Wednesday, March 24, 2010

Birthday Puteri Sulung... Nur Aqilah dan kisahnya 5 tahun lalu..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

14 Mac 2005 yang lalu Ana telah melahirkan puteri ini. Siapa dapat menyangka, dia boleh hidup dan membesar sehingga seperti sekarang. Kalau sesiapa yang pernah melihat ...
Bagaikan terbayang-bayang lagi ketika pertama kali menapak masuk ke wad NICU Hospital Tuanku Fauziah. Melangkah ke pintu masuk, sebaik ternampak tubuh dia di dalam ventilator, air mata Ana dah berjuraian, selebat-lebatnya.
Perumpamaan Ana dan Cik Abang tentang Aqilah...Tubuh kecil, berat hanya seberat 675 gm berselirat dengan segala bagai wayar seolah boleh muat di dalam kotak tisu. Boleh nampak jelas degupan jantung kerana kulitnya macam transparent. Urat hijau merening kelihatan di seluruh tubuhnya.Kepala besar dari tubuh, Dahi luas. Jari-jemari tangan dan kaki halus, sehalus batang lidi. Mata, hidung dan mulut kecil, secoet, kata orang utara. Rambut perang seperti rerambut jagung.
Bila usianya mencecah 2 bulan lebih, dialah juara tangis di wad tersebut. Ketika itu Ana tak mahu patah semangat. Ana juga kena kuat kerana dia sangat-sangat kuat dan tabah berjuang untuk hidup.Ok. Dah, cukuplah setakat tu. Ana dah takleh nak teruskan cerita. Maaf. Setiap kali bila diingatkan balik kisah lalu, Ana mesti menangis.

Dan kini, tahun 2010, di tarikh yang sama, genaplah usianya 5 tahun. Dia rajin dan suka buat latihan berkali-kali sampai boleh buat sesuatu yang diingini. Dia rajin dan pandai bila disuruh. Perkembangan di Taski, dia sudah pandai baca Al-Fatihah dan surah 3 Qul. Selalu suruh Ana bacakan buku untuk dia. Suka bila Ana pasang CD lagu kanak-kanak dalam kereta. 

Kami tak buat jamuan apa pun. Seperti kebiasaan, Ana dan Cik Abang hanya membeli kek untuk sambutan hari ulangtahun kelahirannya. Kebetulan tarikh tersebut kami berada di Pulau Pinang, jadi bolehlah sambut bersama-sama keluarga Ana. Beli kek dari King's. Tengoklah aksinya ketika memotong kek. Kredit untuk jurukamera, terima kasih banyak Taufik.

Aha.. sampai tak menyempat, tak sabar nak potong kek 


Inilah rupanya kek birthday Nur Aqilah yang ke-5. Alamak terbalik lah pulak gambar ni! wording dia di sebelah atas. 


Birthday gurl!

Awat serius sangat kakak ni? Tak best ker nak potong kek? Concentrate ya?

Ha, barulah betul. Senyumanmu begitu menawan..

Amboi, lebarnya senyuman. Wani pun tak sabar tunggu kakak potong kek.

 
 Abah juga yang kena tolong potong kek, yer..


Baca doa makan dulu

Hehehe..sedap sampai makan berlemoih!

Wani amik buah jer?

 Selepas makan, basuh tangan bersih-bersih ya.

8 comments:

  1. hepi besdy utk aqilah...moga pjg umur, jd ank yg pintar n solehah...
    Budk xcukup bln mmg gigih n kuat semangat la ana..mrk sedari umo sehari brjuang utk hidup.....
    Mcm angah, smpai skrg mmg gigih, tekun n kuat semangat utk brjaya......

    ReplyDelete
  2. Kak NZA,
    Terima kasih kak. A'ah, betul tu. Bila dah rasmi jadi kakak pula,automatik sudah pandai bertolak ansur dengan adik-adik, caring dan boleh berdikari sendiri. Cuma kadang-kadang tu jer, masih nak manja-manja juga dengan mama dia.Maklumlah, umur takdan masuk 2 thn dah dapat adik (Iwani).

    ReplyDelete
  3. Ana, tahniah juga buat Ana. kerna berkat kesabaran Ana dan suami Aqilah, pandai dan sihat sekarang. Untuk Aqilah, Happy Birthday, moga Aqilah jadi anal yang solehah.

    ReplyDelete
  4. hepi bday to ur cute daughter. chomeyl mcm mak dia ;)

    ReplyDelete
  5. To Leeja aka Nur Fazlizah,
    Terima kasih byk2. Mmg membesarkan Aqilah sangat mencabar dan benar2 menguji kesabaran. Apa-apa pun kita sebagai ibu bapa sekarang boleh mendapatkan byk maklumat tentang premature baby melalui internet dan buku/majalah plus pengalaman orang2 tua.

    ReplyDelete
  6. To Yatie Chomeyl,
    Thanks Yatie, eh..eh..mak dia pun comel jugak ker?kekeke..hns..hns..kembang buntuku dipuji begitew!

    ReplyDelete
  7. eh3...birthday qilah ek..sory la chuwawa x perasan..lm xon9..Happy Belated Birthday 2 Aqilah..moga cepat gemuk skit..hehe..cedapnya kek...nak skit...

    ReplyDelete
  8. ::. miss waWa .::
    Kek dah abis la chuwawa.Mama tu xnak buat birthday party. Buat makan2 jer kat umah tok mama.Lambat sgt.Takpe, tggu besday Aqilah tahun depan lak k.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^