Tuesday, January 19, 2010

Sayang : Pantun dan seloka Kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni, Ana nak bercerita serba sedikit tentang buku di sebelah ni. 

Menarik juga isi kandungannya. Bukan koleksi peribadi, hehehe...Seperti biasalah, dah nama pun kerja di library. Rasa menarik juga untuk dikongsi dengan para ibu. Pantun dan seloka ini sesuai sangat untuk dinyanyikan pada anak-anak sebab ada maksud tersurat dan tersirat. Orang Melayu kaya dengan bahasa, peri budi, santun dan sasteranya. Kalau dibaca, macam dok teringat-ingat pada nyanyian dodoi mak tok (nenek saudara) Ana masa kecil-kecil dahulu.

Salah satunya, Pok Amai-amai, lagu yang sampai sekarang pun Ana ada juga nyanyikan untuk ketiga-tiga anak Ana terutamanya bila dalam kereta (biasanya ketika suami sedang memandu, kalau Ana yang tengah bawa kereta macam mana nak tepuk kan?heheh..).



Kalau ada ibu-ibu yang anak-anaknya makan susu Nespray, dulu Nespray ada jual sekali dengan CD lagu Dodoilah Sayang (artis Malaysia yang rakam lagu ni) Senikata lagu-lagu tersebut ada juga dihimpunkan dalam buku ini. Jadinya, kalau tak ingat, bolehlah rujuk. ^_^

Tapi kalau tak ada CD nya pun tak apa. Boleh juga dodoikan anak-anak dengan  zikir dan selawat kepada Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW. Cuma ini hanyalah sampingan dan tambahan untuk mengajar anak-anak tentang budi pekerti mulia. Selain itu, boleh juga memupuk anak-anak agar rajin membaca.

Selamat membaca!

4 comments:

  1. kak nza pn dh beli buku ni utk PSS sk. Mmg ank2 murid suka pinjam buku nie....

    ReplyDelete
  2. K.NZA
    Hmm,mmg buku2 cenggini sesuai utk budak2 & mak2 budak.Hehehe...

    ReplyDelete
  3. buku ni.. sesuai kena simpan.. pembelajaran yg berterusan kan..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^