Tuesday, January 05, 2010

Hari pertama ke sekolah ...


Hari ini, Selasa 5 Januari 2010..hari pertama Nur Aqilah & Nur Iwani ke Taska Siti Khadijah. Baju baru, beg sekolah baru, sekolah baru, cikgu baru,kawan baru, tempat baru, suasana baru...hmm..
Sayang dan terkilan sedikit sebab tak dapat tunggu. Cik abang tak bagi tunggu. Jadinya, selepas hantar masuk sekolah, terus keluar. Tak dapatlah nak tengok macam mana keadaan dan situasi di sekolah baru.
Ana masih belum dapat masukkan gambar mereka beruniform sekolah. Tak sabar nak tunggu petang. Nak dengar celoteh dan cerita anak-anak dengan suasana baru. Semoga Nur Aqilah dan Nur Iwani dapat menyesuaikan diri, walau pun mama dan abah tak ada. Harap-harap, dengan suasana di nurseri, mereka dah terlatih untuk ditinggalkan dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan serta pandai berdikari.
Sebenarnya, Ana tak risau sangat pada Nur Aqilah sebab dia memang pandai berkawan. Ana cuma risau sangat-sangat kat Nur Iwani. Dia ni manja dan mengada-ngada sikit. tapi tak tau lah kalau di sekolah. Mungkin tingkah laku dia berbeza. Ana harap sangat-sangat, dua beradik tu dapat menyesuaikan diri.
Tengoklah, anak-anak baru masuk tadika, belum lagi sekolah rendah,menengah dan sebagainya..ana dah susah hati bagai nak nak rak. Huhu...
Oh ya..gambar di atas tu tak ada kena mengena dengan tajuk entri. Just credits to my sis, Shuhada GeGe..

4 comments:

  1. Hehe..geee..thanks. My lil sis lah tu.Dia blajr jd photographer sekerat jln. Skrg tukar kos plak, graphic design.
    Skrg ni pun dh canggih, gmbr x elok boleh edit2 pakai photoshop / illustrator

    ReplyDelete
  2. moga aqilah n iwani sronok n hepi kt taska tu...insyallah ank2 cpt dpt kwn n cpt belajar...

    ReplyDelete
  3. Huhu..mm..terima kasih bebyk k.NZA. Tulah tak sabar nak balik umah, nak jumpa anak2. Tak sabar nak dengar crita ttg sek br mrk.heheh...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^