Tuesday, September 29, 2009

Raya ke-2 Jalan-jalan ke Nilai 3

Haha..cam lawak jer kan? Tak penah dalam hidup, raya kedua p shoping. Kekeke...
Gara-gara abang nak p tengok gedung karpet yang katanya terbesar di Nilai 3. Memang besar pun. Sampai lenguh kaki aku berjalan, membelek-belek karpet. Sebenarnya, banyak kedai yang masih tutup kat Nilai 3 tu sebab raya kan. Tapi kedai karpet ni bukak la pulak. Tokei kedai karpet dari Pakistan ni cuti sehari jer untuk raya. Ish..ish..patutlah depa kaya bila dok kat Malaysia ni.

Tengoklah telatah Nur Iwani & Nur Adlin masa bawa depa p jalan-jalan kat gedung karpet di Nilai 3. Ana tak bawa Aqilah sebab dia tido masa kami nak kuar ke Nilai 3. Terpaksa juga tinggal dia sebab dia nampak letih sangat. Last2 mak Lang & pak Lang dia bawa dia p Alamanda, Putrajaya.

Telatah abang dan mak masa dok kelebet karpet2. Bersungguh-sungguh abang sebab dia yang beria-ia nak bli karpet untuk umah sendri. Ana ikut jer sebab tau apa yang dia pilih adalah yang terbaik untuk kami. Muaks..sayang abang.

Gelagat Adlin. Tentu dia pelik, kenapalah mama ni baringkan dia atas timbunan karpet?

Iwani pun dah buat kuak lentang atas timbunan karpet sambil isap jari & korek pusat. Letih berjalan tapi nak ikut jugak. nasib baik tokei karpet tak marah. Hahaha....

Iwani demand, nak buat kuak lentang pun sebelah adik Adlin.

"Cantiknya Ana... macam kat hotel design dia," tu la antara dialog mak. Dah berkenan lah tu. Tapi sayang, rega dia beribu. Uiii mak ai, x sanggup Ana, semata-mata untuk dipijak-pijak. Tapi mungkin orang lain sanggup. Maklumlah, lain orang, lain citarasa & pendapat.

Tu dia, kuak lentang kat karpet kaler hijau pulak.

Wah, adik Adlin sempat cuit-cuit kakak Wani.

Mama, nak dok atas karpet...

Thursday, September 24, 2009

Raya ke-3 Jalan-jalan Nilai-KL naik ERL Transit

Hari raya ke-3, Ana & abang bawa anak-anak jalan-jalan naik ERL Transit ke KL. Actually, bukan nak ke KL sangat. Tapi nak bagi anak-anak merasa naik keretapi. Almaklumlah, anak-anak Ana ni, tak penah lagi naik ketapi. Kat Perlis cuma ada KTM jer, tak macam kat KL ni. Macam-macam ada. Komuter, LRT, STAR, ERL, monorail ...pilih jer nak yg mana & nak p mana. So, oleh kerana mak (mentua) pun tak penah lagi merasa naik ERL transit, kami pilih naik ERL jer untuk ke KL. Memang mahal lah kan kalo nak banding komuter. Tapi sebab nak bagi anak-anak selesa, sanggup bayar lebih. Dewasa-RM12.50, kanak-kanak RM6.00. Anak-anak kena bayar juga sebab mula dari umo 2-12 tahun. Cekik la ERl ni... =p

Memang selesa sangat..nak-nak pula time raya ni..suma orang balik kampung dan masih ramai yang sedang bercuti raya. Banyak tempat yang kosong sampai anak-anak ana boleh berlari-lari dalam ERL. Melompat-lompat..orang utara cakap perak atau jakun..sebab tak penah tengok..kekeke...
Abang cakap ni lah anak-anak kampung yang tak penah naik ketapi...Aqilah memang excited lah dia sebab memang dari mula kenal ketapi..asik minta nak naik ketapi..cuama kami lah tak berkesempatan nak bawa naik bila balik umah mak kat Nilai. Iwani cam perak skit, mula-mula naik diam jer sambil isap jari dia...takut-takut..tapi bila dah lama skit baru nak melompat-lompat cam kakak dia.
Tapi perjalanan dari Nilai ke KL tak lama..28 minit jer sebab ERL ni memang laju sangat. Sampai kat KL Sentral, kami naik komuter pulak ke Mid Valley..saja sonok-sonok. RM 1 jer sorang sebab dekat. Hmm..jauh berbeza lah dengan komuter, penuh & padat macam sardin. Bersesak-sesak, ramai lah plak orang. Nasib baik Adlin mengamuk sekejap jer masa tunggu komuter. Mak dukung, terus tido.
Waktu balik, Aqilah & Iwani dah penat, takmo jalan, mengamok-ngamok suruh dukung. So, Ana & abang terpaksa dukung. Adoii..beratnya anak-anak mama. Sampai umah, macam nak patah pinggang. Malam Ana demam. Kahkahkah..penangan dukung anak. Takpalah demi anak-anak, mama & sanggup berkorban skit sebab xmo bagi kempunan bila dah balik Perlis nanti.
Anyway, perjalanan yang singkat ini memang menjadi kenangan yang manis & seronok.









