Monday, May 24, 2010

Bila anak sudah pandai mencari selera sendiri...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kejadian petang Ahad...
Laparlah plak. Tadi brunch hanya dengan nasi dagang sahaja. Walaupun kenyang, tapi macam tak puas. Tak seperti makan tengahari nasi berlauk. Masuk dapur, keluarkan tepung gandum, susu pekat manis, bawang... apa lagi..dalam kepala...makan cucur bawang manis ok gak ni. Dengan panas cuaca dan panas kuali yang berisi minyak panas, Ana bertahan jer. Ana pun jemput tepung yang dah bergaul cantik tauk dalam kuali sampai habis. Hmm...memang cantik jadinya. Bulat-bulat comel jer. (Sorry, tiada gambar). Dah siap goreng sepinggan, bawa ler ke ruang tamu. 
Ana -- "Kakak, Wani, meh makan cucuq." 
Cik Abang tengah tangguk Adlin dalam buai. Tapi si kecik tu tak tidur pun. Dok intai jer bila nampak Ana lalu bawa pinggan berisi makanan.
Aqilah -- "Ilah tak mau cucuq, ilah nak makan ayam goreng."
Ana --"Makanlah cucuq ni dulu. Mama dah goreng banyak ni."
Aqilah -- "Taknak. Ilah nak ayam goreng jugak-jugak."
Anak-anak Ana sekarang ni suka sebut perkataan 'jugak'. Bila dengar perkataan tu secara tak langsung terasa cam geram. Ana tahan sabar lagi. Aqilah datang ke dapur, terus buka pintu peti ais. Dia keluarkan sepeket ayamas yang berperisa pedas.
Ana -- "Itu ayam abah. Nanti pedas. Makanlah dulu cucuq ni."
Aqilah -- "Tak mau. Ilah nak ayam jugak!"
Grrrrrr.....
.
.
.
.
.
.
.
Kesudahannya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ana merajuk. Naik atas. buka komputer, tukar templat blog ni kepada templat yang baru. Aqilah meraung kat bawah. Iwani ikut Ana masuk bilik. Cik Abang bawa Adlin tidur kat bilik sebelah. Lama... Ana biarkan sahaja. Selepas tu, Cik Abang turun balik, pujuk Aqilah. Bila naik atas, tengok dah bertukar seluar.
Ana -- "Kenapa tukar seluar? Kencing lagi dalam seluar?"
Cik Abang -- "Tak. Dia muntah."
"Meh sini, kakak." 
Ana panggil dia yang berwajah sembap sebab menangis .
Cik Abang -- "Pi kat mama. Mintak maaf kat mama."
Sambil gonggong botol susu (mungkin cik abang baru bancuh),dia mai dekat Ana yang masih dok depan komputer.
"Kakak, sayang mama tak?"
Aqilah angguk (tanda sayang lah tu) Dua kali Ana tanya dia. Pastu, Ana pun tak terkata apa lagi. Kelu, bila tengok muka dia. Sedih, kesian. Rasa marah tadi terus hilang.
"Meh."
Ana cium pipi kanan, pipi kiri dan dahi dia. 
"Pi tido dengan abah."
Dia berjalan keluar, pergi ke bilik sebelah, tidur dengan Cik Abang dan Adlin. Iwani tengok saja sambil main sendirian atas katil.
.
.
.
.
.
huhu...huhu "I'm very bad mama, again..."

8 comments:

  1. akak pun kengkadang buat camtu, bila sakit kepala ngan karenah anak2...mendiamkan diri depan pc..buat derkkkk ja...tension gak kengkadang tu

    ReplyDelete
  2. trkdg kita mmg tension kalu anak2 buat kerenah.....sabar jelh...

    ReplyDelete
  3. jenuh jgk ye bila anak dah reti mintak tu mintak ni

    ReplyDelete
  4. Ana..sedihnya..sedih sangat2 baca part ni. Sebab Ana, akak akan tanya Qaisara dia nak makan apa, baru akak masak.
    Masa ojan, akim dok dengan akak sebab umi dan ayahnya ke Mekah. Akak akan tanya dia orang nak makan apa. Abang makan mee goreng, adik meehon goreng. qiasara pasta. Akak masak juga. Mungkin akak da terbiasa macam tu, sebab suami juga akan request apa yang dia nak makan sebelum masak.
    Mungkin ana penat dgn tiga orang anak utuk dijaga, akak faham. Tapi maaf ya..bagi akak dari tukar template tu lagi baik, anak gorengkan seketul dua ayam tu utk Aqilah, buang aje kulitnya supaya tidak pedas atau basuh. Maaf ya ana, kalau anak terasa.
    Tapi percayalah Ana..kadangkala perkara kecil sebegini, ingatan anak itu sampai dewasa.
    Menjadi ibu tidak mudah..banyak2 bersabar...

