Friday, September 04, 2009

“Ramadhan, Syawal & anak-anak”

Gementar. Orang utara cakap ketaq. Hehe..1st time nak try join contest kat blog ni. Apa pun, khusus untuk penganjur contest ummu_abdullah (Anakku Sayang) & kakyong (Catatan Ibu) , saya cuba menguji diri sendiri. Secara tak langsung, dapat juga mengimbas kembali Ramadan dan Syawal semasa bujang dan membandingkannya pula ketika sekarang (sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang puteri).

Nak citer pasal amalan bertarawikh. Kalu dulu, masa bujang, Ana belajar di sekolah berasrama. So, didikan agama telah diterap semasa dalam kelas dan juga di asrama sekolah itu sendiri. Setiap malam, Ana join kawan-kawan yang lain berjemaah solat tarawikh di surau. Bila masjid sekolah telah siap dibina, semua pelajar puteri berjemaah menunaikan solat tarawikh bersama-sama dengan pelajar putera. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat bila berjemaah beramai-ramai.
Amalan solat tarawikh Ana teruskan sehingga sambung belajar di UiTM, Shah Alam. Begitu juga apabila Ana pulang ke kampung. Ana dan adik-adik akan ikut mama & baba ke masjid untuk menunaikan solat tarawikh.

Tapi sekarang, ana hanya bersolat tarawikh di rumah sahaja. Maklumlah, anak-anak masih kecil. Masa ada Aqilah (anak sulung), rajin juga berjemaah dengan suami. Tapi sekarang kena solat sendirian sebab Adlin (baby) suka menangis kalao tak ada sesiapa di sisinya. Selalunya terbabas, tak solat juga. So, nak kutip pahala sunat lain, Ana bertadarus di pejabat. Waktu rehat, oleh kerana berpuasa, Ana ambil peluang pada waktu tersebut dengan mengisi masa dengan bertadarus.

Bila tiba waktu berbuka, Aqilah dan Iwani pasti sibuk juga. Betul, Ramadan mengeratkan ikatan keluarga. Ana dan suami berbuka sambil melayan kerenah anak-anak. Bila makan bersama-sama, anak-anak nampak lebih berselera. Macam-macam yang dipinta. Tapi Ana dan suami juga tetap ajar anak-anak agar tidak membazir. Selalunya kami beli makanan di bazar kerana ana tak sempat nak masak ketika hari bekerja. Ana selalu pesan pada suami agar beli makanan yang boleh dihabiskan sekali makan sahaja. Makanan tidak perlu dipanaskan banyak kali. Lagipun, makan makanan yang dimasak berkali-kali, tak baik untuk kesihatan.

Anak-anak Ana yang baru berusia 4 dan 3 tahun itu tentu masih belum mengerti istilah puasa. Tapi yang penting, Ana dah bagitau mereka iaitu bila puasa tak boleh makan. Biarlah. nanti, bila Aqilah dah berumur 7 tahun, Ana berazam nak ajar dia berpuasa sepertimana Ana mula berpuasa ketika usia tersebut.

Tahun 2009 ini juga, tahun rezeki dan rahmat buat kami sekeluarga. Ahli keluarga bertambah dengan kehadiran baby baru, Nur Adlin dan kami dapat menjalani ibadah puasa serta Insyallah menyambut Syawal di rumah sendiri yang baru kami beli. Seronoknya berganda-ganda.


Rezeki yang tidak pernah putus. Alhamdulillah.

Walaupun penat dan letih melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar dan semakin nakal, di bulan Ramadan ini, benar-benar mengajar Ana dan suami agar banyak bersabar. Betapa nakal pun anak-anak Ana ini, mereka tetap anak-anak yang masih belum mengerti kewujudan Ramadan dan Syawal. Masih belum paham kewujudan istilah baju raya, duit raya, balik kampung, ketupat, rendang dan sebagainya.

Tak apalah. Ana akan mengajar mereka perlahan-lahan dan dengan penuh kesabaran.

"Anak-anak mama, bila dah besar nanti, kita puasa sama-sama. Kakak tolong mama masak, adik Wani tolong mama hidang juadah berbuka, adik Adlin tolong mama cuci pinggan."

Eh..eh..Ana dah berangan-angan sedia jadual tugas untuk anak-anak. Aci ke?
Hehehe..sabar ajerlah.

3 comments:

  1. betul la ana, kak nza ada wat jadual ms ank2 sk rendah dulu. bkn apa, nk latih mrk brdikari..

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. sejak ada anak kecil ni susah sikit nak solat berjemaah.. nak ke masjid lagi la susah.. jadi solat lah di rumah sorang-sorang.. ehhe.. yang penting adalah niat kite sume... kalau ada niat dan keinginan tetapi keadaan menghalang, kita tetap dapat pahala... Allah SWT tahu keadaan hamba-hambaNya...

    ReplyDelete
  3. To k.nza
    ooh..ana ingat ana sorang jer tpikir nk buat camtu.Rupa2nya..k.nza dah lg advanced.hehe..

    To ummu_abdullah

    Itulah tanggungjawab & pengorbanan seorg ibu..mama..mak..ummi..dll.hehe..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^