Saturday, November 28, 2009

Aidiladha dan Nur Iwani



Salam Aidiladha buat semua khasnya rakan-rakan (followers) yang rajin menjengah ke sini. Tak lupa juga kepada kak NZA dan kak Anita yang menjengah di hari raya. Huhu..maaf ya, masih belum sempat berkunjung balas. Masih pening dengan perubahan baru dalam rumah ni. Baru dok belajar-belajar nak tukar template dan dalam masa yang sama tak mahu semua widget yang lama hilang. Susah sungguh kan? Kena faham betul-betul dan kena pandai baca kod html jugak. Waaaa.... menyesal tak belajar betul-betul masa kat Universiti dulu. Sekarang, kan dah merangkak-rangkak. Nanti bila rumah ni dah stabil, Ana akan qada' balik kunjungan semua. ^_^ 
Sempena Adiladha ini juga mengingatkan kembali kenangan bersalinkan Nur Iwani 3 tahun lalu. Cahaya mata kedua. Sebenarnya bukan jatuh tepat-tepat 10 Zulhijjah, tapi pada 9 Zulhijjah. Tapi tarikh ni, Insyallah, Ana tak akan lupa. Kalau nak diikutkan kalendar Islam, umur Nur Iwani memang dah genap 3 tahun. tapi kalau ikut kalendar Masihi, tak cukup lagi. Tarikh lahirnya 30 Disember. Hahaha...anak hujung tahun 2006. Nak keluar awal. Tak sempat nak tunggu due date sebenar pada awal tahun 2007.
Nak cerita serba sedikit tentang kelahiran puteri yang rajin melaram ni. Ana ni kalau mengandung, mesti ada kes kurang air ketuban. Jadinya, untuk mengelak kompilasi pada bayi dalam kandungan, doktor suruh bersalin awal. Macam mana nak bersalin kalau tak rasa sakit? Jawabnya, kena induce ler.
Maaf ya, mungkin ada rasa pelik. Eh, eh! Kenapa hari tu baca, setakat perenggan atas sahaja? Sebenarnya cerita ni tak habis lagi. Sengaja taknak buat post yang baru, sebab post ni sempena Hari Raya Aidiladha. Dalam masa yang sama Ana dalam proses dok testing post, kemudian biasalah terhenti idea untuk karang-mengarang ayat sebab Si Adlin dah melalak. huhu...

Ok. Berbalik kepada cerita ana nak melahirkan Nur Iwani ,Si Puteri Kuat Melaram. Ana kena tahan di wad sehari sebelum tarikh doktor bagi untuk bersalin. Sebelum masuk wad, sempat lagi Abang bawa makan kuewtiau  (betul ke ejaan ni) tomyam kat Rimba. Hahaha..Abang kata takut nanti kempunan. Hmm, siapa yang kempunan ni? Ana ke Abang? kekeke...
Tidur semalaman. Dah start puasa dari pukul 11 malam lagi. Awal-awal pagi (7 pagi), Ana masuk bilik rawatan dan doktor masukkan ubat. Adoih...memang sakit. Tapi, dah nama pun ibu, kena lah tahan kan. Dalam hati masa tu hanya nak baby keluar cepat-cepat dalam keadaan selamat dan sihat. Selepas itu, bermula lah proses sakit nak bersalin. Kontraksi bermula dengan sakit yang sikit-sikit dan kemudiannya semakin kerap. Betul kata orang. Serba tak kena dibuatnya. Duduk, tak kena. Baring pun boleh. Meniarap, mengiring dan macam-macam lagi. Rasa macam nak menonggek tapi kang nanti orang kat wad tu tengok pelik pula. Apehal minah ni dok tertonggek-tonggek? ^_^
Memang rasa seperti sakit senggugut (masa datang haid), tapi sakit lagi la dari senggugut (ini first time rasa sebab masa nak melahirkan Aqilah, ana tak sakit sebab operation). Rasa cam nak terberak pun ada jugak. Pastu rasa cam ada cecair mengalir kat bawah. Ana masuk toilet, check. Ada darah pekat dan berlendir. Ana terus bagitau kat nurse. Depa suruh masuk bilik rawatan, untuk check pintu bawah. Dah terbuka 3cm. Terus admit bilik bersalin. Pukul 12 tengahari masuk. Pukul 5.45 petang, Nur Iwani keluar. Perempuan juga. =p Seronok! Bangga pun ada juga. Ana boleh bersalin normal. Kuat kan Ana walaupun Abang tak ada di sisi. Abang sibuk jaga Aqilah dan pergi ambil mama & baba kat stesen bas. Kami kan duduk jauh dari parents masing-masing. Semua perkara kena uruskan sendiri dan kena pandai-pandai berdikari sendiri. Mama terkejut bila Ana bagitau, dah bersalin. Walau agak terkilan, (sebab Abang tak ada di luar bilik bersalin) tapi Ana kena redha. Selepas luka dijahit dan berehat, Ana ditolak masuk ke wad. Teringin nak tengok baby, tapi abang suruh berehat dulu. Lagipun Ana memang langsung tak boleh bangun walaupun untuk duduk. Rasa macam nak pitam. Mungkin sebab banyak turun darah. 
So, bermulalah kehidupan Nur Aqilah sebagai seorang kakak! Kesian juga kat dia, rasa macam tak puas lagi nak bermanja-manja. 
Ana berazam nak jadi ibu yang baik buat anak-anak dan isteri yang solehah buat suami tersayang. ^_^ Amin....


3 comments:

  1. wah umah br la....
    oo, kira Iwani lahir sehari sblm ry Haji le ye....hepi besdy dr aunty...kalu kira bln Islam dh 3 thn ma....moga jd ank yg solehah n pintar...insyallah.

    ReplyDelete
  2. To kak NZA
    "Terima kasih, aunty!"Nur Iwani ^_^

    ReplyDelete
  3. ooo... rumah baru la...

    pengalaman bersalin tu x dapat dilupakan... tul x?

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^