Monday, May 03, 2010

Aku sebagai anak dan menantu ...

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang

Sudah ler Ana ni. Dah nak membebel dah pagi-pagi Isnin ni. Amboi-amboi, pagi lagi ker? Cuba tengok jam tu. Dah pukul 1 yer cik kak oiii..Heeee....
Ana cuma nak memperingati bagi yang dah berkahwin, khususnya diri Ana sendiri. Ni kes Ana balik rumah mak kat Penang. Huhu..Kesian tengok mama kelmarin (semalam. Ahad). Pagi, masak sarapan. Tengahari, masak makan tengahari. Banyak lauk plak tuh. Sampai 4, 5 mata. Petang plak, untuk minum petang -- bihun goreng. Tabur daun bawang, pergh!! Sedap sungguh! Malam plak, masak lagi --- nasi tomato + ayam goreng+ air asam. Uuii mak ai! memang sedaplah hasil tangan mak ni!. Tapi Ana kesian sungguh, anak-anak pompuan dia ni takder yang rajin masuk dapur. Aku ler tuh! Ni semua pasal Adlin lah. Merap. Takmo langsung kat orang lain. Alih-alih ke hulu ke hilir nak didukong ajer pandainya ko Ana, anak dijadikan alasan tak turun ke dapur, dasar penyegan sungguh! kah!kah! Bukannya tak reti masak, reti, teror lagi =P, tapi penyegan! Boleh dikatakan, mama tu kira dok kat dapur jer kejanya bila kami anak-beranak balik kampung. Demi anak cucu, sanggup bukan makan tak berenti. Kadang-kadang, malas nak balik sebab ni lah. Sebab tak mahu susahkan dia. Bukan macam Ana ni, Masak pagi, makanlah sampai malam lauk yang sama. masak tengahari, makanlah lauk yang sama sampai tengahari esok. Adoiii! Teruk sungguh Ana ni. Macam manalah nak beroleh keberkatan berumahtangga....kehkeh..
Mama, sorry yer. Kakak tak banyak tolong. Terukkan kakak ni. Nanti kakak balik, kak tolong mama. Mama, dok rehat jer. Biar kakak plak yang masak. Ceh! Baguih lah kalo jadi lagu tu..

Moral of the story: Tak kiralah anak ke, menantu ke... rajin-rajinlah masuk dapur. Tolong mak @ mak mentua masak. Tidak pun, bagi jer depa dok rehat sambil tengok tv dan kita yang tolong masak bagi 
(bukannya ko yang terlangut tengok siaran kat ASTRO tuh Ana oiii!! Ada paham ka?) Jangan dok buat derk ja, Macam tak paham-paham, time masuk dapur pukul berapa. Tapi time makan, punctual lah plak yer. Ngoss betul lah Ana ni! Ok..udah. pi makan. Satgi, orang nak buat keja, baru kelam kabut nak makan.

p/s: Link gamber dari Mr Google dan gambar di atas tiada kena mengena dengan bebelan Ana 
pada pagi ini. Harap maklum. 
(ayat skema..ngeh..ngeh..)

9 comments:

  1. cantik bunga tu...ops...lari tajuk la pulak

    ReplyDelete
  2. Anje
    Bunga dlm mr Google mmg ler cantik,tapi hanya dapat dilihat. tidak boleh dipegang dan dicium baunya.huhu...

    ReplyDelete
  3. Farid,
    Amboi, eh..eh..org lelaki kalo masak rasa-rasanya lagi sedap daripada org perempuan. Bukan nak ngaku tak pandai masak tapi mengakulah jgk yg org lelaki ni mmg kalo masak lagi sedap. Contoh terdekat..cik abang ku..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  4. Lg satu..balik kg...jgn ler bawak balik lappy sekali ngan modem broadband..
    Mesti rasa nak online gak.
    Bila dh ngadap tenet...haii...nanti majuk lak mak kita sbb balik kg pun serupa mcm tak balik.
    Tak layan pun dia..kan??
    Tak baik kan buat mak mcm tu, hehe..

    ReplyDelete
  5. kasih ibu snggup buat apa saja utk anak2 w.pn penat....

    ReplyDelete
  6. Kak NZA
    Yer..kasih ibu sampai ke syurga...tringat la plak iklan susu,yg anaknya yg chumel nyanyi lagu ibu nih

    ReplyDelete
  7. kak ana... pendek kata, mak kita2 mmg suka masak... tentu la nak makan air tangan depa... bukan selalu... sekali sekala balik...

    tapi kekadang tu rasa bersalah jugak kan? mohon ampun dan maaf je la...

    ReplyDelete
  8. 10
    Hehe, yer la Aten. Sekali sekala yer..nak manjer2 gitew..ngehngeh..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^