Wednesday, February 17, 2010

Nur Iwani

Kali ni nak cerita tentang buah hati kedua pula. Tengoklah telatah dia yang ala-ala model pakaian muslimah. So, siapa-siapa yang sedang mencari model untuk baju atau busana muslimah, boleh lah contact ana di nombor 012-xxxxxxx...ahaks! Lawak jer lah.
Dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah pada 30 Disember 2006. Kalau ikut due, ana sepatutnya bersalin awal tahun 2007, tapi tak sempat. Sama kes macam semasa ana mengandung Aqilah, air ketuban kurang...adoih laa...setiap hari kena pi hospital untuk buat CTG. Boring sungguh. Kadang-kadang sampai berjam-jam..cemuih! Doktor takut jadi kompilasi,jadinya, kena bersalin awal jugak. Masuk ubat pukul 7 pagi, pukul 1 dah bukak 2..pastu 3..masuk labour room, bersalin pukul 5.45 petang...mujor keluar awal. Jenuh jugalah meneran.
Bila keluar, girl jugak. Takpelah. Yang penting sihat...2.1kg...kecik jer kan? Ana bersyukur sangat-sangat kerana dengan kelahiran Nur Iwani, kakaknya Nur Aqilah boleh bersaing belajar bercakap. Dia mula pandai bercakap pada usia lebih kurang 1 tahun lebih.
Anak dara Ana nombor dua ni, garang yang amat. Dengan kakak dia pun dia boleh menang. Dah nama pun kakak, jadinya, Nur Aqilah banyak mengalah dalam segala hal. Macam yang selalu diceritakan abahnya pada keluarga kami, maksud Iwani ni pun dah menunjukkan dia tu nak lebih segala. Maksudnya takhtaku. Alahai, macam-macamlah Nur Iwani tu.Bukan setakat tu saja, kat sekolah pun, budak-budak yang besar darinya takut kat dia. Apa sahaj barang yang diminta, budak-budak lain boleh bagilah kat dia.Eh..eh..dah pandai buli dan pau .. takleh jadi ni...huhu..
Lagi satu, anak dara Ana ni memang sangat suka bersolek. Pantang jumpa gelang, rantai, getah ikat rambut, sepit rambut, akan diusung ke hulu ke hilir. Rambut dia nipis, halus dan jarang. Susah jugak nak diikat. Kalau dapat ikat pun, secoet jer tocang nyer.Nur Iwani ni juga anak yang pandai menghargai barang yang kita beri. Berilah apa sahaja barang, sama ada dibeli bagi atau yang dihadiahkan, mesti akan diusung atau dibawa ke hulu ke hilir. Kalau tidur, dibawa ke tempat tidur. Esok pagi bangun tidur, barang tu lah yang akan dicari dulu.
Tabiat yang paling tak berapa nak comel bagi Ana adalah dia suka hisap jari. Tabiat yang terlekat sejak dari baby. Jari kiri dihisap, jari kanan gentel pusat. Aiyak! Tak senonoh...
Sekarang dah umur 3 tahun lebih...boleh tengok lilipies kat bawah untuk umur yang lebih tepat. Ana hantar ke tadika yang sama dengan kakaknya. Belajar molek-molek ya. Moga jadi anak yang solehah, taat kat mama dan abah, sayang pada kakak dan adik. Mama dan abah sayang Nur Iwani...

p/s: Sebelum terlupa, perkembangan di Taski Siti Khadijah... Nur Aqilah sudah pandai hafal surah  Al Fatihah sampai habis. Nur Iwani sudah pandai hafal ucap 2 kalimah syahadah. Setiap hari dok dengar anak-anak dara tu baca sendiri-sendiri. Bukan boleh disuruh. Kalau disuruh, takkan buat sebab malu. Mama bangga sangat dengan anak-anak mama ni.

7 comments:

  1. dh lama xdngar berita ttg kanak2 rebina ni.....
    Dh pandai ye....bagus la Iwani ni, pndai menghargai pemberian org...nnti smpai besar la tu....

    Moga jd ank yg pintar n solehah ye Iwani..insyallah...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah anak2 kak ana dah pandai mengaji ek... sonok rasanya bila dari kecik dah boleh menghafal... mudah2an nur iwani jadi anak yg solehah dan dpt membahagiakan keluarga di dunia dan akhirat ya...

    ReplyDelete
  3. Aqila dgn wani sama aje dgn Teta, kalau suruh baca dia tak mau..tapi kadangkala dia sendiri baca..tiba2 aje..
    budak2 memang macam tukan, tak boleh dipaksa..

    ReplyDelete
  4. Mmg normal ler budak2 pempuan suka aksesori dan perkara2 ke arah keperempuanan mcm main masak2 ke, kan?? hehe..

    Semoga anak2 kita akan jadi anak2 yg solehah yg berguna pd keluarga, agama, bangsa dan negara..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. sejuk jer perut bila baca citer Nur Iwani nih..bab2 buli pun saya suka..asalkan jgn jd mangsa buli dah ler..(kesian). semoga jd anak yg solehah yer Nur Iwani..

    ReplyDelete
  6. Kak NZA,
    Terima kasih atas doamu

    10,
    Terima kasih Aten

    Kak NB,
    Betul kak, memang x boleh disuruh2, biar jer dia main sendiri2, nnti2 dengarlah dia membacanya masa dok tengah main tu. Spontan, masa tu kita boleh tau perkembangan mereka

    ALoNa [CintamaniszLite]
    Insyaallah, itulah doa kita sbg ibu sepanjang siang dan malam

    ibu_arifa
    Terima kasih aunty

    ReplyDelete
  7. ANA....
    anak no.2 pun suka isap jari...dh nk masuk 5 thn pun dia masih 'biat' dia yg suka hisap ibu jari kanan dia....then lasak ngalahkan kakak dan adik dia....

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^