Wednesday, April 22, 2009

Hasil karya tahun 1993

Karya ni saya jumpa masa dok pening-pening mencari borang EC kat opis. Tak sangka akan jumpa balik. Lama tu...tahun 1993. La ni dah tahun 2009. 13 tahun. Zaman sekolah..tak ingat sekolah mana. Emm...rasanya masa ni tingkatan 2. Sekolah Irshad lah ni. Zaman muda remaja...time tu dok tengah famous lagu Casey 'seribu impian'. Tengoklah..nick yang saya pakai masa tu...Alongtegar. Kalau orang tanya apa maksud...anak sulung yang ketegar..degil..keras kepala...saya ke tu? Ish macam tak percaya pula..
So, kita layan puisi lama ni.

Aku tidak pandai melukis sepertimu
Lukisanmu cantik jadi pujian
Apabila menyentuh pena
Menarilah jarimu
Di atas kanvas putih
Aku tidak sepertimu
Aku hanya tahu berkarya
Bait-bait puisi semesta
Karya ialah kerjayaku
Aku tidak sepertimu
Aku adalah aku....

hasil karya Suhana Md Taha - ALONGTEGAR'93

Hahaha...macam lawak pula bila dibaca balik.

Tuesday, April 14, 2009

Curi masa sat...

Ehem...aci tak guna masa opis utk ber blog. Ish..ish..sekejap jer sebab tangan tengah dok gatal. Tapi sori masih blum boleh update DCJ sbb post tu kena perhatian yg teliti skit. Cheewah..cheewah..

Just nak inform, aku baru kehilangan seorang ibu saudara terdekat yang aku panggil Amati. Al Fatihah buat arwah dan takziah buat Ami & sepupu-sepupu ku- azlin, fariza, nasrun, nabilah & nabil. Sabar banyak-banyak ya. Aku tak berani nak sembang lebih-lebih dengan sepupu-sepupu ku itu terutamanya Azlin & Fariza. Tak tau kenapa? Bila tengok muka depa, aku terbayangkan keadaanku di tempat depa. Macam mana aku nak mengatasi keadaan tersebut? Depa aku tengok nangis jugak. Yelah, mak sendri. Kalau aku tentu lagi teruk... meraung giler kot. Sedih sebab menda jadi mengejut. Tapi..yelah..ajal maut mana tunggu sesapa pun, tak kira usia muda ke tua. So, beringat..yang tua tak semestinya mati dahulu. Kita yang muda ni pun, bila-bila masa je Allah boleh cabut nyawa. Na'uzubillah... bila difikir-fikirkan balik..dah cukup ke amal & ibadat ku? Takut sangat-sangat.

Semalam pun aku terpaksa amik EL, sbb biasa lah bila travel jauh skit, aku dah sakit2 blkg. Padahal bukan jauh mana pun, balik umah mak aku kat Penang jer. Tapi yelah..sebab sekejap kan..ari sabtu rushing balik sebab mama dah bgtau arwah dah nazak kat hospital, ari ahad p SP, mengunjung (istilah orang perlis), kalo kat Penang panggil ziarah mayat, pastu malam tu jugak balik semula ke Perlis. Penat mengalahkan orang yang bawa keta. Abang tu mujur keja cikgu, kalo tak dia pun tuang jgk kot.

Cuti pun letih jugak. Tak antar dua2 orang anak dara tu. Letih menjaga depa. Aduih... macam-macam ulah depa. Terjerit-jerit aku bila panggil ke..suruh buat apa-apa ke..depa xmo buat. Geram sungguh bila dah pandai bagi alasan macam-macam. Si kakak, aku ajar x pakai pampers. Siang tu oklah. Tapi bila mai waktu maghrib, dia terlupa nak bagtau. Habis basah sluar & baju. Nasib baik x berak. malam abang soh bg pakai pamper jugak sebab aku dah letih sangat-sangat nak melayan kerenah depa.

Tido malam, mimpi yang bukan-bukan. Tu lah, tido tak baca doa dulu. Terkejut jaga, terus cari tangan abang, pluk. Aku ni memang penakut. Hehe..

Friday, April 10, 2009

Contraction sudah terasa...

