Friday, December 24, 2010

Fourth Pregnancy

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ana rasa dah tiba masa nak buat announcement kat blog kesayangan Ana ni.
Dah boleh agak dah kot bila baca tajuk entri ni. Hehehe..
Harap kawan-kawan blog faham kenapa Ana dah jarang menulis di blog dan jarang meninggalkan komen sejak akhir-akhir ni.
Ana sedang bertarung melawan simptom alahan di trimester pertama.
Sememangnya alahan yang biasa akan Ana alami untuk 3 bulan yang pertama, sama seperti semasa ana mengandungkan Aqilah, Iwani dan Adlin.
Sekarang dah genap minggu ke-13, maknanya usia kandungan Ana dah mencecah 3 bulan.
Sekejap sahaja kan?
Ada juga 2, 3 orang kawan Ana yang tegur, tak bagitau pun kat depa tentang kehamilan kali ni.
Sebenarnya ada beberapa sebab.
Pertama, Ana baru dapat detect ana hamil semasa kandungan dah masuk 9 minggu.
Sebelum-sebelum ni, Ana dapat detect awal sebab ana mula start alah bila masuk 4 minggu kehamilan. Tetapi kali ni, alahan ana bermula agak lewat.
Sebab kedua, period akhir ana pada bulan September datang 2 kali iaitu di awal dan hujung bulan sehingga mencecah bulan Oktober. Jadinya, Ana beranggapan period Ana akan lewat pada bulan November. Tetapi, rupa-rupanya, sampai ke sudah period Ana langsung tak datang.
Sebab ketiga, Ana kalau boleh tak mahu lagi pregnant dalam masa terdekat. Ingat nak bagi Adlin besar sikit dan nak tumpu pada pembelajaran Aqilah dan Iwani. Ana plan nak pregnant tahun 2011 dan bersalin 2012. Tapi tak sangka, rezeki ini datang awal.
Sebab keempat, Ana tengah sibuk sangat dengan penglibatan sebagai penganjur seminar kat tempat kerja. Sampaikan diri sendiri seperti tidak terurus.

Mula-mula rasa stress juga, rasa down sangat dan pertama kali ana rasa Ana tak mahu kandungan ini. Nauzubillah... sampai macam tu sekali yang Ana rasa. 
Orang lain yang tak dak anak, beria-ia nak. Orang lain yang susah nak mengandung, macam-macam cara cuba berubat nak bagi boleh mengandung. Ana yang tiada masalah nak mengandung, boleh terlintas tak mahu kandungan ni! Astaghfirullah....

Ana menangis bila Ana dapat reaksi daripada beberapa orang yang Ana harap boleh bagi Ana semangat, tetapi tidak. Tiada kata semangat daripada mereka. Sebaliknya mereka mempertikaikan Ana yang tidak mengamalkan familly planning, sedangkan mereka juga seorang ibu.
Ana down sangat-sangat.
Kesian kandungan ini. Ibunya stress sangat, sampai langsung tak ambil kisah nak makan vitamin untuk ibu mengandung. Sampailah ke satu tahap, badan Ana tak mampu nak menangung alahan, balik dari kerja, Ana terus collapse. Tak mampu nak buat apa dah. Mujur cik abang begitu memahami. Semua hal anak-anak, dia dah banyak ambil alih.
Dia juga yang menegur Ana.
Banyak belajar bersabar terutama dengan anak-anak.
Jangan ambil peduli apa yang orang lain kata kerana mereka tidak berada di tempat kita.
Setiap anak, Allah dah tentukan rezeki masing-masing.
Kita kena terima dan redha.
Ya, betul kata abang.
Ana kena belajar terima dan redha.
Anak lelaki atau perempuan, Ana dah tak kisah. Apa yang penting, Ana harap ia sihat dan selamat.
Insyallah. Doakan kesihatan Ana.
Semoga Ana dapat lalui semua dugaan ini dengan lebih kuat dan tabah.
*
*
*
Tiba-tiba rasa teruja nak ke Jaya Jusco semakin membuak-buak pula.
Nak tambah koleksi baju ibu mangandung.
Hikhikhik...