    ReplyDelete
  5. mmg geram jer rasa kalu cakap anak tak mau dengaq. tp, bila dah marah, kesian plak.

    jgn sedih2, u r not bad mama.

    ReplyDelete
  6. Ana...sebagai mak kita mmg suka beremosi (same goes to me...) dan apa yg ana alami pernah intan alami...dan selalunya intan try my best to follow them...tapi kdg2 gagal gak....esp si mizah ..kalau dia kata nak bihun goreng, tp intan bagi roti mmg dia tk mkn..tp kdg2 kena guna psikologi(selalunya my hubby yg main peranan...)sbb bebudak ni tkleh ikut kehendak depa 100% nnt 'melampau'..this one I learn from my mom....utk menjadi ibu 'mitahli' mmg tak semudah yg disangka ana....intan byk belajar dgn mak intan, cara dia besarkan kami yg mana dia tlh kehilangan suaminya(my ayah) sejak intan dlm kdgn dia......wallahualam

    ReplyDelete
  7. aiseh, siannya aqilah..

    kakyong sebelum masak akan tanya anak2 dulu, walaupun dah plan nak msak apa.. kdg2 anis & fikri akan request menu berbeza, fikri dia suka nak nasi goreng, anis suka cucur.. so, kena tunjuk kat depa brg/bhn apa yg ada utk dimasak.. nampak cam leceh sket.. tp better mcm tu.. sbb misi kakyong setiap kali masak, anak2 mesti makan...

    ade masa kita boleh ignore permintaan anak, tp kalo benda dah ade, tak salah masakkan sikit..


    huhuuhhh, jgn kecik hati ya ana.. jd ibu ni byk trial n error.. kakyong pun byk buat silap..

    ReplyDelete
  8. To Kak Su,Kak NZA,Nadiah, Kak NB, Leeja, Intan, kakyong..
    Terima kasih semua kerana prihatin dengan topik Ana kali ni.Daripada komen-komen yang Ana terima ini, Ana rumuskanlah semuanya sekali.Ana bertuah kerana ada kakak-kakak dan teman-teman yang sudi berkongsi nasihat dan pengalaman masing-masing dalam pendidikan dan pengajaran anak-anak.Kak NB dan kakyong, Ana tak kecik hati,Ana tak terasa hati. Terima kasih banyak kerana sudi menegur. Mungkin Ana ni yang terlebih emo, agaknya sebab nak PMS kot ^_^. Tanggungjawab seorang ibu tak akan terlepas walaupun dia bekerja. Selepas ni Ana kena lebih banyak bersabar dalam melayani kerenah anak-anak. Sebenarnya bila dah baca nasihat kakak-kakak,tiba-tiba teringat kembali apa yang mak Ana selalu buat bila Ana sekeluarga balik ke kampung. Mama tak penah miss untuk bertanya, apa yang nak kami makan sebelum dia mula memasak. Macam mana Ana tak boleh perasan tentang itu. Agaknya mungkin juga sebab Ana ni jarang masak.kahkah..dalam seminggu memang boleh bilang dengan jari, berapa kali masak dan selebihnya beli bungkus. Sebab itu Ana kurang prihatin dengan kehendak anak-anak.Sementelah pula apa yang kami makan, itulah juga yang anak-anak makan.Tak pernah banyak songeh. Bila Aqilah meminta selain yang Ana masak, ini menunjukkan dia sudah mula berselera untuk makan dan sudah pandai mencari seleranya sendiri. Cuma cara Ana mengatasinya adalah silap. Ana terpaksa akui kesalahan ana. Mungkin kalau Ana lebih bersabar pada ketika itu,dia tidak terus menangis sampai muntah-muntah.
    .
    .
    .
    .
    .
    huhuhu..
    .
    .
    .
    Insyallah, Ana berharap dan berdoa, ana akan jadi lebih..lebih..lebih..banyak bersabar dalam melayani dan mendidik anak-anak.Selepas ni, kalau ana nak marah-marah kat anak-anak, ana kena imbas semula macam mana susah dan sakitnya semasa ana melahirkan mereka. Mungkin pastu, ana takkan jadi nak marah-marah lagi. ^____^

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^