Friday, December 25, 2009

Nur Aqilah


Ana masih belum berkesempatan bercerita tentang anak sulung ana, Nur Aqilah. Nak ceritalah serba sedikit tentang si kecil ini. Nur Aqilah dilahirkan pada 14 Mac 2005 dengan berat semasa lahir adalah 675gm! Lahir pada usia kandungan Ana, 7 bulan lebih. Dilahirkan secara pembedahan. Selama 4 bulan pertama, dia ditempatkan dalam inkubator di wad NICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Mungkin juga ada yang pernah terbaca tentang cerita Aqilah dalam beberapa majalah Karangkraf...PA&MA, Rapi dan Mingguan Wanita keluaran sekitar tahun 2005-2006 (maaf yer, tak dapat nak kepilkan muka depan majalah tersebut kerana semuanya ada dalam kotak).Kalau sesiapa yang ada anak pramatang, mesti faham betapa susah dan cerewetnya untuk menjaga dan memelihara mereka. Ana mula menjaga Aqilah sepenuhnya selepas 4 bulan, pada ketika itu, Aqilah baru seberat 1.7kg. Bayangkan, umur 4 bulan tapi berat baru 1.7kg macam umur baby baru lahir. Berat dia memang lambat bertambah. Sampai sekarang, ketika usia 4 tahun lebih, beratnya hanya 11kg sahaja. Tapi ketinggiannya normal seperti ketinggian kanak-kanak sebaya dengannya. Percaya tak, ketinggiannya hampir mencecah paras ketiak ana? Eh,ke Ana yang rendah?Huhu....Pada usia setahun 9 bulan, Aqilah dah ada adik perempuan dan pada usia 4 tahun 2 bulan, Aqilah dapat lagi seorang adik perempuan. Dia sememangnya sudah menunjukkan tanda-tanda sebagai seorang kakak. Sudah boleh diharap dan boleh disuruh untuk buat sesuatu kerja sesuai dengan usianya. Suka menyanyi, suka menari.

Sebenarnya ada banyak lagi nak cerita. Tapi takpalah, nanti Ana sambung lagi. Oh, ya, sebelum terlupa, kredits untuk adik Ana, Shuhada GeGe yang tolong tangkap gambar ni. Nice pic! Tak lupa juga jutaan terima kasih buat para doktor dan jururawat-jururawat di Wad NICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis yang telah bertungkus lumus menjaga dan merawat anak Ana. Semoga Allah merahmati dan memberkati jasa anda semua.

Tahun depan, Aqilah dah nak masuk tadika. Selamat melangkah ke dunia baru,sayang!

Friday, December 11, 2009

Merajuk???


Koh..koh..koh....ish..ish..buat-buat batuk pula. ^_^
Ha, kenapa entri ni? Sajalah nak cerita serba sedikit. Perasan tak? Sekarang cukup susah nak merajuk seperti stail dulu-dulu? Tau..perasan sangat-sangat. Berbeza. Tak sama. Ish..ish..Apa yang tak samanya?
Kalau dulu, bila merajuk, boleh...
  1. Duduk dalam bilik sambil menenangkan fikiran
  2. Duduk diam-diam, tanpa ada sebarang gangguan
  3. Boleh karang cerita sampai 3,4,5 helai muka surat
  4. Boleh makan dan minum sesuka hati
  5. Dalam fikiran, Ana yang merajuk, ini adalah tentang prinsip diri Ana
Tapi, sekarang, kalau merajuk:
  1. Ana dah tak boleh bersendiriaan macam dulu. Ada 3 orang puteri yang menuntut perhatian Ana.
  2. Ke mana sahaja Ana pergi, ada saja yang membuntut (mengekor)
  3. Adlin dah melalak bila tidak didukung, atau bila menjauhkan diri darinya
  4. Iwani nak mengendeng sahaja dengan Ana, Contoh: "Mama,mama. Nak mama pegang, nak mama dukung." Sanggup buat telatah rewind (maksudnya, dia boleh patah balik ke tempat asal, semata-mata nak suruh Ana pergi ambil dia untuk ke tempat di mana Ana berada sebelum itu) Paham tak? Ana pun tak paham apa yang Ana tulis.
  5. Kalau Ana masuk bilik, duduk bersendirian (sorang-sorang ler, maksudnya) sat lagi..tok..tok..tok.."Mama, buka lah pintu. Wani nak pi mama." Huhu..sayukan?
  6. Aqilah? Dia lagi cerdik. "Mama, mama teriak ye? Janganlah teriak. nanti Ilah habaq abah. Abah, mama teriak. Satgi abah beli kelet (cokelat) kat mama" sambil tangan dia kesat air mata yang mengalir kat pipi Ana --- Waaaa, malunya!!!
Habis tu, macam mana nak merajuk? Kadang-kadang keluar juga ayat seperti ini,
"Semua masa mama buat untuk Abah, Aqilah, Iwani dan Adlin. Bila pula masa untuk diri mama?"
(selingan Iklan Horlicks)