Tuesday, December 14, 2010

Mak dan Bapak selamat sampai Malaysia

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


29 November 2010-- Bapa dan mak mertua Ana dah selamat sampai tanah air. Alhamdulillah. Ceria sahaja wajah mereka bercerita hal-hal dan kejadian-kejadian semasa menjalani ibadah haji di sana.

Ini gambar semasa ketibaan di KLIA.. Ana dan anak-anak tak ikut. Cik abang dan adik-adiknya sahaja yang pergi menjemput di KLIA. Lagipun, malam tu kami sudah diberitahu tentang kelewatan mereka bertolak dari Jedah. Mereka tiba lebih kurang pukul 4 pagi.

Ini ole-ole dari Mekah untuk anak-anak Ana. Seronok sunguh mereka! (Maaf yer, ini bukan gambar yang Ana tangkap. Ana google dari blog en Rosli. Mainan yang dibelinya memang sebijik sama seperti yang dibeli oleh bapa dan ibu mertua ana.) Abang dapat jam tangan, kepiah, tasbih. Untuk ana pun banyak juga dapat. Tapi takyah ceritalah. Macam riaklah pula. hehehe..
Yang paling Ana tunggu kurma mekah dan air zam zam. Terima kasih mak dan bapak!

Thursday, December 09, 2010

8 tahun bersama...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Macam mana lah Ana boleh terlupa tentang hari ini.
Mungkin sebab Ana dah dapat hadiah awal kot (ENTRI INI).hehehe...
Cik abang ke Alor Setar, ada exam. Ana pula tengahari ni akan ke Pulau Pinang.
Pergi atas urusan kerja, jadinya petang dah balik semula ke Perlis.
Aqilah masih di rumah tok baba dan tok mama dia (Penang juga). Tapi Ana tak singgah kot sebab Ana ke sana dengan kenderaan pejabat. Takpelah. Hari sabtu ni akan pulang ke sana juga untuk ambil dia. semenjak berkeadaan begini ehem..ehem.., rasa macam tak mau berenggang langsung dengan anak-anak. Tapi dah dia yang minta nak ke rumah toknya, ikutkan jugalah.
Dah pandai merajuklah katakan.
Iwani dan Adlin pula, Ana hantar ke nurseri.

Apa-apa pun, seperti tajuk kat atas tu, itulah usia perkahwinan kami.
Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Illahi.
Semoga Allah terus melimpahi rahmat dan kasih sayang buat kami sekeluarga
serta memanjangkan jodoh kami sehingga akhir hayat.

Nota Hati:
Buat abang,
Terima kasih kerana menerima segala kekurangan diri ini,
Menegur dan memperbetulkan segala kesilapan tingkah laku ku,
Tak jemu menasihati kesalahanku,
Sabar melayani kerenahku dan anak-anak,
Semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah engkau lakukan,
Semoga Allah menjadikan aku isteri yang solehah agar sentiasa taat dan patuh kepadamu.
Redhailah aku kerana itulah Keredhaan Allah SWT.

Monday, December 06, 2010

CUTE BABY CONTEST by PAPAMAMAZAKWAN

Contest yang sama untuk 2nd entri

Nak join klik SINI

Bukti follower

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ini pula kakaknya Nur Adlin
Harap gambar ni diterima sebab Aqilah sorang jer yang nengok kamera dan memang nak fokus pun pada Aqilah jer.

NAMA: NUR AQILAH BT MIOR MOHD SHAHRIL
D.O.B: 14 MAC 2005
5 TAHUN 9 BULAN

CUTE BABY CONTEST by PAPAMAMAZAKWAN

Join contest lagi


Tarikh tutup: 18 Disember 2010
Nak join boleh klik SINI atau SINI



Bukti sebagai follower blog mamazakwan


 Gambar yang dipertandingkan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
  NAMA: NUR ADLIN BT MIOR MOHD SHAHRIL
D.O.B: 7 JUN 2009 
1 TAHUN 6 BULAN


Friday, December 03, 2010

OST-Anastasia-At The Beginning (Donna Lewis ft Richard Marx)

Teringat kembali zaman belajar kat U dulu. Suka tengok cerita ni. 
Ana pernah cerita kat ENTRI ni. Liriknya pun ada sama.
Soundtrack animasi ni memang best sangat! Tambahan pula ada Richard Marx. 
Jom layan...

