Tuesday, August 04, 2009

Berperang dengan perasaaan... Uhuk..uhuk..

Sedihnyerr...uhuk..uhk...

"Nape mama dah nak tinggal Adlin? Mama tak cian kat Adlin ke?"
(sebenarnya aku yang sedih lebih-lebih. Mana Adlin boleh bercakap lagi. Takpe, dari pandangan mata dia, aku paham maksudnya. Wakaka...)

"Mama dah nak keja, sayang. Bos dah tak bagi mama sambung cuti."

Permohonan untuk sambung cuti ditolak tanpa mendengar alasan-alasanku. Sadis sungguh!

Waaa...simptom nak mula keja kembali lagi. 2 bulan bersama Baby Adlin...beratnya hati nak hantar dia ke nurseri. Nak-nak pula dia menangis, menolak bila dah mula diajar minum pakai botol.

"Mama, Adlin taknak pakai botol. Adlin nak nyot..nyot.."

Aku yang kesian, tak jadi train Adlin minum pakai botol. Abang balik sekolah..

"Abang..tolong train Adlin. Ana tak mampu la. Cian tengok dia meraung."

"Haa..yang ni lembut sangat. Biar jer dia nangis. Bila dah lapar sangat, dia mesti hisap juga."

"Sedih la tengok susu yang diperah, diluah buang. Penat jer."

"Takpe, kan susu badan banyak. Bukan pakai susu tepung."

Ughh..pelik jugak Adlin ni. Rasa susu yang sama. Cuma pakai medium yang berlainan jer. Teringat masa kami train Aqilah pakai botol. Cengginilah susahnya. Dia sanggup merajuk, tidur dan tak minum seharian. Seksanya...

Tapi bila nak train Iwani...Alhamdullillah. Senang jer.

Ni bila mai kat Adlin. Arghh...sudah. Dah jadi macam kakak dia pula.

Tulungggg........

3 comments:

  1. sabar ye..sbb baby dah rase rapat sgt dgn kite,mmg pyh nk sumbat botol

    ReplyDelete
  2. sabar je le..nk wat camne. gitulh nasib kita, ibu2 yg bekerja..huk,huk,huk...

    ReplyDelete
  3. Ana,
    siannyer ...
    adlin nak direct, xnak botol...
    aliya pun dah 1 tahun pun tak reti botol..
    tp kalo kakak sulong berjaya.. adlin pun pasti boleh kot.. amik masa sket kan...

    kalo kakyong ditempat Ana pun memang sedey la, tgk anak xnak susu thru botol.. mana tahan tgk anak melalak camtu..
    aliya dulu pun ayahnya cuba utk 1 minggu.. last2 give up..
    mujur lah ibu 24 jam dirumah.. tp susah lah nak amik kerja part time.. asyik kena kelek dia jer ke mana pergi..

    ohyer.. jgn lupa masuk contest catatan ibu..
    http://kakyong72.blogspot.com/2009/08/contest-jom-main-air-bersama.html

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^