Monday, March 29, 2010

KLIBF 2010 yang berlalu ...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Terkilan, sedih, kuciwa (kecewa) yang amat-amat (amboi dasyatnya). Yer lah, camna tak terkilan, sebab dah planning baik punya, cuti on time balik ke Nilai, tup-tup, tak sempat jugak nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dok heboh-heboh seminggu lebih yang lalu. Hah! Bila tuh? Dah habis la. 
Semalam, last day
Oit cik kak. Salah siapa? Salah Ana. Huhu.. 
Cik abang siap dok kata, awat yang tak habaq nak pi? 
Huwaaa.. nak habaq apanya...sampai kat Nilai, suma dah siap plan nak ke sana, ke sini...memang la seronok juga sebab berjalan-jalan. Cuma apa yang ditunggu-tunggu dan yang dirancang-rancang tetap juga tak menjadi. Pastu Ana jawab lah balik (ish..ish..suker menjawab lah ko ni Ana)
Abang ni, tu lah. Asyik Ana jer ingat tentang PC Fair abang. Abang tak pernah pon nak alert tentang KLBF yang ana nak sangat-sangat pi.
(Jawapan yang dah ada takungan air masin di tubir mata..cess!!!)
Terdiam cik abang ku itu.
Awat Ana emo sangat? Dah seminggu ko balik Perlis, baru nak mengungkit. Macam mana tak ungkit, semalam call mak mentua, depa dok kat PWTC dengan adik ipor ana. Haaa..membara lah balik. Mahunya tidak...
Sebagai balasan dendam, semalam dapat 2 buah buku kat POPULAR yang boleh dapat diskaun 25% sebab jadi ahli. Hahaha..seronok! Seronok! Nasiblah hanya beberapa buah novel sahaja yang diorang kasik diskaun, kalau tak, habis Ana rembat semua buku-buku tuh.Terima kasih yer cik abang kerana memahami diriku. Kekeke...jangan marah yer...




Hasil rembatan. Tak sempat nak snap. Guna khidmat Mr Google jer sebab buku ni famous di pasaran. 
25 % diskaun, banyak jugak tuh! Selalu kat kedai 10 % jer.

8 comments:

  1. Alahai kesiannya..ttp xpe cz dh dpt habuan tu..
    Kak nza n ank2 pn tringin gak nk ke sana ttp nk wat cam ne, abg asyik bz jerr...
    Insyallah, thn depan kak nza nk buat program lawatan pengawas n pustakawaan ke pesta nie nnti...

    ReplyDelete
  2. 9 nyawa ni..kak ipar ngan adik ipar akak kata best..

    Akak pun tingin gak nak gi pesta buku kat pwtc ni. Tp dorang kata mmg sesakkkkk sgt. Terutama kalo ada novelis popular, kartunis atau artis2 yg selalunya karangkraf bawak kat situ..hoho.

    ReplyDelete
  3. Kak NZA,
    Haa..baguslah buat lawatan ke sana.Ana sokong sangat2. Tapi kena make sure p time yg bukan hujung minggu sbb takut terlalu ramai pengunjung.Takut anak murid hilang/ sesat plak nnti.

    ALoNa Cintamaniszlite,
    Betul. Adik Ana pun ada ckp 1 level milik Karangkraf penuh sesak.
    Sebenarnya Ana ni peminat setia karya Ramlee Awang Murshid, cuma sejak 2 menjak ni jer asyik terlepas pandang karya2 yg dia keluarkan.Huhu..

    ReplyDelete
  4. novel pergilah air mata mmg best...
    hehehe

    sama la..
    Kira pun x dpt g pesta buku jugak..
    asgnment bnyk sgt2..
    huhuhu
    kecewa...
    xp dpt novel jugak..
    tempah dekat org..

    ReplyDelete
  5. ana,
    kakyong dah lama tak menambah koleksi novel RAM... tulisan dia kakyong suka..thriller suspen..

    ReplyDelete
  6. kakyong,
    Ooo,kakyong pun suka bacer jgk ek..Mmg citer2 best,byk pengalaman ttg penyiasatan

    ReplyDelete
  7. oooo... sensitif jugak kak ana ni ya... apa2 pun dapat jugak beli kan?

    ReplyDelete
  8. 10,
    Ala Aten, nak kata sensitip tu tak lah sgt,tp sbb dah planning2 dr awal2 thn..dah set dlm ati,thn ni nak p jgk2..kena plak jatuh ujung cuti sekolah seminggu tu jer..mmg terkilan jgk ler ati ni

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^