Huhu...masih belum sempat nak update DCJ. Hati mmg membuak-buak nak update bab yg seterusnya, tapi kena beri keutamaan pada yang penting dahulu. Sorry...
Dua hari berturut-turut kena p opis balik sebelah malamnya..ada aktiviti. Letih la. Sebenarnya dah tak larat nak drive keta ke opis, tapi sebab dah ada aktiviti, kesian pulak nak suruh abang hantar. Kalau dia hantar mesti kena angkut anak-anak. Kesian pulak anak-anak kena berembun malam.
Minggu ni genap 30 minggu. Dah mula rasa contraction, tapi sekali sekala jer. Macam manapun risau jugak sebab aku mmg ada history bersalin awal.
Ya Allah, minta-minta la yang ke3 ni sihat dan kuar cukup bulan. Permudahkanlah kelahiran ini. Amin...

Wednesday, April 08, 2009

Hari yang ...

Sengal dan menjengkelkan...

Astaghfirulllah...istighfar banyak2 suhana.

Eiii...sengal nya.....geram..

Monday, April 06, 2009

Merindui buku ~ A. Samad Said

Kebetulan semasa mengemas-ngemas meja kerja, terjumpa kembali kepingan kertas yang pernah aku fotokopi dan tampal di sebelah meja dahulu. Aku dapat puisi ni daripada buku himpunan puisi. Dah tak ingat apa nama buku tersebut.

Mari kita layan puisi Sasterawan Negara A. Samad Said

Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.

Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

17 Mac 2004

Dan Sebenarnya...Yuna

Lagu ni memang tengah famous kat radio. Lebih panas dari pisang goreng panas. Sampaikan abang pun suka sangat dengan Yuna ni sebab dia jadi artis bukan macam artis sekarang ni. Suara dia pun memang lain dari yang lain. Bagi aku suara dan gaya dia nyanyi macam ala-ala Alanis Morrisette tak pun macam Natalie Imbruglia? Apa pendapat hangpa? So, kita layannn...lirik lagu yang selalu berkumandang kat radio....

Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Sunday, April 05, 2009

Dunia Cinta Jasmin..(bahagian2)


“Kau gila ke? Kalau Amy Maisara tahu tentang hal kau dan Luqman, mampus kena serang.”

Aku memandang Nadeera dengan perasaan bimbang.


“Aku tak ada pilihan. Kau sendiri pernah tengok bagaimana dia mempergunakan Faiz Ilham."


“Itu lelaki. Takkan dengan pelajar perempuan pun dia sanggup mengugut juga?”


“Kau tak tengok mukanya. Aku sendiri gerun sebenarnya. Melihat air mukanya, aku berani jamin dia tidak berbohong. Dia mampu buat apa yang dikatakannya. Lagipun, sudah 4 hari kejadian itu berlaku. Aku rasa dia pasti akan terlupa tentang hal itu.”


“Kau benar-benar yakin ke, Min? Aku rasa kau salah.”


Aku memandang Nadeera kehairanan. Pandangannya tidak berkalih sebaliknya tajam memandang ke hadapan. Mulutnya muncung mengunjukkan sesuatu di hadapan. Aku menoleh. Luqman! Lelaki itu sedang makan bersama rakan-rakannya. Sepincing pun dia tidak memandang ke arah kami.


“Dia tak tengok kita. Kau buat-buat tak nampak aje. Jangan ambil peduli sangat, “ ujarku separuh berbisik.


Risau sekiranya tingkahlaku Nadeera akan menyebabkan Luqman perasan tentang kewujudan kami di situ. Perlahan-lahan aku menarik tangan Nadeera beredar dari situ dengan segera. Namun baru beberapa langkah kami menapak, telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Aku menggapai telefon di dalam beg sekolah. Nombor pemanggil tersebut tidak dapat dikenal pasti. Aku memandang wajah Nadeera.


“Jawab aje lah. Mungkin babah kau. Dia kan selalu call.”


Tak mungkin. Babah selalu mengguna telefon bimbitnya. Dia tidak pernah mengguna telefon awam atau telefon pejabat. Dalam aku berkira-kira untuk menjawab, deringan telefon bimbitku terus terhenti. Seketika kemudian, satu pesanan ringkas masuk.

