Thursday, February 04, 2010

Kau yang bernama sahabat ...

Entri ni sebagai kredits untuk kak NZA atau Nor Zakiah Abdullah. Maaf yer. Dah seabad baru nak bagitau. Hehehe...

Ana dapat tempat ke-9 untuk acara Teman tapi Mesra yang dianjurkan oleh kak NZA pada awal Januari hari tu. Ni hadiah yang tersangatlah comel sampai anak-anak ana pun nak jugak sebab ada gambar Pooh. Ana tak bagilah sebab kalau dapat kat depa, alamat dikoyak-koyak lah jawabnya sebab di tadika sekarang ni cikgu-cikgu dok ajar koyak dan cantum. Ahaks!

Untuk kak NZA, terima kasih banyak-banyak kerana sudi bersahabat dengan Ana. Ana juga nak berterima kasih dengan kemudahan blog ini, kerana dengan blog ini jugalah ana dapat berjumpa secara maya dan mengikat tali persahabatan dengan rakan-rakan maya yang lain. Dan yang paling ana seronok adalah apabila ana juga secara tak langsung dapat berjumpa dengan penulis-penulis novel yang ana minat dan penulis-penulis  tersebut sudi singgah di blog ana yang tak seberapa ini. Begitu juga para ibu yang sudi berkongsi pengalaman melalui sebuah kehidupan yang penuh cabaran dan kebahagiaan. Moga persahabatan kita berkekalan...Amin.

2 comments:

  1. sama ana...xseberapa nilai tu brbanding prsahabatan kita....alam maya menemukan n mendekatkn jarak antara kita semua....

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^