke eja ni?). Masakan turun temurun keluarga abang. So, nak tak nak, aku turun dapur sama walaupun masih dlm pantang. Lagipun, dia kata dia nak masak sendri, so aku cuma jadi pemantau ajer sambil bersihkan apa2 yang patut (paham-paham jer lah bila orang lelaki masuk dapur). Suamiku ni memang rajin & pandai masak. Tapi tengoklah lah pada keinginannya. Kalau dia nak makan sesuatu, dia sanggup masak sendri (kalau aku tak larat atau cam time2 sekarang). Tapi yang kelakarnya, aku beria-ia amik gambar bahan-bahan, gambar masakan yang dah siap aku bole terlupa nak amik. keh..keh..jangan marah. Nanti kalo berkesempatan masak lagi, aku amik gambar yang dah siap. So, mari tengok telatahnya di dapur.


Daging menjadi bahan utama resepi masakan ini. Kena rebus dahulu, pastu dihiris sederhana nipis.
Selepas dihiris, kena tumbuk pula. Tengoklah telatah anak sulungku menolong babanya menumbuk daging. Tumbuk elok-elok ya Aqilah.


Pastu kena goreng sampai garing, macam gambar di bawah.



Ini kuahnya, bawang merah, cili kering dan jintan manis (dihiris, digoreng dan dikisar bersama). Pastu terus tumis dalam minyak panas dan kemudian campur sikit dengan air rebusan daging.Lastly, masukkan kicap manis dan daging tadi dan biarkan hingga mendidih. Kalau nak kuah banyak, jangan biar sampai kering.

Ini pun hasil air tangan suami juga. Sup tulang dan masak asam tempoyak. Sedapp..aku yang tak suka makan durian, boleh tambah berkali-kali makan masak asam tempoyak ni. Sampaikan abang perli, itu tak rasa durian lagi tu. Tapi rasanya lidahku memang tak le nak telan durian. Tak lalu. Masakan asam tempoyak ni lain la. Dah campur macam-macam.
Hehehe..macam-macamlah alasannya.


Ikan keli yang masih hidup. Eiii...tk sanggup nak siang. Geliii....nasib baik ada chef hari ni. Hehhehe...







6 comments:

  1. emm...pndainya suami msk..sedap lak nmpk asam tempoyak tu..akak pn mmg xsuka mkn durian ttp smbal tempoyak suka lak. bolh le bg resepi asam tempoyak tu nnti yek...

    ReplyDelete
  2. ohh, cam tu gaya hubby u masak dendeng...
    ala2 sup gitu...

    kakyong nyer stail, sila refer kat sini..
    http://kakyong72.blogspot.com/2009/06/resepi-rendang-dendeng.html

    ReplyDelete
  3. ok k.nza,nnti ana masukkan dlm blog.

    ReplyDelete
  4. mm,sbnrnya kakyong, dindin tu lebih mcm masak kicap.itu lah,aritu lupa nk tangkap gmbr hasil akhir.kuahnya akn jd kering,pekat & hitam sbb dh taruk kicap.nnti bila masak lg,sy masukkan gmbr.

    ReplyDelete
  5. along masak?hehehe....rajin nya....bila blk sni,tdo jer..hahaha...tau along suka msk sup jer..ngidam la tu...k ana,citer psl khadeja tu x abis la..spe umar tue?

    ReplyDelete
  6. tul tue eila... dulu2 suka buli kita kan... skrg dia plak masak.. tapi kat rumah tak penah nk masak...masak le sekali kasi mak ngan bapak rasa..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^