Tuesday, September 29, 2009

Raya ke-2 Jalan-jalan ke Nilai 3

Haha..cam lawak jer kan? Tak penah dalam hidup, raya kedua p shoping. Kekeke...
Gara-gara abang nak p tengok gedung karpet yang katanya terbesar di Nilai 3. Memang besar pun. Sampai lenguh kaki aku berjalan, membelek-belek karpet. Sebenarnya, banyak kedai yang masih tutup kat Nilai 3 tu sebab raya kan. Tapi kedai karpet ni bukak la pulak. Tokei kedai karpet dari Pakistan ni cuti sehari jer untuk raya. Ish..ish..patutlah depa kaya bila dok kat Malaysia ni.

Tengoklah telatah Nur Iwani & Nur Adlin masa bawa depa p jalan-jalan kat gedung karpet di Nilai 3. Ana tak bawa Aqilah sebab dia tido masa kami nak kuar ke Nilai 3. Terpaksa juga tinggal dia sebab dia nampak letih sangat. Last2 mak Lang & pak Lang dia bawa dia p Alamanda, Putrajaya.

Telatah abang dan mak masa dok kelebet karpet2. Bersungguh-sungguh abang sebab dia yang beria-ia nak bli karpet untuk umah sendri. Ana ikut jer sebab tau apa yang dia pilih adalah yang terbaik untuk kami. Muaks..sayang abang.

Gelagat Adlin. Tentu dia pelik, kenapalah mama ni baringkan dia atas timbunan karpet?

Iwani pun dah buat kuak lentang atas timbunan karpet sambil isap jari & korek pusat. Letih berjalan tapi nak ikut jugak. nasib baik tokei karpet tak marah. Hahaha....

Iwani demand, nak buat kuak lentang pun sebelah adik Adlin.

"Cantiknya Ana... macam kat hotel design dia," tu la antara dialog mak. Dah berkenan lah tu. Tapi sayang, rega dia beribu. Uiii mak ai, x sanggup Ana, semata-mata untuk dipijak-pijak. Tapi mungkin orang lain sanggup. Maklumlah, lain orang, lain citarasa & pendapat.

Tu dia, kuak lentang kat karpet kaler hijau pulak.

Wah, adik Adlin sempat cuit-cuit kakak Wani.

Mama, nak dok atas karpet...

8 comments:

  1. Kak nza pn prnah 3-4 kali g Nilai 3 ni..mmg giler sakan shooping. Espclly frem gmbar.

    Kesian tgk kanak2 rebina yg dh kepenatan tu..Baiknya depa tu. Baring jerr...

    Bila tgk iwani dok korek pusat ingat lak kt along time kecik. Kalu isap susu mesti nk korek pusat dia...

    ReplyDelete
  2. Ooo..dah besar along masih ada habit tu tak?Risau la bawa sampai besar. Kadang2 tu segan lak tgk kelakuan dia buat tgh2 ramai org. Sanggup selak baju sbb nak cari pusat.
    Slalu jadi bila dia nak tido, rasa pelik..
    alahai..macam2 telatah anak2 ni.

    ReplyDelete
  3. hehehe,kite yg dekat dgn nilai 3 ni pon dh lame xsinggah situ, tp berbaloi gakla klu bli kapet kt situ, stil murah sket dr tmpt lain :)

    ReplyDelete
  4. aha la... brg2 kat nilai tu murah kan?
    bila la dapat p sana ek?

    ReplyDelete
  5. To mama_umar and 10

    Mmg..mcm2 ada. Tu nasib baik kedai byk x bukak. Kalo tak..mau abis duit gaji..hahaha...

    ReplyDelete
  6. huyoooo sempat lagi shoping carpet...cayalah

    ReplyDelete
  7. BEstnye..taknah lagi sampai sini utk shopping.
    Penah pi 2 kali kat taman perumahan dekat2 situ pasal nak melawat pak sedara aje.
    Tapi area shopping..tak lepas2 lagi, aduii..

    ReplyDelete
  8. Emm, kalo akak bpeluang ke nilai cuba la p skali kat nilai 3. Mmg org kata syurga utk bershoping.Nak2 pula utk org yg nak cari brg2 utk pkahwinan..mmg byk pilihan.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^