Thursday, May 13, 2010

Aqilah yang suka mengaji

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Semenjak dah pandai menghafal surah-surah lazim, Aqilah rajin juga membacanya tanpa mengira masa dan waktu. Sampaikan nak tidur pun, kadang-kadang di bacanya juga sekali dengan doa tidur. kekeke...Gambar di bawah ni diambil 2 bulan lepas. Bulan Mac, semasa berada di rumah mama (Penang). Sebenarnya, dia bukan reti baca lagi tuh sebab bukan kenal semua huruf pun lagi. Tapi dia menghafal. Kalau diperhatikan betul-betul, dia bukak muka surat surah lain, bacanya surah lain. Kiranya muqadam di hadapan tu sekadar gimik/ perhiasan sahaja. Ikut dan dia jer..hehehe..Papan rehal tu telah diguna oleh Ana dan adik-adik sejak berzaman yang lalu. Tahan lasak dan masih elok lagi. Sekarang dah boleh diguna oleh anak-anak Ana plak. Berjasa sungguh. 

Kusyuknya anak mama baca muqadam. Mana tudung ni?
Begitu menghayati..

Baca surah apa tu, kakak?

.
.
.

^__^

13 comments:

  1. amboi kusyuk bukan main membaca...mana tudungnya tu..kusyuk punya pasai sampai lupa tudung..hehehe

    ReplyDelete
  2. MAMASYAZA,
    Hahaha..ini mcm hentam kromo jer kak su.Tak nyempat dah nak cari tudung bila dapat songlap tok baba dia punya muqadam.

    ReplyDelete
  3. Alhmadullah..kecik2 dah hafal surah..

    ReplyDelete
  4. bagusla... kecik2 dah rajin mengaji... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Ummi Aisyah DAN zue @ annaleeya,
    Alhamdulillah..mmg bersyukur sangat. Ni semua atas berkat usaha guru-guru kat Taski Siti Khadijah. Bagus taski ni. Pendedahan awal yang perlu diberi kepada anak-anak bukan sekadar baca ABC tetapi juga ilmu agama seperti mengenal huruf ALIF BA TA

    ReplyDelete
  6. sejuk perut ibu mengandung tengok anak2 cerdik kan...bagus la dari tecik harus diterap...budak2 senang menghafalkan..

    ReplyDelete
  7. wah..aqilah dah pandai mehgafal surah2 lazim yer..alhamdulillah..
    mesti best kan dengar anak baca/mengaji gitu kan kak ana..

    ReplyDelete
  8. baguslah kalau dr awal dah tunjuk minat...rajin aqilah...

    ReplyDelete
  9. bagus nya...
    sejuk perut ana mengandung...

    ReplyDelete
  10. Anje a.k.a Mama_Aqish
    Emm..Alhamdullillah

    ReplyDelete
  11. ibu_Arifa
    Itulah Min,budak2 ni mmg cepat dapat apa yg diajar cikgu2 kat sekolah

    ReplyDelete
  12. MaMa3H
    Aqilah ni mmg jenis yg suka practice...mcm masa mula2 blajar jln dulu.Banyak kali jatuh,tp krn nak berjalan,sanggup bertungging tergolek

    ReplyDelete
  13. kakyong
    kita yg nengok ni pun rasa sedap mata memandang..rasa tenang..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^