Friday, July 31, 2009

Ampuni daku...

Ana dah tak larat la... Ana dah letih. Macam-macam dah ana buat. Ana ponatttt...ana cemuih. Hari-hari mengadap menda yang sama. Keadaan yang sama. Takkan ana nak habiskan cuti yang hanya tinggal saki-baki macam ni saje. Rugilah...Huhu..Apa lagi yang ana bole buat?

Tensennyaa!!!

Tunggul pun tak macam ni. Tak bergerak. Baik cakap dengan tunggul. Agaknya lepas ni kena pi kelas orang upaya. Blaja bahasa isyarat lah. Senang skit kot nak berkomunikasi.

Waaaaaa.........

So ana nak layan lagu nasyid ni sebentar...

Layaannnn........

Alhamdulillah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Kau jalinkan persaudara
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Wednesday, July 22, 2009

Club foot @ Talipes

"Note how this foot turns inward in this baby with a club foot deformity. Unlike other foot alignment problems that can be caused by positioning before they were born, a club foot deformity can not easily be straightened out. Treatment for club foot begins shortly after the child is born and may involve manipulation, casting, and surgery."-sumber internet
http://pediatrics.about.com/library/pictures/bl_club_foot.htm


Kenapa ana citer pasal hal ni? Mungkin kita boleh panggil kecacatan semasa lahir. Betulkan saya sekiranya tersilap. Betullah kata-kata orang tua atau pun kenyataan di atas. Ia terjadi kerana posisi tidur si ibu semasa mengandung. Ana tak berapa ingat macam mana kedudukan posisi tidur semasa mengandungkan Nur Aqilah dan Nur Iwani. Tapi, mengandung kali ni memang pada mulanya ana banyak tidur di sebelah kanan. Cuma, bila bulan-bulan terakhir, ana kerap dan tersedar ana banyak berbaring di sebelah kiri. Agaknya sebab tu perkara ini terjadi pada Nur Adlin. Perkara ini hampir-hampir berlaku pada anak ke-3, Nur Adlin. Citernya begini...

Hari kedua, sebaik sahaja discaj wad Pusat Rawatan Mahsuri, ana balik ke rumah di Perlis. Nak kemas-kemas sedikit barang sebelum bertolak pulang dan berpantang di rumah mak kat Penang. Masa dok siap-siapkan Nur Adlin, ana terperasan sesuatu pada kakinya. Kaki kiri Nur Adlin sedikit bengkok ke dalam, hampir menyerupai seperti gambar di atas. Tapi tak ketara sangat. Hati dah mula cuak. Tunjuk kat abang. Cakap kat abang, menyesalnya tak buka bedung baby masa kat wad. Sebab baby dijaga oleh jururawat di sana sepenuhnya. Ana cuma dapat tengok sebelum ditolak masuk wad, sebelah malam sebleum tidur dan pagi, masa doktor dok buat round. Tapi baby dah dibedung elok. So, ana tak banyak kacau sangat sebab baby lena kekenyangan. Walapun hati ni rasa macam nak tengok sangat-sangat seluruh anggotanya. Nak kira bilangan jari-jemarinya.



Tapi ana tak buat semua tu macam yang ana buat kat Nur Aqilah dan Nur Iwani. Hari ke-5, lawatan ke klinik kesihatan untuk check kuning baby, aku baru bagitau jururawat yang memeriksa Nur Adlin. Depa kata Talipes. Puncanya sama lah juga. So, jururawat suruh refer doktor. Doktor klinik kesihatan refer kes kepada Pakar Ortopedik dan Fisioterapi hospital Seberang Jaya. Semasa fisio, kaki Nur Adlin dibalut macam pakai cast. Fisioterapis kat situ cakap, kaki dia tak nampak ketara sangat. Masih boleh dibetulkan kerana tulang dia masih lembut lagi. Ana diajar macam mana nak excercise kaki Adlin supaya kembali ke posisi normal. Masuk minggu ke-3, ana bawa Adlin jumpa Pakar Orto. Mujur doktor pakar sendiri yang tengok dan ambil kes Adlin. Dia kata, kaki Adlin normal. Tak nampak cacat sebab kaki dia boleh berpusing ke kedudukan normal. So, doktor cakap Adlin tak perlu buat follow up atau ke fisioterapi lagi. Lega rasanya. lega sangat-sangat.

So sekarang, walaupun doktor dah bagi jaminan, ana masih juga urut sikit-sikit kaki dia, terutama selepas mandi. Tak mahu kaki dia nampak seperti mula-mula ana tengok. So, ibu-ibu kat luar sana yang baca blog ana, please alert dan buat lah rawatan awal sebab kalo baby dah besar, susah. Masa tu tulang dia dah keras. Cara rawatan ketika tu hanya dengan pembedahan atau simen lah jawabnya.
So, kalo nak tau pasal Talipes, layari salah satu laman web yang ana jumpa ni
http://www.wisegeek.com/what-is-talipes.htm
Sebenarnya, ada banyak lagi pasal club foot dan Talipes ni. Boleh layari kat Internet jer.