Anonymous: Kenapa tak angkat? Jangan cuba nak lari. Tunggu Luq tepi tangga Perpustakaan. Seorang. Nanti Luq datang.


Luqman! Bagaimana dia tahu nombor telefon bimbitku? Aku memandang Nadeera sambil mengunjukkan telefon bimbitku. Nadeera membaca pesanan tersebut sekali lagi dengan perlahan.


“Mampus aku Nad.”


“Min, tenang ya. Pucatnya muka kau. Macam nampak hantu.”


“Macam mana aku nak bertenang Nad. Dia mesti buli aku sungguh-sungguh. Menyesal aku balik lewat hari tu. Menyesal sungguh. Kalaulah aku tak merajuk hari tu, tentu perkara ni takkan berlaku. Aku pasti tak akan terikat dengan janji gila si samseng tu.”


Aku dah mula rasa seperti hendak menangis.


“Min, sabar. Sabar banyak-banyak. Nak menyesal sekarang pun dah tak guna. Apa kata kau ikut jer arahan dia. Kau nak aku temankan?”


Aku menggelengkan kepala.


“Tak apa. Kau balik lah dahulu. Dia suruh aku tunggu seorang diri. Kalau apa-apa hal nanti, aku hubungi kau.”


“Baiklah. Tapi jangan lupa hubungi aku, walau apa-apa pun yang terjadi.”


Aku mengangguk. Dengan lemah aku melangkah perlahan menuju ke arah tangga yang berhampiran dengan perpustakaan. Aku melabuhkan punggungku di atas tangga. Kebiasaannya tangga tersebut diguna oleh kakitangan pejabat sekolah. Di waktu sudah menginjak ke pukul 6.00 petang, suasana di situ semakin lenggang dan sunyi kerana kakitangan pejabat sekolah sudah lama pulang.


“Kau ni memang suka duduk atas tangga. Nak jadi minah tangga ke?”


Tersentak aku apabila mendengar suara dari belakang. Aku menoleh. Luqman berdiri betul-betul di belakangku. Hujung kasutnya hampir mengenai belakang baju kurung sekolahku. Aku pantas berdiri. Mengibas-ngibas belakang bajuku.


“Saya jadi minah tangga pun sebab awak. Dah berakar punggung saya tunggu awak tau. Dan lagi satu, awak ni tak reti nak bagi salam ke? Nasib baik saya tak ada sakit lemah jantung,” marahku kembali.


“Suka hati akulah nak datang masa bila pun. Ada aku cakap pukul berapa tunggu di sini? Kau tu yang beria-ia nak tunggu aku. Kau dah rindu kat aku ke? Kenapa dah tumbuh akar ke kat punggung kau tu? Mari sini aku tengok,” tangannya pantas memusing tubuhku. Kasar.


“Hei, sakitlah,” jeritku sambil menampar tangannya. Lelaki itu tersentak.


“Dah pandai melawan ya?” Matanya tajam merenungku.


“Awak ni kasar lah. Saya bukan patung. Sakit tau. Tak boleh ke awak berlembut sikit dengan saya?”



“Habis, ni apa?”
Lelaki itu mengunjukkan lengannya. Merah. Aku terkebil-kebil. Takkan bekas aku tampar tadi?


“Err, tindakan refleks saya agaknya. Maaf, saya tak sengaja. Kuat sangat ke saya tampar tadi? Sakit?” soalku sambil cuba menyentuh lengannya. Kulitnya yang cerah mula membiru.


“Awak nak buat apa? Nak cium ke?”


Aku tersentak. Tanganku terus melepaskan pegangan pada lengannya.


“Awak suruh saya tunggu di sini, nak buat apa sebenarnya? Nak tunjuk tangan awak yang sakit tu aja ke? Kalau dikira-kira, awak lebih banyak berkasar dengan saya. Ni, pergelangan tangan saya ni, masih berbekas lagi tau. Sebab awak tau,” ujarku cuba menutup kegugupanku.


“Habis tu, kau nak aku cium kau?”


Ujarnya sambil mendekatkan dirinya dengan tubuhku. Aku mengetap bibir. Sia-sia cakap dengan lelaki ni. Ada sahaja kata-kataku yang ditingkah dan ia menyakitkan hatiku.


“Kenapa awak ni? Awak nak jumpa saya sekadar nak menyakitkan hati saya. Apa salah saya pada awak?”


