Thursday, September 17, 2009

Ayah & Ibu....

Dalam dok memikir-mikir idea apa yg ana nak tulis dalam n3 kali ni, ana tertengok satu iklan dalam tv. Iklan Raya Petronas. Tetiap kali raya,tetiap tahun, iklan Petronas mmg akan mencuit hati ana. Tapi kali ni, iklan yang lama-lama itu ditayangkan kembali. Kenapa? Pasti ada yang dapat mengagak bagi sesiapa yang mengenali Yasmin Ahmad dan Leo Burnett. Iklan Petronas, kalau tak silap ana memang menggunakan khidmat nama-nama besar ini.
Kalau tengok secara purata, mesej daripada iklan-iklan tersebut banyak menjurus kepada pengorbanan, jasa, budi ibu bapa terhadap anak-anak yang tiada galang gantinya. Tidak terbalas budi mereka walaupun dengan harta yang berjuta. Tidak ternilai kasih sayang yang dicurahkan.

"Burung apa tu nak?"
"Burung murai, ayah."
"Burung apa tu nak?"
"Burung murai, yah."
"Burung apa?"
"Burung murai."
"Burung apa?"
"Ayah ni tak dengar ke apa yang Man cakap, atau buat-buat tak dengar. Burung murai, burung murai ayah."

Hmm, lebih kurang macam ni lah dialog antara seorang anak dengan ayahnya. Ha, masih ingat lagi iklan ni?

Tengoklah betapa berbezanya cara layanan ibu bapa kepada anak dengan cara layanan anak kepada ibu bapanya.

Kita layan skit lirik lagu ni...

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Jad, fikir-fikirlah... terutamanya bila tiba Hari Raya yang bakal menjelang ini... sanggupkah kita membiarkan mereka bersendirian menanti kepulangan kita?

Ana slalu kena mengingat diri sendiri,
kalau anak lelaki, syurganya di bawah tapak kaki ibu
Tapi kita orang perempuan yang dah berkahwin..syurga di bawah tapak kaki suami
So, takpelah 1st raya balik umah mak mentua dahulu...
Syahdu... sob...sob...

3 comments:

  1. salam ana,
    tahun ni beraya giliran di rumah mertua ya... semoga selamat dlm perjalanan..
    jemput amik kadraya di blog kakyong ya..

    ReplyDelete
  2. syahdu sungguh bila dngar lagu 2kn..mmg menyentyh jiwa raga..

    oklh ana, slmat blk kg...brhati2 dijln raya..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Ya,giliran umah mentua. Oklah. Wlpun x sama cam kat kg sendri. Yg penting raya,raya,raya...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^