Friday, December 25, 2009

Nur Aqilah


Ana masih belum berkesempatan bercerita tentang anak sulung ana, Nur Aqilah. Nak ceritalah serba sedikit tentang si kecil ini. Nur Aqilah dilahirkan pada 14 Mac 2005 dengan berat semasa lahir adalah 675gm! Lahir pada usia kandungan Ana, 7 bulan lebih. Dilahirkan secara pembedahan. Selama 4 bulan pertama, dia ditempatkan dalam inkubator di wad NICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Mungkin juga ada yang pernah terbaca tentang cerita Aqilah dalam beberapa majalah Karangkraf...PA&MA, Rapi dan Mingguan Wanita keluaran sekitar tahun 2005-2006 (maaf yer, tak dapat nak kepilkan muka depan majalah tersebut kerana semuanya ada dalam kotak).Kalau sesiapa yang ada anak pramatang, mesti faham betapa susah dan cerewetnya untuk menjaga dan memelihara mereka. Ana mula menjaga Aqilah sepenuhnya selepas 4 bulan, pada ketika itu, Aqilah baru seberat 1.7kg. Bayangkan, umur 4 bulan tapi berat baru 1.7kg macam umur baby baru lahir. Berat dia memang lambat bertambah. Sampai sekarang, ketika usia 4 tahun lebih, beratnya hanya 11kg sahaja. Tapi ketinggiannya normal seperti ketinggian kanak-kanak sebaya dengannya. Percaya tak, ketinggiannya hampir mencecah paras ketiak ana? Eh,ke Ana yang rendah?Huhu....Pada usia setahun 9 bulan, Aqilah dah ada adik perempuan dan pada usia 4 tahun 2 bulan, Aqilah dapat lagi seorang adik perempuan. Dia sememangnya sudah menunjukkan tanda-tanda sebagai seorang kakak. Sudah boleh diharap dan boleh disuruh untuk buat sesuatu kerja sesuai dengan usianya. Suka menyanyi, suka menari.

Sebenarnya ada banyak lagi nak cerita. Tapi takpalah, nanti Ana sambung lagi. Oh, ya, sebelum terlupa, kredits untuk adik Ana, Shuhada GeGe yang tolong tangkap gambar ni. Nice pic! Tak lupa juga jutaan terima kasih buat para doktor dan jururawat-jururawat di Wad NICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis yang telah bertungkus lumus menjaga dan merawat anak Ana. Semoga Allah merahmati dan memberkati jasa anda semua.

Tahun depan, Aqilah dah nak masuk tadika. Selamat melangkah ke dunia baru,sayang!

4 comments:

  1. angah pn lahir 7bln gak dulu..mmg byk masalah time nk besarkn dia..ttp alhamdulillah skrg dia cpt matang n dh nk sama tinggi dgn ibunya 165 cm. IQ bole thn nk cpt tangkap apa yg dia blajar...2 yg dia slalu dpt gelaran best student tiap kali exam...moga aqilah pn cpt mmbesar n jd ank yg pintar...insyallah.

    ReplyDelete
  2. salam ana,
    dah lawo blog.. nampak pro... heheheee...

    aqilah ni cerewet tak bab makan.. selalu org citer anak pra matang ni kdg2 selera nya kurang..

    btw, all the best utk aqilah.. nampak bijak orgnyer..

    ReplyDelete
  3. Kak Yong,
    TQ..hehe..xde lah pro mana pun..hehe

    Bukan setakat cerewet shj, tp sgt2 susah bila disuruh makan. Dia hanya bergantung 98% pada susu sahaja.Kalo soh makan jugak,dia akan muntah balik.
    Tapi bila usia dia semakin meningkat & semenjak dah ada adik (iwani dah start makanan pejal) selera dia semakin bertambah.Syukur Alhamdulillah.Kadang2 ada pros & cons juga beranak dlm jarak yg dekat ni.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^