Monday, April 26, 2010

Generasi Kini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sejak-dua menjak ni rasanya dah bermenjak-menjak kot, Ana kerap ternampak, terbaca, terlihat, terperhati dan banyak lagi lah yang ter-ter ni perkara-perkara yang tak elok untuk dilihat. Apa yer? Apa lagi kalau dengan isu semasa kini iaitu tingkah laku atau perilaku budak-budak sekolah, anak-anak muda dan remaja-remaja kita yang tidak senonoh. Kau nak membebl pulak ke Ana?
Tau tak pa. Nak membebel sekejap sebelum tutup komputer dan balik ambil Adlin kat nurseri. Ana lebih-lebih risau dengan remaja perempuan. Sebab apa? Sebab semua anak-anak Ana perempuan. Pengaruh zaman sekarang tersangatlah banyak. Kalau tak kes lari dari rumah, kes raba, kes rogol, kes buang anak. Masyaallah! Banyak sungguh yang berlaku sekarang. Yang terkini ana dengar, budak sekolah (perempuan) dirogol beramai-ramai dalam 1 bulatan, dalam kelas. Ana pun tak berapa pasti berlaku kata mana (ini cerita dari cik abang Ana, kalau salah tolong betulkan). Semuanya berpunca daripada beberapa perkara yang Ana nak senaraikan di bawah.
Ana risau bila tengok depa-depa ni :
  1. Berpakaian menjolok mata a.k.a seksi
  2. Bercakap bahasa yang huru hara (no manners)
  3. Biadap dengan orang yang lebih tua
  4. Tak tahu malu
  5. Suka berkelakuan seperti nak attract pandangan orang lelaki a.k.a GEDIKS TERLAMPAU! Seronok bila gelagat mereka menjadi perhatian.
  6. Terlampau expose...tangkap gambar ala2 seksi atau GEDIKS pastu masuk FB ke, YOUTUBE ke...apa-apalah yang boleh mengundang tumpuan..
  7. Banyak lagi lah..yang lain tu..LU PIKIR LAH SENDIRI. kekeke...
Nak tegur salah, tak tegur..lagi serba salah... Ana berharap dan berdoa, anak-anak Ana dan anak-anak ibu, mama, mak, ummi di luar sana tak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh menjebakkan mereka ke arah kemaksiatan. Minta dijauhkan. Amin...


p/s: Cabaran utama ibu bapa seperti kita..marilah sama-sama mendidik anak-anak mengenal ilmu Islam agar menjadi pendiding mereka di kemudian hari.

*Link ILUVISLAM.COM

10 comments:

  1. btoi apa yg ana cakap tu. tapi dizaman yg serba maju n serba canggih n serba "SATU" ni, lagi macam2 perkara pelik berlaku, kes buang bayi, kes penderaan bebudak la. kita risau pasal anak2 pompuan kita, tp sebenarnya anak lelaki pun patut kena risau gak, kes merempit, dadah...semuanya tu bahaya jugak. so kesimpulannya anak lelaki ke anak pompuan ke, semuanya kena pantau

    ReplyDelete
  2. faktor pemakanan pun sama..
    skang ni makanan ringan byk sgt bahan2 yg tak sepatutnya umat Islam makan..
    Tp ramai yg gi makan gak. Ngan kewujudan kopitiam...mi dia guna kicap apa, ada karamel halal ke tak..
    hmm
    byk lagi ler..tu sebahagian aje.

    ReplyDelete
  3. mak aih kakak dekat atas ni..setuju dengan dia..selalu dengar ceramah, ustaz kaitkan pasal makan..

    ReplyDelete
  4. ya la kak ana... takut jugak sebab anak kita kan perempuan... minta la dijauhi drp benda2 x elok ni...

    ReplyDelete
  5. MAMASYAZA,
    Betul tu kak Su. Mmg kena risau jugak dgn anak lelaki. Ana setuju. tapi apa yg Ana dok nampak sekarang ni, mereka mudah terpengaruh. Remaja sekarang tak kira lelaki ke perempuan, berani tak kena tempat.

    ReplyDelete
  6. ALoNa Cintamaniszlite,
    Ha, betul. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Sebab tu sekarang ni, selalu ditekankan isu HALALAN TOIYIBA!

    ReplyDelete
  7. budak hitam,
    Kena amik pengajaran tuh. Apa sahaja yg disampaikan dalam ceramah, kita nilai dan kita aplikasi ikut kesesuaian dan kehendak agama

    ReplyDelete
  8. Aten,
    Insyallah. Kat sinilah pentingnya doa kit sebgai ibu bapa. Senantiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak kita.

    ReplyDelete
  9. betul tu ana....pakai tudung ttp tetap pakai seluar jeans ketat n baju tngan pndek, bangga kalu boleh tayang pakwe...semua nie brmula dr rumah, dr kecik didik anak biar seimbang dunia n akhirat...insyallah, anak2 kita akn selamat dr semua tu....

    ReplyDelete
  10. kak NZA,
    Hmm.Betullah tu.Dari kecik kita dah kena didik anak-anak berpakaian yang sopan dan menutup aurat.So, bila dah besar mereka dapat kenal mana yang elok dan tidak elok,baik dan buruk sesuatu perkara

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^