Friday, May 07, 2010

Pesta Buku Pulau Pinang 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kekecewaan ku sedikit terubat. Ngehngehngeh.... pasal per? Cam boleh teka tak? Ana pernah story tentang kekecewaan sebab tak boleh ke Pesta Buku Kuala Lumpur (link). 21 April hingga 28 April yang lalu ader Pesta Buku kat Perlis ni. So, cik abang pun bawak ler si cinta hati ni =P ke sana, berdua-duaan sahaja. Yer lah, tak mahu si cinta hati ni memuncung lagi. Awal-awal lagi dah pi. Tapi seperti sudah diagak kat Perlis ni, tak ada penerbit buku yang besar-besar (cam Alaf) turun. Yang ada hanya kedai-kedai buku/ toko buku plus company yang terlibat dengan pembelajaran anak-anak (cam Grolier, Linguaphone). Huhu...sadis kan? Yang lain-lain tu penerbit dari IPT dan Ujang. Ana hanya beli kamus dwibahasa edisi terkini sahaja. Kamus yang ada sampai dah bertukar warna sebab dibeli sejak dari bangku sekolah. kekeke...
Bila difikir balik, kenapa Ana nak sangat pergi ke pesta buku ni? Sebab kat pesta buku ni, Ana boleh dapat harga buku-buku yang lebih murah daripada harga ia dijual di kedai (of course ler, I nak beli buku yang ada diskaun kan, boleh borong banyak-banyak). Kedua, Ana nak jumpa dengan penulis buku yang tentu sahaja takkan boleh jumpa selalu (kiranya, penulis-penulis ni cam artis lah jugak... artis dalam bidang penulisan. Ok lah tu.). Masa nilah, kita boleh amik autograf, bergambar, tanya tentang kehidupan mereka (gosip-gosip..kekeke).. Hei..I lebih suka you, ambil tahu tentang kehidupan penulis berbanding artis yang berlakon/ menyayi tuh! Lebih berfaedah tau. Kutip pengalaman pembabitan mereka dalam bidang penulisan. Ketiga, hmm.. nak tengok suasana pesta itu sendiri. Macam sedut udara segar bila dapat sedut bau buku-buku tu. Wakaka.. ada ke macam tu plak? Ok. Cukuplah kot 3 sebab tu.
So, kesimpulan Pesta Buku Perlis, dari 5 bintang..Ana bagi 1 jer. Tak best!Ana dan cik abang buat 1 pusingan dalam dewan tu, pastu terus balik. Boring. Tak ada kelainan walaupun lokasinya berubah.
Kemudian Ana pergi pula ke Pesta Buku Pulau Pinang. Tapi sedikit ralat sebab Ana sempat pergi di hari terakhir. Hari Ahad Ana pergi bersama-sama adik-adik ku yang lawa tuh (Hanisah dan Shuhada) dan si kecik (Adlin). Ingat kan nak tangkap 2,3 buah novel Alaf, huhu...yilekkk! Banyak yang dah habis. Yang tinggal hanya yang tak berapa popular dan tak berapa berkenan di hati. 
Hampa juga. Ana berkira-kira nak ajak adik-adik balik. Pastu, Shuhada bagitau "Ana, kat hujung sana ada NB KARA" Macam tahu-tahu sahaja Ana dah mula berjinak-jinak dengan dengan novel kak Yati. Yerlah, sebelum ni kan RAM. Hoh! Kak Yati mai sini ka? Biar betul? Ana apa lagi, heret adik-adik dan Adlin ke booth NB. Yang ada Pak Seyit (suami kak yati- cam muka suami dia sebab selalu tengok dalam blog kak yati) dengan seorang lelaki. Wah! Hati Ana dah berbunga-bunga. Ana pun terus tanya pak Seyit, mana kak yati? Dia cakap on the way, baru check out dari hotel. Yeah! Ana suka. Akhirnya, terubat juga kekecewaan ana (ulangan ayat pertama di atas) Mujur adik-adik mahu tunggu. Ana dapat berjumpa dengan penulis kesayangan. Masa dok tunggu di belakang dewan, nampak kak yati and the geng, laju saja berjalan menuju ke booth. Sempat lagi bergosip dengan adik-adik. "Rugged jugak yer kak yati ni. Nampak muda. Berbeza dari dalam gambar." (Kalau kak yati baca entri ni, jangan marah yer. kuikui..) Ana sempat juga bersembang-sembang sekejap saja sebab nak balik cepat (kesian kat mama, dok masak sorang-sorang kat rumah. Ada cerita kat sini. Kami pergi waktu tengahari). 