Cuti-cuti Sekolah GiveAway


Tarikh tutup: 31 Disember 2010

Meh join!
Klik SINI

Tag:
My cousin - mamaleen
My sister - ika aka Atiqah

 

La Bella Tela 1st Giveaway



Tarikh tutup: 15 Disember 2010

Mau join?
Klik SINI

Bul Bul Craft Giveaway

Tarikh tutup 19 Disember 2010

Klik SINI untuk join

Wednesday, December 01, 2010

Hari Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah Taski Siti Khadijah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

Beberapa minggu yang lalu iaitu seminggu sebelum cuti sekolah (13 November 2010) adalah hari kecemerlangan dan penyampaianan hadiah Taski Siti Khadijah. Sebenarnya program tu lebih kepada graduation day untuk anak-anak umur 6 tahun, almaklumlah selepas ni anak-anak itu akan masuk alam persekolahan yang sebenar. 


Walaupun Aqilah dan Iwani masih belum berumur 6 tahun, tapi mereka pun dapat juga ole-ole daripada tadika mereka. 


Paling seronok bila melihat telatah anak-anak membuat persembahan. Ibu bapa lah yang paling teruja untuk merakam semua telatah mereka di atas pentas. Cik abang Ana lagilah... sampai naik atas pentas gara-gara nak dapatkan shoot yang menarik.

Tapi yang tak bestnya, mood Iwani tak bagus hari tu. Asyik buat perangai sahaja. Merap sungguh dia, lebih teruk lagi dia boleh mengamuk di tengah-tengah dewan. Ya Allah! Malu juga Ana dibuatnya. Kalau kat rumah, rasanya dah kena sepit ketam dah. Ana sabar aja tengok telatah dia. Bila cikgu suruh buat persembahan pun, dia tak mahu join. Buat malu-malu harimau bintang dia.


 Aqilah di belakang pentas. Sedang bersiap sedia sebelum membuat persembahan.
 Pandangan dari sudut atas.
Aqilah sedang berdikir barat

 Rambut dah terkeluar-keluar. Tak sempat nak touch up dah

 Peace untuk abah!

Persembahan kedua.



Mujur Aqilah ok. Cayalah anak mama ni. 
Pandai dia menyanyi. Tapi lagi bagus kalau anak mama pandai baca surah Al Quran
tinggi sungguh angan-angan mak hang ni tapi nak mengajarnya tidak plak..huahua.

Dikir barat


Bersemangat sungguh Aqilah menyanyi. Sampai ternganga mulut.

Iwani yang mengamuk di tengah dewan

 Adlin dah tak dapat dikawal. Bosan. Terpaksa bawa dia berjalan di luar dewan. 

Monday, November 22, 2010

POSITIF TALASEMIA MINOR

Ingat tak, Ana pernah hint kan dalam entri Adlin masuk wad tentang sesuatu yang bakal mengubah kehidupan kami? Sesuatu yang telah dikesan oleh doktor Hospital Seberang Jaya, hasil daripada ujian darah Adlin yang diambil pada kali pertama dan kali kedua (untuk confirmation).

Sebelum tu, Ana nak ucapkan Alhamdulillah, syukur kerana ada hikmah di sebalik semua ini. Rupa-rupanya Allah nak beri kami petunjuk kepada kami sebab musabab kenapa Adlin kerap tak sihat. Kalau tak kerana ditahan di wad, memang sampai dia besar pun, kami tak tahu perkara ini.

Tahu tak apa itu Talasemia?
Talasemia adalah penyakit keturunan yang melibatkan penghasilan darah merah dalam badan. Maknanya ia diperolehi daripada ibubapa. Tanda yang paling ketara yang kita boleh nampak adalah pucat dan cepat letih.

