Tuesday, September 01, 2009

MIMPI

Semalam Ana bermimpi yang pelik lagi. Masuk kali ni, 2 kali dah mimpi yang cenggini. Bukan mimpi yang sama. Bukan lah pelik tara mana. Tapi kalo terjadi, rasanya leh hilang semangat hidup. Mimpi pasal anak-anak. Yang pertama, mimpi Aqilah masuk hospital. Sakit teruk. Tapi dah tak ingat sakit apa. Terus terkejut jaga. Sedar. Rupa-rupanya hanya mimpi. Syukur sangat tengok Aqilah ada, tengah tido kat bawah. Kat tilam dia.
Semalam, antara baru-baru jer nak terlena, bole pulak mimpi..Aqilah, Iwani & adik Ana, Hanisah kena culik. Tau tak tempat culik tu kat mana? Dalam katil baby (hadiah dari mama). Adoihh..cam lawak pun ada.
Bila tersedar dari mimpi, memang rasa cam nak menangis sebab dok terngiang-ngiang suara Iwani menangis panggil 'mama'. Tapi, Alhamdulillah, syukur bila sedar itu cuma mimpi dan anak-anak ada dok tido ata tilam depa. Dan Ana pasti Nisah kat umah mama pun sedang lena diulit mimpi sebab masa tu dah pukul 1 pagi. Abang tak naik atas lagi. Tengah mengadap komputer lah tu. Terus Ana miss call dia yang ada kat tingkat bawah (xmo jerit panggil, nanti anak jaga plak). Dia trus naik atas, terkejut tengok Ana dok berteleku atas katil. Macam orang bengong.

"Awat?"

"Mimpi lagi."
"Mimpi apa?"
"Mimpi Aqilah, Wani & Nisah kena culik."
"Hmm..tido lah balik. Takdak pa tu. Mimpi ja."
"Takut."
"Insyallah, xdak menda pun tu. Mainan tido. tidolah balik. Kejap nak turun bawah, satgi abang naik tido."
"Hmm.."
Zzzz..
Memang Ana senang sangat tido. Takyah tunggu nak berangan dulu macam masa bujang-bujang dulu. La ni pantang rebah kepala atas bantal. Terus jer ZZzzzz...Hehehe..

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, moga dijauhkan mara bahaya daripada suami, anak-anakku dan keluargaku. Berikanlah kesihatan yang baik & murahkan rezeki mereka. Amin..

Harap malam ni dan malam-malam yang akan datang, tiada lagi mimpi-mimpi yang boleh meragut semangat Ana. Masih adakah lagi malam-malam akan datang untuk Ana? Kalo boleh biarlah sampai Ana sempat menqada segala ibadat yang tertinggal . Huhu...

2 comments:

  1. kata org mimpi tu hnyalah mainan tidur ttp kekdg menakutkn gak...insyallah xde pe2...ke nk dpt baby lagi tak?????...hi.

    ReplyDelete
  2. Huhu..itu lah. Agaknya sebab letak kepala jer terys tido dah xdan nk baca doa tido..sebab tu la.

    Isk..isk..k.nza..jgn la.Yg kecik pun br 3 bln..lotih haa..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^