Wednesday, January 06, 2010

Cerita tentang hari pertama ...

Dalam kereta, sebaik sahaja Ana melangkah masuk.

Kedua-dua anak dara ana berseri-seri ja wajah.
"Seronok tak pi sekolah baru?"
"Seronokkkk..."
"Mama, Qilah baca Alif, Ba, Ta..."
"Iyer? Makan apa?"
"Qilah makan nasi, sayur, ikan, udang."
"Aik? Kakak makan ke udang? Selalu mama masak, kakak tak makan pun."
"Makan."
"Wani makan nasi tak?"
Wani diam jer sambil hisap jari.
"Wani tak makan. Dia tak boleh jadi Ben10 kan mama? Qilah makan nasi. Qilah bole jadi Ben10, kan mama?" Aqilah tolong jawab bagi pihak Iwani.

Haha..
*
*

Semasa mandi.

"Mama,Qilah tak nak pi sekolah lah."
Aik?
"Pasal pa? Tadi kakak kata sonok."
"Tak sonok.."
Huhu..kenapa dah berubah fikiran pulak ni? Mesti something wrong berlaku semasa mandi tengahari di sekolah.

Huhu..
*
*

Pagi - 6/1/2010, semasa kejutkan dari tidur

Aqilah sungguh liat nak dikejutkan. Mandi? Alamat Ana lah yang kena jiruskan. Kalau tak, dok berdiri tegak lah sampai kesudah depan paip air yang dah terbuka. Pakai baju pun dalam tidur. Ana terpaksa pakaikan sambil dia terlentang tidur.
Iwani? Alhamdulillah, ok lagi. senang kejut dan boleh mandi dan pakai baju sendiri. Mujur ada paip air panas, kalau tak, kelam kabut juga nak masak air lagi. Kesian kat anak-anak kalau bagi mandi air sejuk.

Dalam kereta, dua-dua terlentang sambil minum susu.
Semalam, tertukar seluar dalam dengan budak mana ntah. Kahkahkah..lawak sungguh anak-anakku ni. Seluar dalam pun boleh tertukar.
Cikgu sekolah suruh tulis nama. Ish! Seluar dalam pun nak kena label ke? Huhu..sayang la nak tulis atas baju.
Botol susu nak kena tanda. Mujur beg sekolah, ana dah tulis nama semalam.

Macam-macam lagi cerita dan telatahnya. Harap hari ni semuanya ok. Good luck for the second day yer sayang!

2 comments:

  1. biasa la gitu ana. Nnti sebln dua oklh tu...

    Budk2 pra ni mmg le sntiasa trtukar brg2...farouk dulu asyik beli stokin je cz lain2...

    ReplyDelete
  2. ooo.ya ka?Hmm..tu lah sbb depa tak matang lagi.Semua benda tak pandai nak diuruskan sendiri.Kita lah yg kena dok peringat bagi. Kalo serah kat abah dia..huhu..alamat jenuh kena bli lain..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^