Friday, March 05, 2010

Majlis Pertunangan Adik ... Muhaimi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Bersempena Hari Maulud Nabi Muhammad SAW yang lalu, keluarga Ana bakal menerima lagi seorang ahli baru dalam keluarga. Bersyukur sangat kerana akhirnya Allah telah bukakan pintu hati adik Ana, Muhaimi untuk berkeluarga. Adik Ana ni adalah anak kedua mama dan babah iaitu Hjh Che Suria dan Haji Md Taha. Ana anak pertama yer :) Kami semua lima beradik. Yang dah kahwin hanya Ana dan adik lelaki yang nombor empat (dia ni langkah bendul abang dan kakaknya)..Dah sampai jodohkan...kehkeh..Dengan mengambil keberkatan hari tersebut, kami telah membawa satu rombongan pertunangan ke negeri sebelah utara semenanjung juga..kehkeh..cam rombongan chek Kiah..Insyaallah, dipanjangkan jodoh, mungkin dalam tahun ni juga mereka akan disatukan. Doa-doakanlah...amin.

Tak payahlah cerita panjang-panjang, biarlah sahaja gambar-gambar yang menceritakannya. Hihihi..Oh ya, gambar tunangnya tidak dimasukkan ya, tunggu sahaja majlis perkahwinannya nanti....
Ketika ketibaan kami di rumah bakal adik ipar. Depan sekali, adik-Hanisah (no.3), mama, mak saudara (kakak mama), sepupu- Awatif

 
 
Kek, hantaran pertunangan

Mama dan sepupu Ana- Kak Piah

Ana dan Iwani...Kenapa tutup mata, malu ke Iwani?


Cameraman ku...alahai, berserabut rambut ha..tapi tetap hensem kan?


Aqilah...Peace


Nur Iwani


Nur Adlin.. Apa buat muka cemberut tu?

  
Anis Batrisya .. anak saudara Ana


Baba ... Amboi, makan apa tu? Sedap makan kuah durian?


Antara hidangan yang dijamu oleh tuan rumah, terima kasih! Sedap sungguh!


Saat jari disarungkan cincin ... termeterilah satu ikatan...(tangan sahaja dapat tunjuk, tuan punya badan...coming soon)

  
Haha.. tengok apa tu? Bakal isteri turun dari langit? Ni lah adik ana..

Ok, itu jer ceritanya.

4 comments:

  1. Selamat brtunang n semoga jodoh brkekalan....meriah gak tu.....
    em, ensom la adik ana tu......

    suka tgk pic 3 org puteri comel tu...

    ReplyDelete
  2. amboi kak ana... sembunyikan bakal adik ipar ek?

    apa2 pun tahniah pada adik kak ana ya... semoga ikatan dan jodoh berkekalan hingga akhirat hendaknya...

    ReplyDelete
  3. aaa...yg dalam picture baju pink tu single lagi..ahakkss...tahniah2 pada abang muhaimi n kak hana... =)

    ReplyDelete
  4. Kak NZA,
    Ensem?Sapa kakak nya yer?kekeke

    10 aka aten,
    Trima kasih. kekeke...rahsia lah dulu..kang cam gila glemer plak...kekeke

    miss wawa,
    ko pun nak interprem jugak ker cik wawa oii...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^