...
...
...
...
 Bila muhasabah diri balik ...

...
...
...
Mana boleh ana sendiri? Ana tak lengkap tanpa mereka. Abang (suami), Anak-anak (Aqilah, Iwani dan Adlin) adalah hidup Ana. Nyawa Ana. Semangat Ana. Jiwa Ana. Dah bersatu dalam darah Ana, dalam nafas, dalam roh.  Tu dia bahasa kau guna bombastik tak hengat, Ana.


Tak payah lah merajuk. Tak cool la. Buat derk sudahlah.

Sunday, December 06, 2009

Bershoping di Tesco


Cerita lama. Dah lama tak keluar shopping. Bila dah dapat gaji terus ajak Cik Abang pergi TESCO. Lagipun banyak barang-barang keperluan yang dah habis. Aqilah dan Iwani dah terkinja-kinja nak main permainan yang ada bersebelahan dengan POPULAR Bookstore. Memang pantang nampak! Jadinya, anak-anak dibiarkan bebas berlari, mamanya parking troli barang depan kedai buku sambil cuci mata, tengok buku-buku terbaru. Adlin? Of course lah dengan Ana. Kali ni best, dia mau duduk kat tempat baby. Tak larat dah nak usung comforter dia. Lagipun dia dah semakin besar. Sebagai kenangan, layan jer gambar anak-anak ni.

Friday, December 04, 2009

Sekilas di halaman minda ...


"Success is a journey, not a destination"
Ben Sweetland



Wednesday, December 02, 2009

Fuhhh.. leganya..


Assalamualaikum...

Hmm, rasa-rasanya dah boleh tarik nafas lega dan berasa sangat-sangat puas hati. Rumah dah siap kemas. Cuma nak tambah banner skit jer lagi. Ingat nak ubah lagi template, tapi bila fikir balik, nak tukar ke template ni pun makan masa berminggu-minggu. Adoih...
Oklah tu. Template ni pun dah boleh masukkan link yang Ana rasa sesuai untuk dikongsi bersama. Jadinya tak ada lah nampak cam tak ada makna jer blog ni atau tiada matlamat/ objektif. Sekurang-kurangnya ada juga ilmu yang boleh dikongsi bersama selain daripada bertujuan seperti diari kehidupan jer, kan?
Oh, ya! Lagi satu, harap jangan berasa pelik apabila membaca dalam blog ini. Ada rasa kelainan tak? kekeke..
Bahasa yang digunakan agak skema. Diulangi... agak skema yer. Tapi susah juga nak kekalkan Bahasa Malaysia yang betul. Huhuhu.. Mesti nak tercampur juga bahasa pasar/ loghat daerah. Harap maaf, ya.
Akhir sekali, Ana nak ucapkan "Selamat Datang" buat semua rakan blog dan semoga memperolehi ilmu. Ana juga turut mengalu-alukan komen dan pandangan daripada semua.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^