Tuesday, February 02, 2010

Serba salah ...

Macam mana ni? Ana akan selalu berada dalam keadaan dilema bila anak-anak jatuh sakit. Bukan tak boleh nak minta cuti, dan bukannya bos tak bagi cuti, tapi pasti akan ada kata-kata pedih lagi menikam hati dan perasaan di belakang. Tak kira lah, mengata ka, mengutuk, mengumpat atau sekadar bercakap-cakap dalam nada menyindir. Huhu.. azab rasanya bila berada di sekelilingan manusia-manusia yang ... tak yah lah cakap. 
Nak-nak pula kalau ambil emergency leave..huhu..Apa Ana perlu buat? Kesian kat anak-anak. Sekarang musim kemarau, kering dan negeri-negeri di sebelah utara ni sedang mengalami keadaan jerebu dengan asap pembakaran sawah bendang dan tebu (perlis) bagi penanaman semula. Tension bila kena lalui keadaan ini, sebab anak-anak ana akan mudah kena demam, batuk selsema.Tak patut la kalau ana still nak hantar mereka ke sekolah jugak. Ni dah dekat 2 minggu Aqilah batuk-batuk. Tak tahu nak buat apa dah. Hari ni, Ana rasa mcam Ana ni seorang ibu yang jahat (I'm a bad mama). Kenapa? Ana hantar juga Aqilah ke sekolah setelah melihat dia muntah kahak di hadapan pagar sekolah...
Uuwwwaaaaa... 
I'm very-very bad mama!

4 comments:

  1. gitulh ana naluri seorg ibu...kepedihan n keperitan kita nk membesarkn ank2...org sekeliling sesuka hati mengata menambahkan tekanan kita. Bkn nk kurgkn masalah.

    Apa pn kita perlu brsabar krn kita dipihak yg benar.....sabar ye ana.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya Ana, kalau boleh jangan hantar budak2 ditadika kalau demam, nanti takut berjangkit..
    di tadika si Qaisara demam sikit kena bawa balik,hari Qaisara tak pergi sekolah sebab batuk dan selsema.
    Tapi yelah kita bekerja, mana pula nak diletak budak2 nikan..inilah dilema ibu bekerja, seharusnya.tidak ada sebarang prajudis jika ibu ambil EL kalau anak2 demam..sbb demam ni bukan dibuat2..
    Kadangkala memang kesian tengok ibu yang terpaksa bekerja dan jaga anak2 ni...tidak semua orang bernasib baik dapat menjaga anak sepenuh masa..

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah kakak..

    hadirku bukan sekadar lalu..
    walau alam maya tak pernah ketemu..

    namun jangan kau berkata begitu..
    ujianmu dari Allah untukmu terus mematri mati cinta ILLahi ..

    kerana Dia ingin kau lebih tabah menghadapi..itulah bukti cintamu pada Pemilik Hati ..Dia Illahi..

    insha Allah..amin..

    "Ya Allah ambillah kerja-kerja dari kami apa yang perlu kami lakukan di sini dan hindarilah kami serta janganlah engkau ambil dari kami apa yang tidak perlu kami lakukan di sini...amiinn"

    semoga dirimu terus tabah saudaraku..go2=)Allah maa' na(Allah bersama kita)

    ReplyDelete
  4. Kak NZA
    Iyer, kerana anak-anak, kadang2 Ana pekakkan telinga juga. Bekerja zaman skrg memamng memerlukan kesabaran yang amat tinggi nak mengharungi dengan pelbagai ragam manusia.

    Kak NB
    Ana memang seboleh-bolehnya tak akan hantar anak2 ke nurseri/tadika kalau mereka tak sihat. Kita juga mengharapkan perkara yg sama dilakukan oleh ibubapa lain sbb xmo dijangkiti pd anak2 kita. Kadang2 ana keraskan hati utk ambil cuti wlpun pernah ditegur oleh majikan kerana kerap mengambil cuti kecemasan. Bukan kehendak dan kemahuan nak anak2 kita sakit. Tapi susah kalau kita mpunyai majikan yg susah nk faham atau xmo buat faham sbb pdnya kalau kita x dtg kerja,akan membebankan org lain,ana akan slalu berada dlm dilema.Tak semua bernasib baik mempunyai pengasuh yg baik atau tinggal berhampiran ibu bapa yg boleh tolong menjaga anak2 mrk.

    abduNYA
    Terima kasih banyak2 atas nasihat saudari. Betul, Allah sentiasa berada di sisi hambanya. Ana patut lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah. Mohon dan doa kepadanya agar dipermudahkan segala urusan. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^