Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan Al-Mubarak


Tahun ni ana & suami akan menyambut Ramadan dan menjalani ibadah puasa bersama-sama 3 orang puteri. Insyallah...
Buat semua pengunjung/sahabat blog Kupersembahkan... Dunia Cinta Anastasia2, ana & keluarga nak ucapkan:



"Selamat Menjalani Ibadah Puasa
&
Salam Ramadan Al-Mubarak"

Di kesempatan ini juga ana nak mohon kemaafan sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sama ada secara sedar @ tak. Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya.

Sunday, August 16, 2009

Musim virus & wabak penyakit datang menyerang

Haa..ni lah nak beritahu kenapa Ana dah lama tak melawat rakan-rakan blog. Blog Ana sendri pun tak ter update kerana serangan virus ni. Habis satu rumah kena. Termasuklah baby Adlin. Semasa Ana post entri ni pun, Ana, Aqilah & Adlin masih tak berapa nak sihat kerana virus selsema dan batuk. Kenapa tak baik-baik lagi? Kan dah dua minggu dan sekarang dah nak masuk minggu ke-3. Dalam hati, risau yang amat-amat sebab dengan berita kematian angkara H1N1. Tapi tanda-tanda yang dihidapi hanya jangkitan selsema biasa. Mungkin faktor cuaca juga salah satu penyumbangnya. So nak jawab, kenapa masih belum baik.. Adlin, mungkin sebab baby. Dia tak reti nak keluarkan cecair hingus nya. So, nampak macam teruk tapi Ana dan suami sebenarnya dah melalui keadaan macam ni masa Aqilah dulu. Aqilah..hmm..bagi yang dah tahu dan maklum..dia kan dilahirkan pramatang. So, virus-virus camni, memang dia akan cepat kena jangkitan dan lambat sangat nak baik. Nak-nak pulak susah sangat nak makan ubat. kali pertama bagi rasuah untuk pujuk makan ubat. Kali kedua, rasuah dah tak jalan so terpaksa berkasar sikit. Huhu...pening kepala Ana dan abang. Masuk minggu kedua, kami berdua pula yang demam. Kenapa Ana pula yang lambat baik dan mudah berjangkit? Dah nama pun ibu..macam kes Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar lah kan. Dah tanggungjawab sebagai seorang ibu. Siapa lagi yang nak jaga anak-anak kalau bukan ibu? Anak-anak Ana ni memang merap kalo dengan Ana. Dengan Baba, depa tak berani sangat nak merap. Tapi Ana ni pun memang jenis senang dijangkiti..sebab susah juga nak makan ubat. Haha..patutlah anak susah nak makan ubat, mak nya pun sama.Kuang..kuang..kuang..kantoi..
Mujur ada suami yang tegas. Abang tu, ubat ada di tangan sokmo. Bila dia rasa macam nak sakit jer, blum confirm lagi. Dia dah telan panadol dulu. 2 perkara prinsip dia..minum banyak air dan rehat secukupnya. Itu jer. Bab minum tu, memang bole diikuti. Tapi bab rehat tu..alahai..masa bila la nak bole rehat betul-betul...kalo berehat dalam kepala otak dok ingat, baju tak basuh lagi, nak makan apa arini, lantai berhabuk...huhu....


Gambar Aqilah & Iwani yang tertido keletihan. Kesian anak-anak mama..demam. tengoklah kebiasaan mereka. Iwani akan hisap jari ketika tido. Aqilah pula suka menggonggong botol susu.



Ana masak bubur nasi
untuk anak-anak, nak bagi berselera makan. Sejak demam, Iwani macam dah kurang selera makannya.



Bila Allah dah tarik nikmat kesihatan, masihkah lagi kita lalai dalam mengerjakan ibadat kepadanya? Huhu..banyaknya dosa Ana. Ana kena banyak bermuhasabah diri. Penyakit ni adalah ujian dan tanda Allah sayang kan kita. Penyakit ini datang kerana Allah nak kita beringat-ingat. Hidup kita takkan lama. mati pastikan menjelma.

Al Fatihah & takziah buat Ustaz Asri Rabbani & Yasmin Ahmad dan jua buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Memperkenalkan Baby Nur Adlin

Memang dah lewat nak tunjuk muka. Dah dekat 3 bulan. Anyway, takpelah. Asalkan dapat diperkenalkan kepada para ibu, mama, mak, ummi, moms yang rajin melawat blog ini. So, layan gambar Baby Nur Adlin.

Keempat-empat gambar di bawah diambil sehari selepas Nur Adlin dilahirkan. Masih dalam wad Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. Tengoklah, betapa rapinya Adlin disiapkan. Dah kekenyangan, tidur jerlah Si Adlin ni.




Adlin dah mula melalak kelaparan.




Rambut Adlin sudah dicukur Adlin dah botak! Lihatlah wajah baruku.


Hehe..takpe. Adlin tak kisah. Sebab sekarang rambut Adlin dah tumbuh balik. So, tunggu dan lihat wajah terkini Adlin yek!

Tuesday, August 04, 2009

Berperang dengan perasaaan... Uhuk..uhuk..

Sedihnyerr...uhuk..uhk...

"Nape mama dah nak tinggal Adlin? Mama tak cian kat Adlin ke?"
(sebenarnya aku yang sedih lebih-lebih. Mana Adlin boleh bercakap lagi. Takpe, dari pandangan mata dia, aku paham maksudnya. Wakaka...)

"Mama dah nak keja, sayang. Bos dah tak bagi mama sambung cuti."

Permohonan untuk sambung cuti ditolak tanpa mendengar alasan-alasanku. Sadis sungguh!