Sunday, September 20, 2009

Gaya anak-anak tido...



Malam raya ke2...boring. Xtau nak buat apa bila si kecil dah tido. Si kakak2 pula masih sonok bermain dengan sepupu mereka. So, ana melayan gambar anak2 yang lama sambil cari idea untuk n3 malam raya ke2.
Hmm..bila dah melayan gambar gelagat anak-anak tido, tiba-tiba...huargghhh....
Alamak...ngantuklah plak...


*
*
*

Tidolah!
Ngantuk! Banyak makan pulut tadi...huhu...

Gud nite!

Hehehe...

Thursday, September 17, 2009

Ayah & Ibu....

Dalam dok memikir-mikir idea apa yg ana nak tulis dalam n3 kali ni, ana tertengok satu iklan dalam tv. Iklan Raya Petronas. Tetiap kali raya,tetiap tahun, iklan Petronas mmg akan mencuit hati ana. Tapi kali ni, iklan yang lama-lama itu ditayangkan kembali. Kenapa? Pasti ada yang dapat mengagak bagi sesiapa yang mengenali Yasmin Ahmad dan Leo Burnett. Iklan Petronas, kalau tak silap ana memang menggunakan khidmat nama-nama besar ini.
Kalau tengok secara purata, mesej daripada iklan-iklan tersebut banyak menjurus kepada pengorbanan, jasa, budi ibu bapa terhadap anak-anak yang tiada galang gantinya. Tidak terbalas budi mereka walaupun dengan harta yang berjuta. Tidak ternilai kasih sayang yang dicurahkan.

"Burung apa tu nak?"
"Burung murai, ayah."
"Burung apa tu nak?"
"Burung murai, yah."
"Burung apa?"
"Burung murai."
"Burung apa?"
"Ayah ni tak dengar ke apa yang Man cakap, atau buat-buat tak dengar. Burung murai, burung murai ayah."

Hmm, lebih kurang macam ni lah dialog antara seorang anak dengan ayahnya. Ha, masih ingat lagi iklan ni?

Tengoklah betapa berbezanya cara layanan ibu bapa kepada anak dengan cara layanan anak kepada ibu bapanya.

Kita layan skit lirik lagu ni...

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Jad, fikir-fikirlah... terutamanya bila tiba Hari Raya yang bakal menjelang ini... sanggupkah kita membiarkan mereka bersendirian menanti kepulangan kita?

Ana slalu kena mengingat diri sendiri,
kalau anak lelaki, syurganya di bawah tapak kaki ibu
Tapi kita orang perempuan yang dah berkahwin..syurga di bawah tapak kaki suami
So, takpelah 1st raya balik umah mak mentua dahulu...
Syahdu... sob...sob...

Sunday, September 13, 2009

KAD RAYA DARIPADA KAWAN BLOG

Lama tak update blog. Sibuk jadi urusetia Pertandingan Nasyid Antara Jabatan UniMAP. Esok, majlisnya. Huhu..pening-penin dengan kerenah para peserta. Ada yang bagi nombor telefon untuk dihubungi..tapi silap..asik2 silap call..dapat kat Cina..tak pasal2 kena marah. Apa la nasib! Sob!Sob!
Harap majlis esok berjalan dengan lancar. Segala persiapan telah ana buat, tinggal tugasan menjadi juruaudit pula esok.
Ini ana tempelkan kad raya dari kakak2 tersayang..Kak NZA dan kakyong. Terima kasih banyak2 atas sokongan akak2 berdua.