Soalku masih berlembut. Masih cuba menahan rasa. Beginikah tingkahlaku lelaki yang selalu aku minati? Menyakitkan hati. Lelaki itu masih merenungku tajam. Aku sekadar memandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan. Kelihatan sesusuk tubuh mula menghampiri kami. Amy Maisara! Aku mengeluh. Fahamlah aku kenapa tingkahlakunya kasar terhadapku. Pasti kerana perempuan itu dan aku menjadi mangsa dia melepaskan amarahnya.


“Min balik dulu. Kekasih awak dah sampai.”


Aku membelok ke arah jalan ke kantin sekolah. Mengguna jalan jauh menuju ke pintu pagar utama sekolah. Sengaja aku mengelak dari bertembung dengan teman wanitanya. Aku tak mahu sesiapa pun tahu tentang perkenalanku dengan Luqman. Hanya Nadeera sahaja yang tahu tentang hal ini. Tetapi kalau Luqman nak menghebohkan perkara ini kepada orang lain terpulanglah padanya. Itu haknya. Aku sekali-kali tidak akan membicarakan hal ini kepada sesiapa.


Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Sambil melangkah melepasi pagar sekolah, aku menyeluk tangan ke dalam beg sekolah. Mencapai telefon bimbit dan kemudiannya memandang ke arah skrin telefon. Hanya nombor telefon. Tiada nama pemanggil.


“Hello.”


“Siapa suruh kau balik?” berdesing telingaku mendengar jeritannya. Dia ni memang tak reti nak bagi salam ke? Aku mengetap bibir. Geramnya aku!


“Kekasih awak dah sampai, saya balik lah. Buat apa nak tunggu lagi.”


“Ada aku suruh kau balik ke?”


“Err..tak.”


“Kau tunggu di situ. Kejap lagi aku datang.”


“Min taknak. Dah lewat petang ni. Nanti Ayah Long cari.”


“Kau tunggu jer kat situ. Aku datang.”


“Min nak baliklah. Dah gelap ni.”


“Kau ni faham Bahasa Melayu ke tak? Tunggu di situ.”


Talian diputuskan. Aku mengeluh. Apa lagi yang lelaki itu mahu? Akhirnya aku memutuskan untuk berpatah balik. Tapi aku hanya menunggu di kantin sekolah. Sunyi. Kawasan sekolah juga sudah lengang. Hampir sejam aku menunggu, tapi masih belum nampak bayang lelaki itu akan datang. Aku mengeluh. Sia-sia sahaja aku menunggu. Masaku terbuang begitu sahaja. Aku pantas mencempung beg galas ku. Letih benar rasanya. Letih badan. Letih fikiran. Letih emosi. Mujur pintu pagar hadapan sekolah masih belum berkunci.


Tritt... Satu pesanan ringkas ku terima.
Nad : Jasmin, kau kat mana? Dah balik ke belum?


Aku belum balik lagi, Nad. Aku masih di sekolah. Aku berkira-kira nak menelefon Nad apabila tiba-tiba guruh berdentum di langit. Aku terpaku seketika. Tidak menyangka aku masih di luar sedangkan bila-bila masa sahaja lagi hujan pasti turun.


Tritt...satu lagi pesanan ringkas masuk. Aku memandang skrin telefon.
Nad: Kenapa tak balik lagi? Dah lewat ni. Hujan lebat kat rumah aku ni. Kat sana tak hujan ke?