Baru-baru ini, Ana sekali lagi membawa Adlin ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan susulan dan untuk mengambil keputusan darah Adlin. Sebenarnya, sebelum keluar wad hari tu, doktor memang ada ada bagitau dah tentang kemungkinan Adlin ada talasemia. Ini semua hasil daripada darah yang diambil pada malam pertama Adlin admit wad. Selepas tu, darah dia diambil lagi dan kali ini diguna untuk pemeriksaan talasemia. Ternyata, apa yang diharapkan tidak benar, meleset sama sekali. Mengeluh juga Ana dibuatnya. Adlin disahkan positif Beta thallasemia trait. Hmm..apa tu yer? Meh Ana ceritakan serba sedikit (apa yang Ana faham hasil daripada penerangan doktor yang merawat Adlin). Beta thallasemia trait atau beta thalassemia minor ini lebih kurang maksudnya adalah pembawa penyakit talasemia dan bukanya pengidap Talasemia. Jangan salah faham yer, bukan pengidap. Tetapi pembawa sahaja. Itupun, dah membuatkan Ana susah hati yang amat sangat.

Tak sangkakan? Ana dan cik abang sendiri tak tahu yang salah seorang daripada kami adalah pembawa. So, selepas ini, kami dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan darah bagi ujian talasemia atau disebut 'blood picture'. Aqilah dan Iwani pun kena lakukan perkara yang sama sebab nak pastikan mereka berdua ada juga atau pun tidak.

Pembawa Talasemia tidak boleh berkahwin sesama pembawa apalagi pengidapnya. Ini dikhuatiri akan melahirkan anak-anak yang mempunyai talasemia major. Sekiranya pembawa berkahwin dengan seorang yang normal, kemungkinan anak-anak yang lahir adalah 50 peratus normal dan 50 peratus pembawa talasemia.
Dalam kes Adlin ini, ia tidaklah sampai melibatkan pemindahan darah kerana ia hanya minor. Walau bagaimanapun, doktor ada juga membekalkan vitamin untuk menambah kandungan hemoglobin dalam darah iaitu asid folik.

Ana dan cik abang akan buat temujanji di Hospital Kangar untuk membuat pemeriksaan ini. Bila pihak hospital dah dapat detect salah seorang daripada ahli keluarga adalah positif, jadinya keseluruhan ahli  keluarga kena membuat pemeriksaan ini. Doakan kesihatan kami ya....

Kadang-kadang kita lupa tentang nikmat yang kita ada, dalam sekelip mata boleh diambil pada bila-bila masa sahaja....

Boleh tengok kat sumber INI untuk penerangan lanjut tentang Talasemia.

Friday, November 12, 2010

Makan-makan time

Entri ringkas..
Ana sangat excited!
Malam ni ada dinner. 1st time cik abang ajak pi dinner sekolah dia.
Selalunya, dia pi sorang jer sebab pihak sekolah tak jemput famili.
Tapi tahun ni lain sikit.
Tema pakaian smart casual atau santai-santai.
Nak pakai baju apa ek?
Tak pernah lagi orang laki aku nak bawa dinner2 ni.
Ini kira 1st timelah.muhahaha...

Candle light dinner ada lah. Eh, tapi bila masa pulak buat candle light dinner?
Dalam mimpi kot Ana. hahaha...
Ohh..ini bukan romantic dinner, yer sebab anak-anak pun dibawa bersama.
Kiranya, familly dinner.
So, tak payah nak pening-pening fikir nak pakai baju lawa-lawa.
Takdak maknanya.
Tapi...
Nak jugak pakai lawa-lawa
Kat anak-anak pun nak bagi pakai baju lawa.
Dalam otak, dok pikir nak bagi depa pakai seluar jer sebab malam kan. sejukkkss...
Tempat dinner pun dalam hutan...muhahaha..
Cik abang Ana tu senang jer pakai apa pun..janji pakaian lelaki. Ahaks!
Ana? Ayoyo...nak pakai skirt ker seluar? Blouse plak takdak yang menarik. Stok baju banyak shirt sebab pemalas nak iron. Hohoho..
Pereka imej/ fesyen sekalian, ada cadangan untuk Ana?
hehehe...


