Thursday, September 24, 2009

Raya ke-3 Jalan-jalan Nilai-KL naik ERL Transit

Hari raya ke-3, Ana & abang bawa anak-anak jalan-jalan naik ERL Transit ke KL. Actually, bukan nak ke KL sangat. Tapi nak bagi anak-anak merasa naik keretapi. Almaklumlah, anak-anak Ana ni, tak penah lagi naik ketapi. Kat Perlis cuma ada KTM jer, tak macam kat KL ni. Macam-macam ada. Komuter, LRT, STAR, ERL, monorail ...pilih jer nak yg mana & nak p mana. So, oleh kerana mak (mentua) pun tak penah lagi merasa naik ERL transit, kami pilih naik ERL jer untuk ke KL. Memang mahal lah kan kalo nak banding komuter. Tapi sebab nak bagi anak-anak selesa, sanggup bayar lebih. Dewasa-RM12.50, kanak-kanak RM6.00. Anak-anak kena bayar juga sebab mula dari umo 2-12 tahun. Cekik la ERl ni... =p

Memang selesa sangat..nak-nak pula time raya ni..suma orang balik kampung dan masih ramai yang sedang bercuti raya. Banyak tempat yang kosong sampai anak-anak ana boleh berlari-lari dalam ERL. Melompat-lompat..orang utara cakap perak atau jakun..sebab tak penah tengok..kekeke...
Abang cakap ni lah anak-anak kampung yang tak penah naik ketapi...Aqilah memang excited lah dia sebab memang dari mula kenal ketapi..asik minta nak naik ketapi..cuama kami lah tak berkesempatan nak bawa naik bila balik umah mak kat Nilai. Iwani cam perak skit, mula-mula naik diam jer sambil isap jari dia...takut-takut..tapi bila dah lama skit baru nak melompat-lompat cam kakak dia.
Tapi perjalanan dari Nilai ke KL tak lama..28 minit jer sebab ERL ni memang laju sangat. Sampai kat KL Sentral, kami naik komuter pulak ke Mid Valley..saja sonok-sonok. RM 1 jer sorang sebab dekat. Hmm..jauh berbeza lah dengan komuter, penuh & padat macam sardin. Bersesak-sesak, ramai lah plak orang. Nasib baik Adlin mengamuk sekejap jer masa tunggu komuter. Mak dukung, terus tido.
Waktu balik, Aqilah & Iwani dah penat, takmo jalan, mengamok-ngamok suruh dukung. So, Ana & abang terpaksa dukung. Adoii..beratnya anak-anak mama. Sampai umah, macam nak patah pinggang. Malam Ana demam. Kahkahkah..penangan dukung anak. Takpalah demi anak-anak, mama & sanggup berkorban skit sebab xmo bagi kempunan bila dah balik Perlis nanti.
Anyway, perjalanan yang singkat ini memang menjadi kenangan yang manis & seronok.









5 comments:

  1. hai ana..

    saja singgah kat sini..salam aidilfitri ye..

    waa, satu kelainan ni..beraya kat ERL..hikhik..sampai demam2 ana ye..

    ReplyDelete
  2. Mmm..tu lah. Nak buat camna? Dah nama pun beraya kat bandar. xda sesapa kat cni sbb suma org balik kg.So, xle nak p beraya umah sesapa pun.Mana nak sama dgn beraya kat kampung.Ada byk org yg dtg berziarah.

    ReplyDelete
  3. wah ana g raya kt KL ye...Mesti kanak2 rebina yg comel2 tu hepi. Baby tecik pn join gak la...

    Kak nza pn gitu gak. Biar ank2 dpt rasa naik ketepi, k.trbang, feri, beca, bas dll. Skurg2nya xle jakun kalu org tnya...hi.

    ReplyDelete
  4. hehehe, kitorg pon ade bercadang nk bwk umar nek komuter dr bangi-seremban patah balik tp ntah bile laa..bior die igt die nek thomas & frens ,kih3

    ReplyDelete
  5. To k.NZA & mama_umar

    Tu lah rasa keterujaan nk tunaikan hasrat anak2. Agaknya mcm tu lah agaknya mak pak kita layan kita. Apa yg nak, dapat selagi terdaya.
    Cuma anak2 ni kadang2 lupa.
    Tp aktiviti camni le jgk beri pendidikan pd anak2, di samping dekatkan mrk dgn dunia sebenar.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^