Tatkala itu hujan mula turun renyai-renyai. Aku berlari-lari anak menuju ke arah perhentian bas yang berdekatan pintu pagar sekolah. Sebaik sahaja kaki menjejak lantai perhentian bas, hujan yang turun mencurah semakin lebat. Aku terkedu. Tak mampu bergerak ke mana-mana lagi. Aku sudah terperangkap di situ. Terasa seperti hendak menangis. Perlukah aku mengikut lagi perjanjianku dengannya? Sesekali sinaran kilat terpancar di langit. Aku terpejam beberapa ketika. Perlahan aku mengesot duduk sambil memeluk lutut di atas kerusi. Suasana sejuk mula mencengkam tubuh. Sesekali tubuhku menggigil apabila air hujan bertempias masuk mengenai tubuhku. Hari semakin gelap. Ditambah pula dengan awan hitam yang membawa hujan. Langsung tiada cahaya di tempat aku berteduh itu. Hatiku semakin sebak. Kalaulah babah ada di sini, tentu dia akan datang mencariku. Tapi siapa yang akan membantuku sekarang? Aku mengeluarkan telefon bimbitku. Ingin membalas pesanan Nadeera sebentar tadi. Sebaik sahaja terpandang skrin telefon, aku hampa. Telefon bimbitku kehabisan bateri. Malang sungguh nasibku. Aku menyebamkan wajahku di antara dua lututku. Sedih. Takut. Letih. Semua rasa bersatu. Bingung menghadapi perasaan ini, aku membiarkan air mata mengalir laju. Aku tak biasa dalam keadaan begini. Babah! Desis hatiku, pilu. Lama aku berkeadaan begitu, sehinggakan aku tak sedar, aku tertidur di atas kerusi perhentian bas tersebut.


bersambung...

Dunia Cinta Jasmin


“Bodoh! Kan aku dah cakap jangan percaya cakap si Arun tu?”

Aku tersentak. Langkahku terhenti. Itu suara Luqman. Kedengaran bunyi seperti orang sedang mengerang kesakitan. Aku cepat-cepat menyembunyikan tubuhku di belakang tangga. Sesekali aku menjenguk ke di sebalik dinding. Kelihatan Luqman dan beberapa orang rakannya sedang mengelilingi seorang pelajar lelaki yang sudah terduduk di tanah. Tangannya menekan-nekan perut. Mungkin baru lepas kena tumbuk. Timbul perasaan menyesal dalam hati kerana melalui jalan pintas itu menuju keluar pintu pagar sekolah. Aku tidak menyangka akan bertembung dengan kumpulannya di belakang blok sekolah yang baru siap dibina.

“Kau tahu tak barang tu mahal? Susah nak dapat sekarang ni. Kenapa kau mudah sangat percaya cakap dia?”

“Arun cakap harga dia ambil tu paling tinggi,” tingkah pelajar tersebut sambil terbatuk-batuk.

“Ish! Menjawab!”

Serentak itu juga sebiji tumbukan mengena wajah pelajar itu. Pelajar tersebut tersembam ke tanah. Darah dari mulutnya tersembur keluar, memercik ke sekelilingnya. Aku terus menutup wajahku dengan kedua-dua belah tanganku. Tak sanggup melihat pergaduhan tersebut. Lebih-lebih lagi melihat darah. Aku takut darah. Namun tanpa disangka-sangka, tiba-tiba tanganku tersentuh sebatang besi yang berada di tepi tangga itu. Berdentang besi itu jatuh ke lantai tanpa sempat aku menahannya lagi. Habis lah aku! Pasti selepas ini aku akan menjadi sasaran konco-konco Luqman.

“Siapa tu?”

Aku terus mendiamkan diri. Tangan dan kakiku mula terasa seram sejuk. Matilah aku kali ni. Aku terus terduduk di lantai tangga. Tak mampu untuk bergerak ke mana-mana lagi. Kedengaran derapan tapak kaki menghampiri tempat persembunyianku. Seketika kemudian terasa seperti diriku dibayangi seseorang. Aku mendongak. Luqman! Lelaki itu itu nampak agak terkejut. Namun dia berpaling dan berjalan semula menghampiri rakan-rakannya.

“Siapa, Luq?”

“Tak ada sesiapa. Cuma kucing.”

“Oo, aku ingatkan orang tadi.”

“Vim, Hem, kau orang berdua bawa Pit balik. Jangan lupa tuam lebamnya tu. Pit, aku harap selepas ni kau belajar daripada kesilapan.”

Seketika kemudian, kedengaran tapak manusia semakin menjauh pergi. Mungkin Luqman dan konco-konco dia sudah pergi. Aku menguatkan semangatku untuk berdiri. Sambil mengibas-ngibas belakang baju kurung sekolahku yang sedikit kotor, aku menunduk mengutip buku-buku yang bertaburan di lantai tadi.

“Awak nak ke mana? Hal kita berdua masih belum selesai?”