Hmm..inilah pengalaman ana yang agak mendebarkan dan mampu buat jantung ana tercabut..hahah..takutkan? Risaukan? Takut nak menghadapi kalau-kalau dapat anak cacat..Itulah yang sebenarnya dalam fikiran ana. Ana takut ana tak kuat nak menghadapi semuanya. Cukup lah dengan Aqilah seorang, yang lahir pramatang. Ana memang tak kuat. Lemah nak melihat dan nak mengharungi semua ni. Kalo apa-apa yang berlaku pada anak-anak ana, ana berani jamin dan yakin sangat-sangat..semua yang berlaku adalah hukuman untuk ana. Sebab ana mesti nak salahkan diri sendiri. Yalah..tentu ada sesuatu yang si ibu dah buat silap mungkin sebelum mengandung atau semasa mengandung, dan Allah nak tunjuk bahawa si ibu dah buat kesalahan.

Nau'zubillah...

Nur aqilah

Anakku ini sudah pandai berposing di hadapan kamera. Just, bagitau jer nak soh posing camner, pasti dia buat. Maklumlah dah suka bergambar. Tengok tu buat tutup-tutup mata ala-ala nak menggoda. Hai, anak mama ni tiru sapalah agaknya?




Hari pertama pulang ke rumah. Menghabiskan pantang di rumah sendiri pula. Sambil melayan baby Nur Adlin, terpandang situasi di hadapan mata. Si kakak bersama anak jiran sebelah rumah yang aku tak ingat namanya.Terukkan aku ni? Sebenarnya kami baru berpindah. Jumpa jiran pun sekali jer. Pastu masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Macam mana nak ingat? Hmm... agak-agaknya apalah yang dibualkan kedua-dua anak kecil itu?












Thursday, July 09, 2009

MENU MASAKAN HARI MINGGU

Hari Ahad yang lalu, abang tringin nak makan masakan dindin (betul ke eja ni?). Masakan turun temurun keluarga abang. So, nak tak nak, aku turun dapur sama walaupun masih dlm pantang. Lagipun, dia kata dia nak masak sendri, so aku cuma jadi pemantau ajer sambil bersihkan apa2 yang patut (paham-paham jer lah bila orang lelaki masuk dapur). Suamiku ni memang rajin & pandai masak. Tapi tengoklah lah pada keinginannya. Kalau dia nak makan sesuatu, dia sanggup masak sendri (kalau aku tak larat atau cam time2 sekarang). Tapi yang kelakarnya, aku beria-ia amik gambar bahan-bahan, gambar masakan yang dah siap aku bole terlupa nak amik. keh..keh..jangan marah. Nanti kalo berkesempatan masak lagi, aku amik gambar yang dah siap. So, mari tengok telatahnya di dapur.


Daging menjadi bahan utama resepi masakan ini. Kena rebus dahulu, pastu dihiris sederhana nipis.
Selepas dihiris, kena tumbuk pula. Tengoklah telatah anak sulungku menolong babanya menumbuk daging. Tumbuk elok-elok ya Aqilah.


Pastu kena goreng sampai garing, macam gambar di bawah.



Ini kuahnya, bawang merah, cili kering dan jintan manis (dihiris, digoreng dan dikisar bersama). Pastu terus tumis dalam minyak panas dan kemudian campur sikit dengan air rebusan daging.Lastly, masukkan kicap manis dan daging tadi dan biarkan hingga mendidih. Kalau nak kuah banyak, jangan biar sampai kering.

Ini pun hasil air tangan suami juga. Sup tulang dan masak asam tempoyak. Sedapp..aku yang tak suka makan durian, boleh tambah berkali-kali makan masak asam tempoyak ni. Sampaikan abang perli, itu tak rasa durian lagi tu. Tapi rasanya lidahku memang tak le nak telan durian. Tak lalu. Masakan asam tempoyak ni lain la. Dah campur macam-macam.
Hehehe..macam-macamlah alasannya.


Ikan keli yang masih hidup. Eiii...tk sanggup nak siang. Geliii....nasib baik ada chef hari ni. Hehhehe...







Friday, July 03, 2009

Anak-anakku mengenal alam & warna

Iwani, anakku ini paling suka bergaya. Tengoklah apa yang dia pakai...dengan topi baby Adlin disebatnya, tasbih tok mama dia dibuat rantai, bekas air Dora dan tetiap hari nak pakai baju poket. Jenuh mak su dia basuh baju tu. Asal kering jer terus nak pakai. Alahai anakku, bila dah pandai memilih baju, baju apa yang disediakan olehku dah tak mahu pakai. Semua nak pilih sendiri.
Sayang kakak Aqilah!

Wah, tengok apa tu sampai ternganga mulut?

Kakak, mari kita tanya tok baba, ni bunga apa? Kakak rasa bunga ni warna apa? Merah ke kuning?

Lihatlah telatah-anak-anakku. Ini adalah antara shoot terbaik suamiku yang paling aku suka. Dengan gaya Aqilah & Iwani yang ala-ala model. Aku suka sangat!

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^