Sunday, November 07, 2010

Gadget IT hadiah daripada suami

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
31 November 2010
Tarikh apa ni? Birthday ke? Anniversary ka?
Taklah. Sekadar hari-hari biasa. Bukan Birthday sesiapa dalam famili Ana. bukan juga tarikh anniversary. Sebenarnya suami tersilap tarikh. Dia ingat dah lepas, tapi lewat lagi. Bulan 12 ni baru betul. Tapi dia dah bagi bulan 11. Kiranya in advance lah yer. muhahaha..
Tapi kalau nak ikut tu, cik abang jarang nak bagi hadiah sempena anniversary. Bukan tak pernah bagi hadiah. Pernah lah juga. Cuma taklah setiap tahun. Ana sendiri pun bukannya kisah sangat sebab Ana sendiri pun jarang bagi hadiah kat dia waktu anniversary. muhahaha...gelak besar lagi
Bila ada rezeki lebih,rasa nak bagi, bagi jer. Malas nak tunggu-tunggu hari istimewa nih.hehehehe..
Tapi kalau time besday, kenalah juga ada apa-apa, paling koman pun wish besday lah kan.



Ini antara kata-kata yang sangat menyentuh hati dan sanubari Ana.
Baru Ana teringat, Ana banyak mengeluh selama ni.
Mengeluh tentang kekurangan dan kelemahan diri.
Paling best bila cik abang merestui aktiviti Ana berblogging.
Aduhai sang suami, terima kasih kerana memahami minatku yang baru ini.

So, apa yang Ana dapat kali ni? Riak sungguh ko Ana. muhaha..
Bukan riak. Tapi suka sangat. Maklumlah, dapat hadiah kan.
Bila dapat hadiah ni, rasalah jugak diri ni dihargai. Salah satu daripada terapi jugak ni.
Hadiah Pertama
*
*
*
*
*
*
*

Yeaaa...
Selepas kamera digital canon yang lama tu rosak, Cik Abang Ana pakai DSLR, kami dah tak beli kamera saiz kecik dah. Cik abang kata, apa guna ada XpressMusic. Tapi bila Ana guna XpressMusic (time ana keluar sendirian), tentu tak ada gambar Ana sendiri. Kenapa? Sebab Ana segan nak suruh orang tangkapkan. Nak bagi orang yang tak kenal tolong tangkapkan pun, risau gak. Kang tak pasal-pasal hilang semua. Lagi satu, Ana memang tak akan bawa DSLR cik abang tu. Berat wei...

Hadiah ke-2
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaaa..


 
Hoyeii..
Ana dah ader external hardisc sendiri. Tengoklah dia punya kapasiti. Banyak tuhhh!!
Untuk "mamaleen", jangan jeles ya. K. Ana punya external hardisc kaler PINK! muhahaha...
Menggantikan pendrive Ana yang sudah dipatahkan oleh Adlin. Susah nak bawak pendrive ni sebab kecik dan takdak ciri-ciri keselematan. Kalau hilang, memang sah-sah susah mau cari.

 

Buat suamiku yang kusayang,
Terima kasih kerana begitu memahami isterimu yang serba kekurangan ini.
Pinjamkan semangatmu, untuk aku terus berjuang menghadapi segala onak dan cabaran ini.
Aku ingin terus menjadi isterimu yang solehah, dunia dan akhirat..amin...

Saturday, November 06, 2010

KATAKAN TAK NAK MEROKOK!


Ana suka iklan ni. Ana selalu tak dapat tahan bila melalui kawasan orang yang merokok. Hidung memang sangat sensitif. Bau sang perokok sangat-sangat busuk walau pun selepas mereka selesai merokok.
Untuk yang perokok, tolong sayangi orang di sekeliling anda. Kalau anda nak mati awal, matilah seorang. Jangan babitkan orang lain kerana perbuatan anda.
Anda lebih kejam daripada seorang pembunuh, kerana anda adalah pembunuh senyap dan terlindung!