Sekali lagi aku terkejut. Lelaki itu sudah berdiri di belakangku sambil memegang beg sekolahku. Dia terus menarik tangan dan mengheretku menuju ke tepi kolam ikan yang terdapat dalam taman sekolah berhampiran blok baru tersebut. Aku mengaduh. Pergelangan aku sakit ditarik akibat genggamannya yang erat.

“Lepaskan, Min. Sakit lah!”

Lelaki itu menoleh. Merenung aku tajam. Aku tertunduk. Bagaikan seorang pesalah.

“Apa Min buat kat sini?”

“Min nak balik lah ni.”

“Guna jalan ni?”

“Ini kan jalan pintas ke luar sekolah. Lagipun dah lewat petang, Min malas nak pusing padang guna pintu depan,” terangku panjang lebar. Lelaki itu terus memandangku dengan pandangan yang cuak.

“Jangan risau, Min tak dengar dan tak nampak apa-apa pun. Min akan tutup mulut.”

Lelaki itu tersenyum.

“Kenapa? Takut?” gertaknya sambil merapatkan tubuhnya denganku.

Aku memandang semula ke arah lelaki itu. Apa yang dia nak buat padaku?

“Luq tak percayakan Min? Apa Luq nak Min buat?”

Dia tersenyum nakal. Aku mula cuak dengan sikapnya yang sukar ditelah.

“Luq cuma akan percaya kalau Min mahu temankan Luq, bila-bila masa Luq minta. Boleh?”

Itu sahaja kah? Ingatkan apa tadi. Aku menghela nafas lega.

“Min ada pilihan ke?” Soalku kembali, sengaja memancing kesabarannya. Lelaki itu merenungku lagi. Tajam.

“Ada. Kalau Min tolak, Luq akan sebarkan cerita Min sedang berdating dengan Pit di belakang blok baru sekolah.”

Aku tersentak. Mati aku kalau satu sekolah tahu hal ini. Mahu berbirat tubuhku kalau berita tersebut sampai ke telinga Ayah Long.

“Luq ni gila ke? Luq ingat orang akan percaya kalau mereka lihat wajah Pit yang lebam tu?”

“Luq cakap la, yang kami tumbuk Pit sebab tangannya sudah meraba ke tubuh Min.”

Sampai macam tu sekali. Aku memandang wajahnya lebih lama. Tak nampak seperti dia bermain-main dengan kata-katanya.

“Jahatnya!” Jeritku sambil menumbuk dada Luqman. Tetapi tangan lelaki itu lagi pantas dariku. Serentak itu juga dia menarik pinggangku rapat ke tubuhnya. Wah! Melampau sungguh! Pertama kali aku dipeluk oleh lelaki selain babah.

“Luqman! Lepaskan Min!”

Aku cuba untuk meronta. Tetapi gagal. Pelukannya semakin erat sehingga aku terasa seperti sesak nafas. Pasti sekiranya dia melepaskan rangkulannya selepas ini aku akan jatuh terduduk semula. Jantungku juga semakin laju berdegup. Tak guna aku meronta-ronta. Aku tak akan berjaya melepaskan diri daripadanya. Akhirnya aku mengalah. Membiarkan dia terus memeluk pinggangku. Lelaki itu terus tertawa.

“Bagaimana?”

Aku mendongak memandang wajahnya. Terasa desah nafasnya menghembus ke wajahku. Aku menghela nafas panjang.

“Bila?”

Senyuman lelaki itu semakin lebar.
Bersambung...

Akan Datang- Amy mastura

Buat halwa telinga, so...Layannnn...

Jangan kau ragu terhadap ku
Takkan ku biar kau tertunggu
Bersabarlah kau menanti ku
Jangan terlalu kau cemburu
Tidak kan lari yang kau cari
Akan pasti saat yang di nanti
Pasti kan datang detik waktu
Saat di tunggu saat dengan mu
Pastikan datang jua waktu
Dalam hati ku kau dekat selalu
Setiap kata dari hati
Tak kan sekali ku mungkiri
Ku berjanji untuk mu di sini
Setiap detik yang berlalu
Tak sabar untuk ku bertemu
Dan menghitung saat dengan mu
Sehingga ditemukan kita
Sehingga disatukan rasa
Percayalah diantara kau dan aku
Kita sama berteman rindu

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^