Saturday, November 28, 2009

Aidiladha dan Nur Iwani



Salam Aidiladha buat semua khasnya rakan-rakan (followers) yang rajin menjengah ke sini. Tak lupa juga kepada kak NZA dan kak Anita yang menjengah di hari raya. Huhu..maaf ya, masih belum sempat berkunjung balas. Masih pening dengan perubahan baru dalam rumah ni. Baru dok belajar-belajar nak tukar template dan dalam masa yang sama tak mahu semua widget yang lama hilang. Susah sungguh kan? Kena faham betul-betul dan kena pandai baca kod html jugak. Waaaa.... menyesal tak belajar betul-betul masa kat Universiti dulu. Sekarang, kan dah merangkak-rangkak. Nanti bila rumah ni dah stabil, Ana akan qada' balik kunjungan semua. ^_^ 
Sempena Adiladha ini juga mengingatkan kembali kenangan bersalinkan Nur Iwani 3 tahun lalu. Cahaya mata kedua. Sebenarnya bukan jatuh tepat-tepat 10 Zulhijjah, tapi pada 9 Zulhijjah. Tapi tarikh ni, Insyallah, Ana tak akan lupa. Kalau nak diikutkan kalendar Islam, umur Nur Iwani memang dah genap 3 tahun. tapi kalau ikut kalendar Masihi, tak cukup lagi. Tarikh lahirnya 30 Disember. Hahaha...anak hujung tahun 2006. Nak keluar awal. Tak sempat nak tunggu due date sebenar pada awal tahun 2007.
Nak cerita serba sedikit tentang kelahiran puteri yang rajin melaram ni. Ana ni kalau mengandung, mesti ada kes kurang air ketuban. Jadinya, untuk mengelak kompilasi pada bayi dalam kandungan, doktor suruh bersalin awal. Macam mana nak bersalin kalau tak rasa sakit? Jawabnya, kena induce ler.

Tuesday, November 10, 2009

Pendidikan Anak-anak


Kenapa lah ana baru tersedar? Ana dah banyak ketinggalan dalam pendidikan anak2. Bila baca blog rakan2 maya yg lain terasa bagaikan ana ni masih belum mampu menjadi seorang ibu yang baik. kesian kat anak2 ana? Kadang2 Aqilah @ Iwani bernyanyi @ mengira tanpa ana sedar mereka dah pandai dalam beberapa perkara & ana ketinggalan tentang perkara ini. Kalau ana ambil berat ntah2 aqilah dah boleh membaca. Walaupun dia anak pramatang, tapi pemikirannya sama seperti anak2 lain yang seusianya. Sungguh tak sangka, dia adalah bayi yang ketika lahir hanya seberat 675 gram!

Friday, November 06, 2009

BEETHOVEN VIRUS

Assalamualaikum...der orang tak? Hahaha..dah bersawang rupanya umah chek ni...Tau kenapa?
Ini gara-gara pengaruh cik abang lah ni..yang tetiba suka tengok drama bersiri Korea plak...kikikiki..
Cik Abang ni tak penah2 dok tengok citer2 Korea ka..Jepun ka..indon ka..tetiba tersangat la suka siri drama Korea tajuk Beethoven Virus ni. Ana yang mula-mula buat2 tak kisah pun dah tersangkut sama. La ni gambar ni masih ditayang kat TV8 pukul 8-9 mlm kot. Sori lah nuu, ana tak tengok citer ni melalui tv sbb cik abang dah download siap dari Internet. So, bila ujung minggu ja kami melepak depan tv tgk citer tu 3-4siri serentak. Aci tak? Ngehngehngeh...jgn mare...Abang ni memang camtu. Gila meng 'download' (sori para guru bahasa Malaysia/Inggeris - bahasa rojak) filem ka..drama ka..sebab tu x kisah sangat kalo terlepas gambar2 yg best kat tv sbb leh dapatkan online. Lagipun keja cam ana ni mana lah nak boleh tengok citer2 yang best ikut jadual siaran. Mesti ada terbabas jugak.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^