Friday, April 23, 2010

Sukaneka Taski Siti Khadijah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sukaneka ni dah lama berlangsung. Cuma Ana jer malas nak edit untuk upload masuk dalam blog ni. Ana pecahkan kepada beberapa siri sebab banyak gambar sebenarnya yang ditangkap pada hari kejadian. Tapi kena pilih-pilih juga tengok kesesuaian. Ini adalah antara aksi-aksi Aqilah ketika acara cari gula-gula dalam tepung. Tak tahulah plak Ana, pasukan dia dapat nombor berapa, sebab Ana begitu asyik mengambil gambar sampai terlupa nak sorak-sorak kat dia. Bukan senang nak dapat scene dia berlari macam ni kan?

Go Aqilah! Go Aqilah! Chaiyok!

You can do it!

Ada tak gula-gulanya?

Yeay! Kakak dah jumpa gula-gulanya.

Wow, lajunya kakak!

Sampai ke garisan penamat akhirnya...

9 comments:

  1. Salam,
    lajunya aqilah lari...mesti nanti jd ratu pecut ni :)

    ReplyDelete
  2. huhh,,.. tak sabor nak tunggu fikri g sekolah....
    laju lari tu.. dah le badan halus.. tak melayang2 ker..

    ReplyDelete
  3. ummiaisyah
    Haha...mmg 1st time tengok dia lari dalam acara macam ni. Ok jugak kalo dia berminat. Insyallah.

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    Kita yang nengok ni cam rasa berdebar-debar. Bukan apa, masa baby dulu dia ada lelah. Cuma bila dah makin besar,jarang lah nampak dia penat. Tp bila tengok dia maintain jer. Lega rasanya. kekeke...

    ReplyDelete
  5. hoho..bagus kalo aktif dlm sukan ni. Dari rebung kena lentur. Sebab sukan ni utk kesihatan diri sendiri sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. comel jerrr tgk anak2 kecil tu brlari....Sukaneka nie wat kt playground ke ana? byk pokok2 n suasana nmpk sejuk n nyaman je...

    ReplyDelete
  7. ALoNa Cintamaniszlite
    Bab2 ni mmg xle disangkal. Budak2 ni pun pantang jumpa taman permainan.Nak main jer keja nya.kekeke


    Kak NZA
    A'ah. Kat taman permainan. Waktu ni sepatutnya matahari dah mula pacak atas kepala,tp Alhamdulillah, cuaca redup sampai habis acara. Mmg kwsn tu ada byk pokok2 besar. Dekat jer dgn Taski mereka. Jalan kaki jer.

    ReplyDelete
  8. patut la cantik jerrr backgroundnya...mesti kanak2 sronok...

    ReplyDelete
  9. a'ah..mahunya tak cantik..baru ana teringat, taman tu bersebelahan dgn Istana Raja Perlis. Mmg dijaga rapi.Siap ada kolam renang kecil lagi utk kanak-kanak. Actually ana pun baru 1st time pergi..kekeke...agaknya kalo taski budak2 ni x buat sukaneka kat c2,sampai ke tua ler x penah tringin nak p...kekeke..maklumlah kalo setakat pdg mainan,kat dpn pintu umah ana pon mmg dah ada.Sbb tu kalo anak2 nak main, slalu main yg dpn umah jer

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^