Waaa...simptom nak mula keja kembali lagi. 2 bulan bersama Baby Adlin...beratnya hati nak hantar dia ke nurseri. Nak-nak pula dia menangis, menolak bila dah mula diajar minum pakai botol.

"Mama, Adlin taknak pakai botol. Adlin nak nyot..nyot.."

Aku yang kesian, tak jadi train Adlin minum pakai botol. Abang balik sekolah..

"Abang..tolong train Adlin. Ana tak mampu la. Cian tengok dia meraung."

"Haa..yang ni lembut sangat. Biar jer dia nangis. Bila dah lapar sangat, dia mesti hisap juga."

"Sedih la tengok susu yang diperah, diluah buang. Penat jer."

"Takpe, kan susu badan banyak. Bukan pakai susu tepung."

Ughh..pelik jugak Adlin ni. Rasa susu yang sama. Cuma pakai medium yang berlainan jer. Teringat masa kami train Aqilah pakai botol. Cengginilah susahnya. Dia sanggup merajuk, tidur dan tak minum seharian. Seksanya...

Tapi bila nak train Iwani...Alhamdullillah. Senang jer.

Ni bila mai kat Adlin. Arghh...sudah. Dah jadi macam kakak dia pula.

Tulungggg........

Sunday, August 02, 2009

Hari bermalas-malasan di atas katil...

Hari ni, bangun jer dari tido, hampir luruh jantung bila melihat di sebelah. Kepala baby Adlin dah berada di atas birai katil. Bantal peluk yang besar untuk jadi pemidang dah tertolak ke tepi. Kusss..semangat. Nasib baik sekerat jer. Walaupun katil kami rendah (suami bli katil stail Jepun), tapi untuk umor yg macam Adlin, tak boleh diduga juga natijahnya. Ish..ish..Adlin ni, baru nak masuk 2 bulan, buasnya tido. Mujur mama sedar, kalo tak..hiii..na'uzubillah. Minta simpang.

Malasnya nak bangun dari katil. Tapi banyak keja umah yang takkan penah selesai. Kalo tak basuh baju, dalam raga akan makin bertimbun. Lantai pun dah berhabuk. Nak kena mop. Tengok anak-anak yang terbongkang keletihan. Semalam 1st time bawa Adlin jalan2 shoping kat Tesco. Huhu..memang Adlin mencuri tumpuan semua orang yang lalu di sebelah. Sengaja tak bawa stroller. Pakai troli Tesco jer. Senang. Ana bawa comforter baby hampar dalam troli. Aqilah dok di sebelah. Iwani kat tempat duduk dalam troli tu jugak. Si kakak-kakak tu bukan nya mau berjalan. Nak ditolak juga atas troli. So, 3 dalam 1. Ada juga yang tegur, nape tak pakai troli yg ada tempat letak baby. Huh! Mengarut! Nanti bukan Adlin yang tido di situ. Kakak-kakaknya yang akan berebut nak tido atas tempat tu.

Waaaaa....ha tu dia. Adlin dah keriau. Lapar. Suma orang yang berdiri dekat dengan troli mula memandang semacam. Muka ana dah merah. Malu!!!! Alahai Adlin, takdan mama nak shopping. Kejap Adlin. Mama cari baba. Mana baba ni? Abang bawa Aqilah 1 troli asing. Tak muat 1 troli. Beli pampers saja dah penuh 1 troli. So, sorang kena bawa 1 troli. 1 troli anak. 1 troli barang. Aqilah dengan babanya. Ana bawa Iwani & Adlin. itupun Aqilah dah nangis, nak ikut aku juga. Semua nak kat mama. Kat babanya, takmo. Padahal yang nak membelanja, babanya. Mana suamiku ni? Adlin dah melalak ni. Walau orangnya kecil, suaranya kalo dah lapar, Masyallah...

Kelam kabut juga. Dengan pantas aku tolak troli keluar, cari tempat khas untuk beri Adlin minum (menyusu). Sengaja tak perah susu sebab kalo perah susu awal, takut masam sebab tak bole nak duga masa bila dia nak minum. (Saper-saper bole bagi tips tak tentang ni?). Ana baru nak berjinak-jinak dengan kempen breastfeed ni.

Huhu...shopin yang menyedihkan. Lastly, abang sorang jer yang belikan barang-barang. Ana angkut anak-anak lepak depan sudut sebelah kedai game & Popular. Takpelah, demi anak-anak. Sambil tengok Aqilah & Iwani berlari-lari dalam kedai game, ana cuci mata tengok novel-novel baru di sebalik cermin kaca kedai Popular.

So, itu jer criternya telatah melayan anak-anak dara yang 3 orang. Huhu...Agak-agak bagaimana lah orang lain bawa anak-anak yang ramai ber shopin. Ana yang baru 3 orang ni, dah huru-hara.
Kuang..kuang..

Entri kali ni takde gambar. Abang tak bawa kamera. Kalo tak bole juga tunjuk telatah 3 orang power puff gurl ana. Har..har..har..

Saturday, August 01, 2009

Puisi untuk hati

Ujian yang diberi adalah ANUGERAH tanda KASIH SAYANG yang tidak berbelah bagi daripadaNYA YANG MAHA ESA.

Aku yang lemah, kuat kerana-MU

Aku yang buruk, indah kerana-MU

Aku yang bodoh, pandai kerana-MU

Aku yang papa, kaya kerana-MU

Aku yang susah, senang kerana-MU

Aku yang tiada apa-apa, segala milik KU adalah HAK-MU yang MUTLAK

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^