Layanzzz... gambar-gambar Ana dengan artis kesayangan ni yang sempat ditangkap pada hari kejadian. kekeke...

Adlin dah dok tak diam sebab mengantuk. Masa ni, puteri kak Yati, si Qaisara melarikan diri. Malu ler tu...

Huwaa...besar mulut Adlin menguap ha..apa ler Adlin ni, ponat jer mama control ayu kat sebelah artis ni.

Haha..Adlin sudah berkenan dengan tudung Qaisara. Kalau tahu Qaisara nak datang Penang, boleh bawa Aqilah dan Iwani main sesama. 

Puteri Kak Yati ... Qaisara. Comel kan? Macam muka orang Arab. Mujur dia mahu juga berposing semasa adik Ana nak tangkap gambar dia. Terlindung lah plak dengan stroller Anis. Peace!


Ana sempat beli buku terbaru kak Yati -Layang-layang Bertali Kaca dan Viva Sakura. Hoyeii..Panjang umur kita jumpa lagi yer. Seronok dapat bersembang dengan kak Yati.




12 comments:

  1. Sue..(asal akak suka panggil sue aik) part cakap akak muda tu ..tak marah. Ha.ha.ha
    Ingat nak tengok Aqila, tapi ana tak bawak le pulak. Bukan apa teringat dia kena pukul hari itu..ha.ha, mesti jauh perlis ke kepala bataskan, apa2 pun thanks ya Suhana..

    ReplyDelete
  2. wah..syoknyer.. dapat jumpa dgn Kak Yati kat sana.

    ReplyDelete
  3. eh...eh... kak ana dapat jumpa org popular la... best la... terubat kecewa la tu... hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Kak NB,
    Tak kisah nak panggil Su pun boleh nak panggil ana pun bole. Tapi mmg dari dulu dah terbiasakan diri dgn Ana jer.hehe..
    Itulah, tak ada jodoh nak jumpe. Insyallah,panjang umo, Ana bawak Aqilah jumpa dgn kak Yati

    ReplyDelete
  5. ibu_Arifa
    Itulah Min. Mmg di hati ni berbunga-bunga mcm taman dah sbb dapat jumpa artis kesayangan. Bukan senang nak jumpa ooo...

    ReplyDelete
  6. 10
    Mmg suka sgt aten oii...mau tersengih2 sampai hari Isnin. Siap boleh berlagak lagi kat kwn opis...aku jumpe artis wooo..hoho (dalam nada riak tak hengat)kekeke...

    ReplyDelete
  7. Ana,
    oowhhh, kakyong sgt cemburu okeh..
    bila depa nak bbuat pesta buku kat Ipoh yer...

    ReplyDelete
  8. best tu...kt JB pn ada ttp jauh la nk g...mkn masa sejam stgh gak tu...

    ReplyDelete
  9. salam singgah..best nyer.mmg kiut kan muka puteri kak yati mcm arab,,ikut ayahnye ..

    ReplyDelete
  10. kakyong,
    kekek..tu yg saja tayang tu.Nak bagi jeles.Riak sungguh Ana ni!huwakaka...

    ReplyDelete
  11. NZA,
    Kalo ada artis2 penulis ni turun,Insyallah, Ana sanggup p.kekeke...

    ReplyDelete
  12. QisQas,
    Mmg comel.Sejuk perut mak dia.kehkeh..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^