Friday, December 11, 2009

Merajuk???


Koh..koh..koh....ish..ish..buat-buat batuk pula. ^_^
Ha, kenapa entri ni? Sajalah nak cerita serba sedikit. Perasan tak? Sekarang cukup susah nak merajuk seperti stail dulu-dulu? Tau..perasan sangat-sangat. Berbeza. Tak sama. Ish..ish..Apa yang tak samanya?
Kalau dulu, bila merajuk, boleh...
  1. Duduk dalam bilik sambil menenangkan fikiran
  2. Duduk diam-diam, tanpa ada sebarang gangguan
  3. Boleh karang cerita sampai 3,4,5 helai muka surat
  4. Boleh makan dan minum sesuka hati
  5. Dalam fikiran, Ana yang merajuk, ini adalah tentang prinsip diri Ana
Tapi, sekarang, kalau merajuk:
  1. Ana dah tak boleh bersendiriaan macam dulu. Ada 3 orang puteri yang menuntut perhatian Ana.
  2. Ke mana sahaja Ana pergi, ada saja yang membuntut (mengekor)
  3. Adlin dah melalak bila tidak didukung, atau bila menjauhkan diri darinya
  4. Iwani nak mengendeng sahaja dengan Ana, Contoh: "Mama,mama. Nak mama pegang, nak mama dukung." Sanggup buat telatah rewind (maksudnya, dia boleh patah balik ke tempat asal, semata-mata nak suruh Ana pergi ambil dia untuk ke tempat di mana Ana berada sebelum itu) Paham tak? Ana pun tak paham apa yang Ana tulis.
  5. Kalau Ana masuk bilik, duduk bersendirian (sorang-sorang ler, maksudnya) sat lagi..tok..tok..tok.."Mama, buka lah pintu. Wani nak pi mama." Huhu..sayukan?
  6. Aqilah? Dia lagi cerdik. "Mama, mama teriak ye? Janganlah teriak. nanti Ilah habaq abah. Abah, mama teriak. Satgi abah beli kelet (cokelat) kat mama" sambil tangan dia kesat air mata yang mengalir kat pipi Ana --- Waaaa, malunya!!!
Habis tu, macam mana nak merajuk? Kadang-kadang keluar juga ayat seperti ini,
"Semua masa mama buat untuk Abah, Aqilah, Iwani dan Adlin. Bila pula masa untuk diri mama?"
(selingan Iklan Horlicks)

...
...
...
...
 Bila muhasabah diri balik ...

...
...
...
Mana boleh ana sendiri? Ana tak lengkap tanpa mereka. Abang (suami), Anak-anak (Aqilah, Iwani dan Adlin) adalah hidup Ana. Nyawa Ana. Semangat Ana. Jiwa Ana. Dah bersatu dalam darah Ana, dalam nafas, dalam roh.  Tu dia bahasa kau guna bombastik tak hengat, Ana.


Tak payah lah merajuk. Tak cool la. Buat derk sudahlah.

3 comments:

  1. tulh kelebihan sorg ibu, ank2 akn rapat dgn ibu......zmn bredar n sume akn brubah...

    Mkn brumur, istilah merajuk dh mkn jauh dr dairi idup..kekdg ank2 tmpt brkongsi rasa...hi.
    itulh untung org ada ramai ank pompuan...Nnti bila 3 dara tu dh besaq, ana akn miliki kwn tmpt mencurah rasa....

    ReplyDelete
  2. memang pun...
    masa bujang kalau merajuk pun sorang2.

    tapi pada akak bila dah ada suami dan anak2, merekalah pengubat hati akak. susah sangat rasanya nak merajuk...

    ReplyDelete
  3. To kak NZA & ibu emy efy eqy

    Itulahkan. Betul kata akak berdua.Rasanya, istilah merajuk memang dah tak sesuai. Bila baru nak merajuk, takkan menjadi punya bila dilayang dengan telatah dan kerenah anak-anak.
    Merajuk ni sebenarnya sebagai peringatan untuk cik abang sama bila ada benda yang tak berkenan di hati. Cara halusnya, adalah merajuk. Nak dipujuk, nak manje-manje. Hehehe...tak logik lah kan merajuk dengan anak-anak.Kukkikkukik...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^