Wednesday, September 09, 2009

2nd contest


Ana dah join. Simple sgt dia nyer syarat. Xyah penin2. Xyah susah.Sesuai utk org cam ana.Heheh...Sapa2 yg nak shawl free..leh join sama. Thanks kakyong 4 d information.

Monday, September 07, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat arwah tok baba, Mohamad B Bakar (datuk Ana) yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.15pg, 6/9/2009, Ahad. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Kesian Ana tengok maktok (nenek). Sayu. Dia tak perasan ana masa ana p salam dgn dia. Seangkan dia mmg nampak sblm ni. Ana rasa fikiran dia melayang ke lain. Dah bertahun berdua, skrg sendiri.
Ana bersyukur sangat penderitaan tok baba berakhir. Terbaring sakit tua sejak 3 tahun yang lalu. Semenjak tak boleh bangun, anak-anak bergilir2 dtg umah dia jaga. Maklumlah depa berdua jer dlm umah tu.

Sejuk bibir ana tatkala menyentuh dahi tok baba. Muka dia bersih, cerah,bercahaya. Mulut dia terukir senyuman. Ana rasa dia bahagia, dia gembira walapun saat dia kembali, tak semua anak2,cucu cicit ada dekat dgn dia. Mak Caq (mak saudara) ana citer, sekejap sj dia menghadapi saat sakaratulmaut. Moga Allah melindunginya. Ana dh x tahan..sedih..
:
:
:

Sebenar masa ana kecik (umo 6 thn) ana penah tinggal dgn dia. Masa mula2 masuk tadika, dia lah yg antar ana naik basikal tua dia.

:
:
:
Saat2 menerima perkhabaran...
:
:
5.45 pg
:
:
Telefon bimbit ana berbunyi.
"Rumah mama"
:
:
Kak...
Adik bongsu ana..Shuhada.
Napa?Awal hg call. nk ckp dgn budak2 ni ke?
Kebetulan plak..ketiga2 anak dara ana jaga waktu ana bgn sahur.Memg depa x penah bgn serentak waktu sahur.
:
:
Tok baba dah tak ada...

Innalillahiwainnailahirojiu'n....

:
:
:
DariNya kita datang...kepadaNya kita kembali...
:
:
Amin....

Saturday, September 05, 2009

Telatah & Gelagat Anak Saudara-- Anis Darwisya

Kali ni, Ana nak memperkenalkan anak saudara ana (anak adik). Namanya Anis Darwisya. Baru umo 1 tahun 4 bulan kot kalo tak silap (hehe..apa punya mak sadare, umo anak menakan pon x ingat). Tengoklah telatah dia ketika maksunya mengambil gambar. Macam-macam cara dia dok 'berposing'. Dah ler montel & montok. Dia ni kalo mai kat umah mama, xle bg pakai baju. Kenapa? Selalu sangat berpeluh. Kalo nak bagi pakai pun, pakai baju yang jarang/ nipis atau yg ada lubang2. Heheh...nak duduk ekon kot...kuikui..jenuh tok mama nak pasang ekon satu umah. Bankrap. So, layan jer lah gambar2 Anis ni..


Makan aper tu Anis?


Mmmm....
Hihi..gelak aper tu Anis? Tutup mulut skit nampak takder gigi lagi..


Hoh! Bulatnya mata.


Buat busyuk skit Anis...


Aaaammmm...emmm..syedapnyer makan biskuit.

Friday, September 04, 2009

“Ramadhan, Syawal & anak-anak”

Gementar. Orang utara cakap ketaq. Hehe..1st time nak try join contest kat blog ni. Apa pun, khusus untuk penganjur contest ummu_abdullah (Anakku Sayang) & kakyong (Catatan Ibu) , saya cuba menguji diri sendiri. Secara tak langsung, dapat juga mengimbas kembali Ramadan dan Syawal semasa bujang dan membandingkannya pula ketika sekarang (sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang puteri).

