Sunday, August 02, 2009

Hari bermalas-malasan di atas katil...

Hari ni, bangun jer dari tido, hampir luruh jantung bila melihat di sebelah. Kepala baby Adlin dah berada di atas birai katil. Bantal peluk yang besar untuk jadi pemidang dah tertolak ke tepi. Kusss..semangat. Nasib baik sekerat jer. Walaupun katil kami rendah (suami bli katil stail Jepun), tapi untuk umor yg macam Adlin, tak boleh diduga juga natijahnya. Ish..ish..Adlin ni, baru nak masuk 2 bulan, buasnya tido. Mujur mama sedar, kalo tak..hiii..na'uzubillah. Minta simpang.

Malasnya nak bangun dari katil. Tapi banyak keja umah yang takkan penah selesai. Kalo tak basuh baju, dalam raga akan makin bertimbun. Lantai pun dah berhabuk. Nak kena mop. Tengok anak-anak yang terbongkang keletihan. Semalam 1st time bawa Adlin jalan2 shoping kat Tesco. Huhu..memang Adlin mencuri tumpuan semua orang yang lalu di sebelah. Sengaja tak bawa stroller. Pakai troli Tesco jer. Senang. Ana bawa comforter baby hampar dalam troli. Aqilah dok di sebelah. Iwani kat tempat duduk dalam troli tu jugak. Si kakak-kakak tu bukan nya mau berjalan. Nak ditolak juga atas troli. So, 3 dalam 1. Ada juga yang tegur, nape tak pakai troli yg ada tempat letak baby. Huh! Mengarut! Nanti bukan Adlin yang tido di situ. Kakak-kakaknya yang akan berebut nak tido atas tempat tu.

Waaaaa....ha tu dia. Adlin dah keriau. Lapar. Suma orang yang berdiri dekat dengan troli mula memandang semacam. Muka ana dah merah. Malu!!!! Alahai Adlin, takdan mama nak shopping. Kejap Adlin. Mama cari baba. Mana baba ni? Abang bawa Aqilah 1 troli asing. Tak muat 1 troli. Beli pampers saja dah penuh 1 troli. So, sorang kena bawa 1 troli. 1 troli anak. 1 troli barang. Aqilah dengan babanya. Ana bawa Iwani & Adlin. itupun Aqilah dah nangis, nak ikut aku juga. Semua nak kat mama. Kat babanya, takmo. Padahal yang nak membelanja, babanya. Mana suamiku ni? Adlin dah melalak ni. Walau orangnya kecil, suaranya kalo dah lapar, Masyallah...

Kelam kabut juga. Dengan pantas aku tolak troli keluar, cari tempat khas untuk beri Adlin minum (menyusu). Sengaja tak perah susu sebab kalo perah susu awal, takut masam sebab tak bole nak duga masa bila dia nak minum. (Saper-saper bole bagi tips tak tentang ni?). Ana baru nak berjinak-jinak dengan kempen breastfeed ni.

Huhu...shopin yang menyedihkan. Lastly, abang sorang jer yang belikan barang-barang. Ana angkut anak-anak lepak depan sudut sebelah kedai game & Popular. Takpelah, demi anak-anak. Sambil tengok Aqilah & Iwani berlari-lari dalam kedai game, ana cuci mata tengok novel-novel baru di sebalik cermin kaca kedai Popular.

So, itu jer criternya telatah melayan anak-anak dara yang 3 orang. Huhu...Agak-agak bagaimana lah orang lain bawa anak-anak yang ramai ber shopin. Ana yang baru 3 orang ni, dah huru-hara.
Kuang..kuang..

Entri kali ni takde gambar. Abang tak bawa kamera. Kalo tak bole juga tunjuk telatah 3 orang power puff gurl ana. Har..har..har..

5 comments:

  1. hai, baby dh mula ronda2 ye....klas gitu....slmt brhujung minggu..

    ReplyDelete
  2. Hehe..emaknyer yg dah boring dok umah. Hujung minggu, kalo xde ape pun nak kuar jln2 jgk.Panas jer punggung kalo dok kat umah.hahaha...

    ReplyDelete
  3. Ana,
    kakyong kalo bawa ALiya g shopping.. dlm perjalanan tu dah sumbat susu siap2.. kasi dia nyonyot spjg perjalanan.. so at leasr spjg 1 jam lebih bershopping tu, x le dia lapor...

    dlm kes ana ni.. cuba lah cari cooler bag.. cari saiz yg kecik.. kalo nak berkreatif.. guna bekas warmer susu baby tu, boh ais sikit.. then guna botol yg kecil.. boleh la bertahan utk 1 kali penyusuan.. cuma susu sejuk lah sikit..

    ReplyDelete
  4. Ooo..maknanya kalo bw susu dlm beg cooler tu.Xyah dipanaskan tlebih dhl ke?maknanya biar suhu bilik je lah. Trus bagi jer kat baby bila lapar?

    ReplyDelete
  5. kakyong dulu penah buat mcm tu bbrp kali.. tp lepas tu malas lah pulak.. sbb byk brg nak pegang.. hahah.. lagipun aliya mcm tak brp mau kalo bg thru botol... ni kes yg tak kenal puting botol... ;)

    tp tak sure adakah ini cara yg betul.. cuba dpt kan info dr forum ni
    http://xclusivelyxpressing.forumotion.com/forum.htm

    atau susuibu.com

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^