Cik Warnida Giveaway

Tarikh tutup - 1/12/2010

Nak join klik SINI

Friday, November 05, 2010

Penutupan Blog DUNIA CINTA JASMIN

Akhirnya, blog e-novel Ana yang ke-2 juga ditutup sepenuhnya. Kalau ada sesiapa yang mengikutinya ada ker yang membacanya?, jangan rasa kecewa kerana hanya blognya sahaja yang ditutup. Sambungan ceritanya masih boleh diikuti di blog ANTARA ILHAMKU.
Semoga Allah akan terus memberikan Ana idea untuk terus berkarya..

Thursday, November 04, 2010

Redgurlcraft 1st Giveaway

Tarikh tutup 11/11/2010
Nak join klik SINI

GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN

Due date: 30/11/10

Nak join klik SINI

1st giveaway kasut tumit tinggi


Nak join klik SINI
Due: 24/11/10

Wednesday, November 03, 2010

1st Happy Anniversary "SWEET LIZAHANUM" Giveaway...!!!!!


Semoga ada tuah untuk GA ini

Nak join klik SINI

Tuesday, November 02, 2010

Adlin masuk wad!

25 September 2010, tepat pukul 1 pagi, Adlin admit wad Hospital Seberang Jaya. Huhu.. kenapa?
Dua tiga hari sebelum tu, Adlin muntah-muntah dan cirit-birit. Teruk jugak. Tak berenti.
Asyik tukar pakaian bila terkena muntah atau ceri berinya.
Jenuh jugak.
Tapi yang peliknya, bila tanya kat nurseri, dia ok dan tiada budak lain yang jadi macam dia.
Bila sampai rumah jer, startlah semuanya.
Sampai keluar cecair kuning.
Kesian dia...
Masa kat rumah, kami masih bertahan lagi.
Ini kerana dia kerap minum susu dan kerap makan.
Hari Jumaat, kami balik Penang. Kebetulan adik buat kenduri masuk rumah baru pada hari Sabtu.
Bila sampai dah malam. Bila mama tengok keadaan dia yang teruk, mama dan baba suruh juga bawa dia ke hospital. Kami terus ke bahagian kecemasan. Bila doktor check, dia tanya nak admit wad ke tidak. So, Ana tanya balik, apa rawatan yang depa akan bagi kalau admit. Dia jawab, drip masuk air. Tapi pada Ana Adlin still ok sebab dia memang kerap minum susu. Kemudian, Ana tunjuk perutnya yang kembung. Doktor suruh buat x-ray. Selepas tengok result, doktor cakap kena masuk wad juga sebab nampak usus Adlin macam bengkak. Jantung Ana dah dup dap dup dap...risau. Kenapa boleh bengkak pula? Macam-macam fikir.
Selepas masuk wad, Abang balik ambil keperluan. Start tengah malam tu, Adlin kena puasa. langsung tak boleh minum susu atau air masak.
Ana kena tinggalkan Adlin dalam bilik rawatan sebab doktor nak pasang drip. Tangan dia kena cucuk untuk masuk jarum drip. Dari luar bilik, Ana dengar dia dah meraung. Dah ler cik abang tak ada. Ana sendirian kat situ. Sedih bila dengar dia menangis. Saat tu, terkenang balik situasi yang sama 5 tahun lalu. Ketika tu, Aqilah yang kena admit wad sebab demam panas dan penat. Memang sebijik suasana dan perasaan yang ana rasa ketika itu... sedih, susah hati, bimbang...
Semua rasa ada, bertimpa-timpa...
Meleleh juga air mata ni bila tengok doktor bawa keluar Adlin dari bilik rawatan.
Sebaik Ana ambil ja Adlin, dia nangis lagi.
Sayu sangat... sangat-sangat sedih
Ana rasa cam.. biarlah ana jer yang kena cucuk..bukan dia..
Tangan dia dah berbalut.
Dia asyik marah, nak suruh bukak balutan tu.
huhu..
Hari pertama, Adlin memang mengamuk sakan sebab kena puasa dan tak boleh minum susu
Jenuhlah nak pujuk. Ana sampai hilang akal, dah tak tahu nak buat apa. Cik abang pula dah balik. Kami bergilir-gilir jaga dia. Sebelah siang cik abang jaga. Ana balik rehat + uruskan aqilah dan iwani. Sebelah malam, Ana pula jaga Adlin dan cik abang pula tengok-tengokkan dua orang kakaknya. Mujur ada di rumah mama Ana. So, sedikit sebanyak mama dan baba boleh juga tolong jaga budak berdua tu.
Sebaik sahaja, doktor cakap dia dah boleh minum susu.Ana terus bancuh susu dan bagi botol susu kat dia..dia terus minum sampai habis sebotol..
Sekali lagi..kesiannnn kat Adlin

