Tuesday, April 27, 2010

Panduan Membaca Cerita kepada Anak-anak

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kali ni nak kongsi sedikit panduan/ tips apabila kita nak buat segmen atau meluangkan masa membaca atau bercerita buku cerita kepada anak-anak. Tips ni Ana dapat daripada buku yang Ana pernah kenalkan semasa link ni yer. Perkara ini pun ada diajar ketika Ana join Program Sukarelawan ni.

Pertama, Mencintai Buku - maksudnya kenali terlebih dahulu buku yang hendak dibaca kepada anak-anak itu supaya perasaan kita dekat dengan cerita yang hendak disampaikan. Kena bagi familiar dengan jalan cerita. Barulah bila tiba time nak cerita, kita boleh terang dengan lebih jelas apabila ditanya nanti.
 Kedua, pilih buku cerita yang ringkas, padat dan mudah difahami serta yang boleh dibaca dengan kuat.
Ketiga, pilih buku cerita yang gambarnya boleh dilihat, didengar (boleh dibuat bunyi oleh si pencerita) dan isi ceritanya boleh dibuat aktiviti bersama. Misalnya, ada gambar yang berwarna-warni, terang dan jelas; cerita yang kita boleh buat bunyi seperti bunyi binatang, bunyi kenderaan; cerita yang anak-anak pun boleh ikut sama membuat aktiviti kreatif seperti cerita tentang katak, selepas tu reka topeng gambar katak dan kemudiannya melakonkan katak yang melompat sambil berbunyi memanggil hujan. Dapat gambaran tak?
Keempat, versatile - kena guna pelbagai cara atau kaedah semasa membaca. Perlu kreatif untuk attract perhatian mereka. Kalau baca satu nada jer, mesti mereka jemu.

Kelima, jadikan masa membaca itu adalah istimewa. Time of loving and more precious! ^_^
Keenam, tunjuk gambar semasa bercerita. Sebelah tangan pegang buku, sebelah lagi boleh tunjuk pada gambar yang ada.
Ketujuh, baca dengan penuh ekspresi dan emosi. Ini kena buat betul-betul sebab anak-anak akan tertarik melihat memek muka kita yang berubah-ubah. Cam Mr Bean tuh! kekeke...
Kelapan, baca kuat-kuat.
Kesembilan, biarkan mereka bertanya. Sifat semulajadi mereka kan... eager to know...curious!
Last but not least, tepuk tangan selepas selesai bercerita!

Clap! Clap!Clap!

*Selamat mencuba!*

6 comments:

  1. Ibu bukan sekadar ibu, ibu juga adalah jambatan ilmu....

    ReplyDelete
  2. besh!besh! kena rajin2 baca buku.byk membaca,luas pengetahuan..semoga anak2 kita semua cintakan buku dan ilmu kan...insyallah...

    ReplyDelete
  3. sedari kecil kak nza biasakn anak2 dgn kedai buku....xkira g shooping mesti singgah w.pn sekadar cuci mata....

    ReplyDelete
  4. Sitisifir10,
    Ya, Ibulah segala-galanya. Berat sungguh tanggungjawab ibu?Hoho..baru ko nak sedar ke, Ana?

    ReplyDelete
  5. aNiS tHe BumbleBee,
    Ya, mari kita pakat2 membaca buku. Terang hati, luas ilmu pengetahuan

    ReplyDelete
  6. kak NZA,
    Haha..bagus2 k.NZA. Didik dr awal. Kak NZA leh jd role model. Contoh yg paling dekat leh diikuti (hakikatnya sorang utara,sorang selatan semenanjung..kuikui..)Takpe,dekat dlm tenet..leh ikuti mlalui blog.Cayalah!

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^