Sunday, August 16, 2009

Musim virus & wabak penyakit datang menyerang

Haa..ni lah nak beritahu kenapa Ana dah lama tak melawat rakan-rakan blog. Blog Ana sendri pun tak ter update kerana serangan virus ni. Habis satu rumah kena. Termasuklah baby Adlin. Semasa Ana post entri ni pun, Ana, Aqilah & Adlin masih tak berapa nak sihat kerana virus selsema dan batuk. Kenapa tak baik-baik lagi? Kan dah dua minggu dan sekarang dah nak masuk minggu ke-3. Dalam hati, risau yang amat-amat sebab dengan berita kematian angkara H1N1. Tapi tanda-tanda yang dihidapi hanya jangkitan selsema biasa. Mungkin faktor cuaca juga salah satu penyumbangnya. So nak jawab, kenapa masih belum baik.. Adlin, mungkin sebab baby. Dia tak reti nak keluarkan cecair hingus nya. So, nampak macam teruk tapi Ana dan suami sebenarnya dah melalui keadaan macam ni masa Aqilah dulu. Aqilah..hmm..bagi yang dah tahu dan maklum..dia kan dilahirkan pramatang. So, virus-virus camni, memang dia akan cepat kena jangkitan dan lambat sangat nak baik. Nak-nak pulak susah sangat nak makan ubat. kali pertama bagi rasuah untuk pujuk makan ubat. Kali kedua, rasuah dah tak jalan so terpaksa berkasar sikit. Huhu...pening kepala Ana dan abang. Masuk minggu kedua, kami berdua pula yang demam. Kenapa Ana pula yang lambat baik dan mudah berjangkit? Dah nama pun ibu..macam kes Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar lah kan. Dah tanggungjawab sebagai seorang ibu. Siapa lagi yang nak jaga anak-anak kalau bukan ibu? Anak-anak Ana ni memang merap kalo dengan Ana. Dengan Baba, depa tak berani sangat nak merap. Tapi Ana ni pun memang jenis senang dijangkiti..sebab susah juga nak makan ubat. Haha..patutlah anak susah nak makan ubat, mak nya pun sama.Kuang..kuang..kuang..kantoi..
Mujur ada suami yang tegas. Abang tu, ubat ada di tangan sokmo. Bila dia rasa macam nak sakit jer, blum confirm lagi. Dia dah telan panadol dulu. 2 perkara prinsip dia..minum banyak air dan rehat secukupnya. Itu jer. Bab minum tu, memang bole diikuti. Tapi bab rehat tu..alahai..masa bila la nak bole rehat betul-betul...kalo berehat dalam kepala otak dok ingat, baju tak basuh lagi, nak makan apa arini, lantai berhabuk...huhu....


Gambar Aqilah & Iwani yang tertido keletihan. Kesian anak-anak mama..demam. tengoklah kebiasaan mereka. Iwani akan hisap jari ketika tido. Aqilah pula suka menggonggong botol susu.



Ana masak bubur nasi
untuk anak-anak, nak bagi berselera makan. Sejak demam, Iwani macam dah kurang selera makannya.



Bila Allah dah tarik nikmat kesihatan, masihkah lagi kita lalai dalam mengerjakan ibadat kepadanya? Huhu..banyaknya dosa Ana. Ana kena banyak bermuhasabah diri. Penyakit ni adalah ujian dan tanda Allah sayang kan kita. Penyakit ini datang kerana Allah nak kita beringat-ingat. Hidup kita takkan lama. mati pastikan menjelma.

Al Fatihah & takziah buat Ustaz Asri Rabbani & Yasmin Ahmad dan jua buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

4 comments:

  1. salam..alahai kesiannya..akak doakn agar cpt sembuh. mmg skrg cuaca xbegitu chat. farouk pn dh kena selsema...

    ReplyDelete
  2. cian demam ye..semoga cpt sembuh dan rajin2 mkn ubat ye

    ReplyDelete
  3. salam Ana,

    Harap2 hari nie, anak2 awak dah sembuh... akk doakan...
    Memang semua ini dugaan Tuhan utk kita dalam menghadapi kerenah anak2..
    Sama juga ngan anak akk, terutama yg kecil tu, rapat sangat ngan akk...
    hehehe...spt kata Ana..girl power...

    ReplyDelete
  4. Itulah, tgk mlm semlm, si kakak tu dh x nmpk sgt selsemanya. Si baby yg kecik pun x brapa truk mcm mula2 aritu dah.Ana sendri pun dh kurang batuk & selsema.Cuma suara jer masih sengau.hahehau..kehkeh.

    Terima kasih banyak2 ye kak Nza,zieha & mummy Hanan atas doa yg dihulurkan.Moga doamu semua dimakbulkan.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^