 Hari ke-2, masih kelihatan letih. Tapi selera makan tetap maintain.
Mata tu asyik tengok kawan kat katil sebelah jer.Tengoklah tangannya yang berbalut sebab nak cover tak mau bagi dia tarik jarum drip tu.

Hari ke-2, ke-3 dan seterusnya dia dah semakin cergas.
Hari ke-3, Doktor pakar bedah datang jenguk. Dia kata, perut Adlin dan ok. Tak kembung dan cekang seperti hari mula masuk wad. Alhamdulillah.
Dia kena puasa sebab pihak hospital nak prepare untuk pembedahan kalau-kalau bengkak pada ususnya berterusan.
Tapi, bila tengok dia semakin ok dan cergas serta cerdas, doktor confirmkan dia tak perlu jalani pembedahan.
Syukur bila dengar.


Dah tertidur keletihan
 

 Tidur di samping belon, hadiah dari abah (cik abang)

 Tidur sekejap jer... bila bangun terus cari makan
Mama...naa nak..

 Hari ke-3, dah bertukar ke bilik berasingan. Adlin dah tak ada kawan sebab duduk dalam bilik seorang
Boring dah...tu dok suruh Ana ambil dia keluar dari kurungan..heheh..

 Suka pula dia. Maklumlah dah sihat. Abah bawa banyak mainan kat dia.

 Suka gigit mainan. Nak test power gigi ke Adlin?

 Tidur keletihan di samping patung badak... hadiah dari abah jugak
Cik abang ni..mentang-mentanglah Ana tak ikut dia shopping, memacam mainan dibeli untuk Adlin.

 Gaya tidur budak tak berapa nak sihat.

 Adlin nak ajar mama menulis ke?

 Amboi..pandai ke pegang pen tu?

 Syif abah jaga Adlin

 Sebelum tidur, Adlin sempat lagi mamam roti atas katil Ana
Inilah tempat tidur Ana masa jaga Adlin. Bukan boleh tidur pun sebab risau Adlin muntah. Tengah malam pukul 3 dan pukul 5 pagi dia akan jaga sebab cirit.

 Budak dah sihat.
Pakai baju cantik sebab dah boleh balik. Muka boring sebab tunggu terlalu lama sebelum discaj.

Adlin admit wad selama 5 hari (discaj 29 September) sebab nak masuk antibiotik. So, ana terpaksa ambil EL sampai hari Rabu. Kiranya, Ana cuti lama start dari minggu selepas raya, sambung seminggu mc sebab operation buang ketumbuhan sampai Adlin discaj wad. Kalau kira-kira balik, dekat 3 minggu Ana tak kerja dalam bulan September. Hohoho...
Takdak maknanya cuti kalo diri sendiri sakit atau anak-anak sakit..takyah nak gelak besar-besar.

Walau bagaimanapun, ada sesuatu pula yang berlaku. Ana anggap ini adalah dugaan dan ujian dari Allah. Kami dah tak mampu nak elak. Sebenarnya, bersyukur juga bila Adlin masuk wad. Kalau tak jadi perkara ni, memang sampai bila-bila pun kami tak tau tentang perkara yang kami anak beranak hadapi.
Apa dia?
Nanti Ana sambung lagi.

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^