Friday, October 23, 2009

Lagi kisah Nur Adlin


Hmm..rupa-rupanya kejadian cirit-birit yang melanda Nur Adlin petanda dia nak meniarap.Kekeke..agak jer lah. Cepat jugak Adlin ni, baru jer masuk 4 bulan, dah leh niarap. Sekarang ni kena dok pantau sbb dia dah mula suka tido sambil meniarap, ada jg bahayanya kalo tiada org nak tgk2 kan. Takut dia sembam muka.

Thanks to yatie chomeyl
Melalui blog dia, Ana belajar buat watermark atau dlm bahasa Melayu dipanggil hakcipta :p
kekeke..risau gak kalo ada org2 yg tak bertanggungjawab curik gambar anak kiter & claim tu anak dia...psycho kot org tu..hiiii...mintak simpang. Penat2 kita ngandung 9 bulan, sakit bersalin bagai nak rak tetiba ada org lain leh claim tu anak dia...Ish..ish..
Amacam yatie...ok tak trademark akak...kekeke...terima kasih banyak2 yek...

Wednesday, October 21, 2009

Sendri langgar...sendri mau ingat aa..



Ini gara-gara kecuaian Ana sendri. Slalu buka pintu pagar lipat masuk sebelah dalam. Sebelum nak undur kuar ke belakang, tengok cermin pandang belakang dulu. Tapi masa nak jadi, langsung tak kelebet dah. Terus undur jer, sedar-sedar bunyi PRAKK! Ah, sudah..buntut keta dah langgar pagar. Kuar keta tgk, bumper dah retak, cermin belakang calar sket...huhu..apa lah nasib..cuai betul ana ni. Pintu pagar tu ana tak buka bagi abis betul.
So, moral of the story.... kena pandang belakang..sebelum undur keta...
sob..sob..

Tuesday, October 20, 2009

Budak nakal selalu....

Ini crita lama..tp semedang dok tgh free & dok tgh ngadap lappy ni sambil2 layan farmville..kekeke..

Orang tua2 kata budak nakal slalu dapat sakit..tp itulah dah nama pun budak2. Takdak nya nak menyesal pon. Teriak masa sakit aja. Bila dah ok, nakal menjadi-jadi balik. So, layan je lah gambar Aqilah selepas terjatuh atas jalan tar depan umah. Udah dilarang, tapi nak buat juga itulah jadinya. Tapi sekarang langsung x kisah. Memang berparut juga kepala lutut tu. Macam2 anak2 ni...dah tak terlayan dibuatnya...agak2 macam manalah pengasuh kat nurseri yang jaga anak2 Ana yang nakal tak hengat ni...huawaaa...






.

Berhenti Kerja

Khas buat yang bekerja pejabat & kerja syif macam Ana..
Pernah tak terpikir untuk berhenti kerja? Huhu..napa Ana? Tak siok keja sekarang?
Siok.Sonok. Tapi... truk lah skrg ni. Kalo nak ikut2...ada lagi keja lain yg lebih teruk dari keja Ana. Tp ana rasa cam dah tak berkembang prestasi ana. Asyik macam tuuu jer..sob..sob..
Hasrat nak fully breastfeed pun gagal. Cian Adlin. Rugi jer bli pam susu mahal2. Avent tuh! Huwaaa...
Susah dgn keadaan & suasana kat opis ni. Susah nk dpt sokongan & pemahaman.
Rasa cam nak keja sendri jer..nak keja kat umah. Takyah antar anak2 kat nurseri. Jaga sendri. Asuh sendri. Takyah susah ati anak2 kena jangkit demam ke selsema ke batuk ke. Leh tengok depa membesar depan mata. X penin2 kepala nak siap2kan barang depa lg. xyah bayar duit nurseri lagi.
Leh masak, basuh baju, kemas umah dengan tenang & aman setiap ari. Ujung minggu leh rileks sambil g jejln. Huiks!

Adoihhh..ngong lah Ana ni. Kalo tak keja..sapa nak bayar PTPTN Ana. Huwaa...x patut tau. Nak kena bayar balik PTPTN yg dok x abis2 dgn kos pentadbiran nya. Bila nak potong ntah! Geram tau. Kerana PTPTN hidup Ana terbeban. Nyesal..nyesal amik pinjaman ni. Sapa2 yg ada anak2 yg bakal masuk u..xyahlah dok suka2 nak amik PTPTN. Ana bgtau sungguh. Tension oo..dok x abis2 bayar utang kos pentadbiran dia aja.

K..dah le..penat aa..sori yek..membebel sengal plak ari ni. =p
Kekekeke...

Wednesday, October 07, 2009

Usia Adlin genap 4 bulan...





Anak Ana yg no3, Nur Adlin dah genap berusia 4 bulan. Hari ni p Klinik Desa Pauh. Timbang berat badan. Huhu..beratnya tak naik banyak macam masa dalam pantang dulu. Usia 4 bulan baru naik ke 5kg. Masa full breastfeed (waktu pantang) dulu, berat dia naik sekilo satu bulan tp bila dah mula campur susu tepung, kenaikan berat badan mula slow. Camna la mama nak buat?
Kakak-kakaknya pulak turun berat badan. Dari 11kg & 10 kg, turun ke 9kg. Pelik la.
Aduss..penin kepala. Kata tak bagi makan, bagi. Sumanya berselera bila diberi makan.
Nak bagi makan apa lgi ek?Vitamin? Dah macam2 vitamin bagi. Huhu..dugaan...

Sunday, October 04, 2009

Missing him...

Rindu nyerr....
Truk la kat hutan Blum tu, xde line tipon. Tensen sgt2 sbb x le call abang. Baik p Taman Negara lagi. Boleh jgk dok 3g. Ni, hampeh! Mana p MAXIS, TM,DIGI yg katanya leh cover suma tempat ni?Dlm hutan kat M'sia pon xde line!
Argghhhh....camna nak minta pertolongan dgn brg2 teknologi yg ader dlm umah ni. Nmpk sgt dah aku buta kare..kekeke..bukan buta kare la..malesss nak amik port..nak amik tau..suma serah bulat2 kat abang yg uruskan. Mmmg patutlah abang kata aku manja. Xmo berdikari sendiri. Abistu dah sumanya malas.Camna lah dia leh tahan dgn prangai aku?
Tuhan saja yg tahu hatinya.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^