Saturday, April 24, 2010

Sukaneka Taski Siti Khadijah: Siri 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Seperti yang dijanjikan sambungannya, siri kali ni, nak tunjuk aksi Nur Iwani pula semasa program Sukaneka berlangsung. Semasa Ana sampai kat padang permainan (lokasi sukaneka), sudah 2 acara berlangsung. Acara yang disertai Iwani adalah salah satunya. Tapi bila Ana tanya kat Iwani, cikgu dia dah siap tolong bagitau, dia tak mahu masuk pun. Iwani ni..aper lah... malu sangat. Semua tak mahu. Macam manalah nak ajar dia agar mahu berdikari sendiri? Dia ni memang manja skit. Tak macam Aqilah. Mungkin jugak Aqilah umur setahun dah dapat adik. Iwani nak masuk tiga tahun baru dapat adik. Takpelah. Mari kita tengok aksi-aksinya.

Adoiyai.. anak mama ni sorang jer tak mahu pakai tudung. Bila ditanya mana tudung, dia jawab tinggal kat sekolah. Dah ler rambut tu baru dipotong pendek.
Sebijik macam budak lelaki.

Tengok tu, bukan nak reti duduk diam, gediks lah Iwani ni. Sebenarnya dia
seronok tengok mama datang. wink!wink!

Aha... dah cemuih lah tu. Tak buat apa? Mata pula asyik dok nengok jer kat taman permainan di sebelah kawasan sukaneka. Strategik sungguh!

Kan dah kata. Dah terkeluar dari kawasan kawalan guru. Ana biarkan sahaja.
Nak nengok telatah dia.

Hahaha...kaki dah berjaya menapak di tempat yang banyak permainan. Di sini lebih menarik. Sebenarnya, bukan Iwani sorang saje yang dah mula tertarik kat kawasan ni. Ada lah 2..3..orang kanak-kanak yang turut serta, termasuklah Aqilah. Ana pun panggillah balik. Kang terlepas pandang..lain pula jadinya. Dah ler Ana sensorang. Abahnya tak ikut sebab hari sekolah.

Kantoi! Sudah ditangkap cikgu. kekekeke...cian Iwani, dah nangis-nangis.
 Nak main permainan yer, nanti kita datang lagi. Kita ajak abah datang sini, yer sayang.

4 comments:

  1. hi.hi.hi...kelakar lak iwani..dlm diam2 boleh jer wat program sndiri.....

    ada tag utk ana h
    http://4fn1mn.blogspot.com/2010/04/tag-pandu-cermat-jiwa-selamat.html

    ReplyDelete
  2. kak NZA
    haha..itu lah..mcm2 kerenah dia..budak lain dok tengah bersukan, dia berjalan ke sana sini,bukannya nak bg sokongan kat pasukan umah.

    ReplyDelete
  3. bebudak memang la macam tu, bukan nak sangat ikut peraturan, depa lebih suka buat hal sendiri, ikut hati sendiri, anak akak pun camtu gak...kalo dibangkang kehendaknya, mula la mengamuk bagai nak rak

    ReplyDelete
  4. MAMASYAZA,
    Budak-budak...camtulah. Kalau ikut,naik lemak. Tak ikut mengamuk. Kenalah cari pelbagai alternatif utk tarik perhatian mereka.Mak bapak sekarang kena lebih kreatif.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^