Thursday, January 28, 2010

Marah Si Abah ... nakal sang anak



"Sakit tak, kakak?" soal Ana sambil usap-usap bekas birat kat peha Aqilah. Ada merah sikit. Kesan penyangkut.
Aqilah mengangguk. Muka ala-ala sedih tapi blurr...dah lupa lah tu kena pukul semalam gara-gara kencing di atas lantai bilik tidur. Waaa...
Semalam Cik Abang memang mengamuk. Sebenarnya, taklah kuat mana pun dipukul. Tapi, berbekaslah jugak sebab dipukul ala-ala cikgu disiplin. Maklum, dah nama pon kejanya cikgu. Huhu..
Selalunya cik abang paling banyak sabar sebab yang selalu dok terjerit-jerit ala tarzan adalah Ana. Tapi mungkin semalam dia tension sangat dok cari CD kerja tak jumpa-jumpa. Maklumlah masa almari baju siap dipasang, kami terus packing barang-barang yang jarang diguna dalam kotak dan simpan sebelah atas almari. Nak mengelak daripada dipunggah si anak. Jadinya, bila tetiba nak guna, jenuhlah mencari balik. Ana ni plak agak kelam kabut la sikit melayan 3 orang power puff gurls, nak lap lantai, cuci Aqilah, Iwani pun teriak juga kena tempias amarah abah nyer dan dalam masa yang sama si Adlin pun dok melalak sebab mengantuk. Cik Abang tak membantu pon..v_v..huhu... (merajuk sikit, tak buat air teh untuknya semalam, dan pagi ni cakap toksin tak boleh keluar sebab kurang minum air. Aik..air masak kan ada. Air teh tak ada....haa..kekeke...sesajer jer..takpa lah, malam ni Ana bancuh double, qada yang semalam.)

"Berbirat kakinya, abang?" Ana tunjuk peha Aqilah sebelum pakaikan dia seluar sekolah. Cik abang mengerling.
"Biar. Kena ajar sket.."
"Lain kali nak kencing, kat mana?" soal Ana lagi. Saja soal banyak-banyak kali untuk refresh balik ingatan dia.
"Bilik air."
Tersenyum.
Ana tahu, dia memang dah faham. Cuma kadang-kadang tu, dia sengaja nak menguji kesabaran mama dan abah dia. Patutlah semalam, tetiba minta nak pakai pampers (memang sebelum tidur, baru Ana pakaikan pampers sebab takut depa terkencing masa tidur, sementalahlah Ana ni pon tidur mati, pagi baru jaga). Rupa-rupanya nak terkucil sangat-sangat dah masa tu. Tapi tak sempatlah nak pakai sebab pampers yang baru dah habis. Yang tinggal cuma yang pelekatnya dah tak boleh lekat. Macam mana tak terkencing depan almari? Sengaja tak tambah stok beli yang baru. Sebab depa dah boleh berpakaian tanpa pakai pampers. Cuma waktu tidur dan ketika keluar berjalan sahaja, Ana tak harap sangat. Takut tak sempat.
"Lain kali, kalau kakak rasa nak terkencing, kakak terus ja pi bilik air. Takyah pakai pampers dah. Ok?"
"Kakak dah besar yer, mama? Kakak tak yah pakai pampers."
"Ya, kakak dah besar."
"Mama, semalam kakak kencing kat sini," ujar Iwani sambil tunjuk kat lantai tempat kakaknya 'ter' kucil. Haha.. si adik ni pun sengaja nak perangat hati kakak dia.
"Hari ni mama tak mahu bagi bekal pampers. Jadi, kalau kakak dan Wani nak terkencing atau berak, pi mana?" (Sorry, Ana tak menggunakan bahasa yang agak sopan. heheh...)
"Pi bilik air," jawab kedua-duanya, serentak.
"Bagus... jangan lupa habaq kat cikgu. Jangan kencing dalam seluar ya."
"Yaaa..."

^_^

6 comments:

  1. ohhooo... siannyer kena hanger..
    xper, ibunyer kena selalu remind kan, Insya Allah, lelama iwani ingat.. mcm fikri dulu lah...

    ReplyDelete
  2. kesiannya..gitulh sskali org cool n pndiam naik hangin....
    xpelh myb suami ana tgh stress time 2..nnti pujuk dgn air teh ok.

    ReplyDelete
  3. ooo... camtu citernya... ciannya... len kali cepat2 p toilet ya sayang...

    ReplyDelete
  4. To kakyong
    tu lah..bila si abah jd api..mak nyer kena jd air tak pun ais..kena berlawanan..kalo dua2 api..jenuh jadi arang lah anak2...

    To Kak NZA
    Uish..mmg dasat kalo skali org cool ni naik hangin..tp dia mmg suami paling cool skali...

    To 10
    Baik achik aten....

    ReplyDelete
  5. ala ciannya dia.. pas ni ibu kena peringatkan..

    ReplyDelete
  6. To Diarihatiku1976
    A'ah..tu lah pasal, bila dh kena pukul dgn abah, maknya pulak lah yg kena pujuk.Tapi nangisnya sekejap jer, esok tu dah lupa yg semlm kena pukul.ahaks!

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^