Wednesday, December 02, 2009

Fuhhh.. leganya..


Assalamualaikum...

Hmm, rasa-rasanya dah boleh tarik nafas lega dan berasa sangat-sangat puas hati. Rumah dah siap kemas. Cuma nak tambah banner skit jer lagi. Ingat nak ubah lagi template, tapi bila fikir balik, nak tukar ke template ni pun makan masa berminggu-minggu. Adoih...
Oklah tu. Template ni pun dah boleh masukkan link yang Ana rasa sesuai untuk dikongsi bersama. Jadinya tak ada lah nampak cam tak ada makna jer blog ni atau tiada matlamat/ objektif. Sekurang-kurangnya ada juga ilmu yang boleh dikongsi bersama selain daripada bertujuan seperti diari kehidupan jer, kan?
Oh, ya! Lagi satu, harap jangan berasa pelik apabila membaca dalam blog ini. Ada rasa kelainan tak? kekeke..
Bahasa yang digunakan agak skema. Diulangi... agak skema yer. Tapi susah juga nak kekalkan Bahasa Malaysia yang betul. Huhuhu.. Mesti nak tercampur juga bahasa pasar/ loghat daerah. Harap maaf, ya.
Akhir sekali, Ana nak ucapkan "Selamat Datang" buat semua rakan blog dan semoga memperolehi ilmu. Ana juga turut mengalu-alukan komen dan pandangan daripada semua.

11 comments:

  1. Wah...rase mcm masuk blog cikgu bahasa melayu plak....h he

    ReplyDelete
  2. wah, dh cyap tu umah....very nice.
    Bagus tu guna ejaan yg betul. Cam suami kak nza, kalu antar msg pn eja penuh...aduzzz

    Ttp gamaknya org maths xleh la nk gigih cam org2 pakar bhs...hi.

    ReplyDelete
  3. To Sitisifir10
    Haha..ye ke? Kalau cikgu Bahasa Melayu, nnti dia suruh buat latihan karangan guna 100 patah perkataan. Jenuh ha..kekeke

    To kak NZA
    Ni pun sebab ditegur suami lah juga.Kekeke..Katanya ada budak umur 12 tahun dapat anugerah blog terbaik (kalau tak silap) sebab dia guna Bahasa Malaysia betul. Budah usia 12 tahun tu.Ish..ish..Tapi bukan sebab nak anugerah cuma terasa sebab ditegur cik abang, guna bahasa pasar dalam blog. Susah juga nak kawal. Sebab ni bukan blog formal, kan?Anyway, sekadar nak melatih diri sendiri agar tidak terus meninggalkan apa yang dipelajari semasa di sekolah.Sejuk perut cikgu Bahasa Malaysia Ana.Hehehe....

    ReplyDelete
  4. ana...power..i like your way in this blogs....like my case i try to use proper english in my blogs(dgn niat nk improve for my writing skills for thesis soon) but certain time...'terbabas' jugak....

    ReplyDelete
  5. apapun yang peting ialah info dalam blog ni...

    ReplyDelete
  6. To ibu emy efy eqy
    Terima kasih atas sokongan

    ReplyDelete
  7. uii..dh berubah wajah ler blog hang, su.
    Tp mintak maaf ler. akak masih guna bahasa pasar kat komen ni. Tp kalo atas urusan rasmi tu...hehe akak masih menggunakan bahasa melayu formal lagi ler, ngeh2..

    Naper e-novel hang taruk tang label tu aje? naper tak wat kat sidebar tu tajuk2nya. senang ler akak nak klik aje baca bab terbaru..hihi..(semuanya nak senang ler akak ni kan!!)

    ReplyDelete
  8. Oho..tak ada masalah.Penggunaan bahasa ni hanya untuk latihan saya jer.Tak perlulah nak pening2.Jangan dok susah hati -"Alamak! Nak kena guna BM ker dalam blog Suhana Shahril ni?" Rileks & happy go lucky! ^_^

    Emm, akak rasa susah ke kalo saya letak kat atas? Mmmm..takpe,takpe. nnti saya fikirkan semula.

    ReplyDelete
  9. apa maksud penggunaan bahasa melayu yang betul? dari segi ejaannya ke? atau dari segi sudut bahasanya? orang pun tak faham la... cuba kak su terangkan... almaklum la orang ni x pandai sangat bahasa2 ni... waktu belajar dulu banyak main... heheheheheeee...

    ReplyDelete
  10. To 10,
    Ooo..Antara contoh ye adalah seperti berikut: tak ada short form atau ejaan ringkas macam tulis dalam SMS, bila guna bahasa Inggeris tulisannya dicondongkan.Macam tu lah lebih kurang.Ada paham?Hehehe..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^