Nak citer pasal amalan bertarawikh. Kalu dulu, masa bujang, Ana belajar di sekolah berasrama. So, didikan agama telah diterap semasa dalam kelas dan juga di asrama sekolah itu sendiri. Setiap malam, Ana join kawan-kawan yang lain berjemaah solat tarawikh di surau. Bila masjid sekolah telah siap dibina, semua pelajar puteri berjemaah menunaikan solat tarawikh bersama-sama dengan pelajar putera. Macam-macam gelagat yang boleh dilihat bila berjemaah beramai-ramai.
Amalan solat tarawikh Ana teruskan sehingga sambung belajar di UiTM, Shah Alam. Begitu juga apabila Ana pulang ke kampung. Ana dan adik-adik akan ikut mama & baba ke masjid untuk menunaikan solat tarawikh.

Tapi sekarang, ana hanya bersolat tarawikh di rumah sahaja. Maklumlah, anak-anak masih kecil. Masa ada Aqilah (anak sulung), rajin juga berjemaah dengan suami. Tapi sekarang kena solat sendirian sebab Adlin (baby) suka menangis kalao tak ada sesiapa di sisinya. Selalunya terbabas, tak solat juga. So, nak kutip pahala sunat lain, Ana bertadarus di pejabat. Waktu rehat, oleh kerana berpuasa, Ana ambil peluang pada waktu tersebut dengan mengisi masa dengan bertadarus.

Bila tiba waktu berbuka, Aqilah dan Iwani pasti sibuk juga. Betul, Ramadan mengeratkan ikatan keluarga. Ana dan suami berbuka sambil melayan kerenah anak-anak. Bila makan bersama-sama, anak-anak nampak lebih berselera. Macam-macam yang dipinta. Tapi Ana dan suami juga tetap ajar anak-anak agar tidak membazir. Selalunya kami beli makanan di bazar kerana ana tak sempat nak masak ketika hari bekerja. Ana selalu pesan pada suami agar beli makanan yang boleh dihabiskan sekali makan sahaja. Makanan tidak perlu dipanaskan banyak kali. Lagipun, makan makanan yang dimasak berkali-kali, tak baik untuk kesihatan.

Anak-anak Ana yang baru berusia 4 dan 3 tahun itu tentu masih belum mengerti istilah puasa. Tapi yang penting, Ana dah bagitau mereka iaitu bila puasa tak boleh makan. Biarlah. nanti, bila Aqilah dah berumur 7 tahun, Ana berazam nak ajar dia berpuasa sepertimana Ana mula berpuasa ketika usia tersebut.

Tahun 2009 ini juga, tahun rezeki dan rahmat buat kami sekeluarga. Ahli keluarga bertambah dengan kehadiran baby baru, Nur Adlin dan kami dapat menjalani ibadah puasa serta Insyallah menyambut Syawal di rumah sendiri yang baru kami beli. Seronoknya berganda-ganda.


Rezeki yang tidak pernah putus. Alhamdulillah.

Walaupun penat dan letih melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar dan semakin nakal, di bulan Ramadan ini, benar-benar mengajar Ana dan suami agar banyak bersabar. Betapa nakal pun anak-anak Ana ini, mereka tetap anak-anak yang masih belum mengerti kewujudan Ramadan dan Syawal. Masih belum paham kewujudan istilah baju raya, duit raya, balik kampung, ketupat, rendang dan sebagainya.

Tak apalah. Ana akan mengajar mereka perlahan-lahan dan dengan penuh kesabaran.

"Anak-anak mama, bila dah besar nanti, kita puasa sama-sama. Kakak tolong mama masak, adik Wani tolong mama hidang juadah berbuka, adik Adlin tolong mama cuci pinggan."

Eh..eh..Ana dah berangan-angan sedia jadual tugas untuk anak-anak. Aci ke?
Hehehe..sabar ajerlah.

Thursday, September 03, 2009

Balik Bandar Nilai, N9 (SATU)

Oleh kerana cuti sekolah seminggu yang baru lepas, Ana langsung tak amik cuti, makanya...ari Jumaat malam Sabtu..tepat pkul 12 malam (dah ari sabtu 29/8/09), baru kami bertolak dari Perlis ke umah mak & bapak di Nilai. Mujur duty syif tak ada nama Ana. Jadi bolehlah bercuti 3 hari. Isnin cuti ganti kerana 31 Ogos jatuh hari Ahad. Bolehlah..buat melepaskan rindu kat mak & bapak mertua, adik2 ipar dan anak2 menakan yang dua orang tu. Lagipun, Ana masih belum penah jumpa anak menakan yang baru, Si Arief. Cian, umo dia dah 7 bulan baru maklong dia leh balik tengok. Almaklumlah, masa Wan (adik ipar) bersalinkan yang no2 ni, Ana tengah sarat dan dah tak larat nak jalan jauh2.

Suasana highway utara-selatan yang sunyi sepi sebab kami bertolak tengah malam.


Tengok gelagat kami dalam keta...


Gelagat Abang yang sibuk dok set kan GPS. Bukan tak tau jalan sebab naik highway jer. Tapi sajer sonok. Lagipun boleh tau dapat sampai pukul berapa kalo bawa keta dalam had kelajuan tertentu. Sumanya di informkan oleh GPS tu.


Gelagat kakNgah-Iwani sedang tido. Dia duk kat sebelah Ana, seat belakang.

Gelagat Iwani ketika dah jaga dari tido. Tengoklah tu, Tak lekang tabiat menghisap jari & menonggek. Atas keta pun jadi tabiat nye..


Gelagat Si Adik-Adlin..tido atas riba Ana sepanjang perjalanan. Kak Ngah dah 'konker' separuh seat belakang. Huhu..

Alamak Adlin pun dah jaga..mujur dia tak buat perangai. Pheww..

Gelagat Kak Long - Aqilah tido. Dia dok kat seat depan. Anak baba. Sengaja bawa Doraemon sebagai peneman untuk peluk. Last2, doraemon yang pluk Aqilah. Mujur dia mau dok di depan. Jenuh melayan gelagat dia & Iwani bergaduh kalo dia xmo mengalah dok di depan. gambar nampak cam terbalik sebab Ana snap dari atas. Hehe..

Tuesday, September 01, 2009

MIMPI

Semalam Ana bermimpi yang pelik lagi. Masuk kali ni, 2 kali dah mimpi yang cenggini. Bukan mimpi yang sama. Bukan lah pelik tara mana. Tapi kalo terjadi, rasanya leh hilang semangat hidup. Mimpi pasal anak-anak. Yang pertama, mimpi Aqilah masuk hospital. Sakit teruk. Tapi dah tak ingat sakit apa. Terus terkejut jaga. Sedar. Rupa-rupanya hanya mimpi. Syukur sangat tengok Aqilah ada, tengah tido kat bawah. Kat tilam dia.
Semalam, antara baru-baru jer nak terlena, bole pulak mimpi..Aqilah, Iwani & adik Ana, Hanisah kena culik. Tau tak tempat culik tu kat mana? Dalam katil baby (hadiah dari mama). Adoihh..cam lawak pun ada.
Bila tersedar dari mimpi, memang rasa cam nak menangis sebab dok terngiang-ngiang suara Iwani menangis panggil 'mama'. Tapi, Alhamdulillah, syukur bila sedar itu cuma mimpi dan anak-anak ada dok tido ata tilam depa. Dan Ana pasti Nisah kat umah mama pun sedang lena diulit mimpi sebab masa tu dah pukul 1 pagi. Abang tak naik atas lagi. Tengah mengadap komputer lah tu. Terus Ana miss call dia yang ada kat tingkat bawah (xmo jerit panggil, nanti anak jaga plak). Dia trus naik atas, terkejut tengok Ana dok berteleku atas katil. Macam orang bengong.

"Awat?"

"Mimpi lagi."
"Mimpi apa?"
"Mimpi Aqilah, Wani & Nisah kena culik."
"Hmm..tido lah balik. Takdak pa tu. Mimpi ja."
"Takut."
"Insyallah, xdak menda pun tu. Mainan tido. tidolah balik. Kejap nak turun bawah, satgi abang naik tido."
"Hmm.."
Zzzz..
Memang Ana senang sangat tido. Takyah tunggu nak berangan dulu macam masa bujang-bujang dulu. La ni pantang rebah kepala atas bantal. Terus jer ZZzzzz...Hehehe..

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, moga dijauhkan mara bahaya daripada suami, anak-anakku dan keluargaku. Berikanlah kesihatan yang baik & murahkan rezeki mereka. Amin..

Harap malam ni dan malam-malam yang akan datang, tiada lagi mimpi-mimpi yang boleh meragut semangat Ana. Masih adakah lagi malam-malam akan datang untuk Ana? Kalo boleh biarlah sampai Ana sempat menqada segala ibadat yang tertinggal . Huhu...

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^