Friday, May 28, 2010

Soalan anak ketika sebelum tidur

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Setiap kali selepas mengaminkan doa tidur bersama-sama anak, pasti soalan ini akan ditanya oleh Aqilah. Ana tak berapa pasti sama ada dia pernah diajar di taski atau sememangnya dia hendak tahu maksud perkataan tersebut. Ana pun masih belum berkesempatan untuk bertanya pada guru-gurunya. Tapi yang pasti soalan ini agak menjentik hati dan perasaan Ana sebagai seorang ibu. Bila si kecil sudah pandai atau mula memahami kewujudan istilah itu, tentu akan lebih banyak lagi persoalan yang akan diajukan. Ana tak berapa pasti, adakah patut kita berterus terang sahaja walau pun mereka tidak memahami keseluruhan cerita yang cuba kita sampaikan. Tapi Ana juga tak berapa nak setuju kalau kita mengambil sikap berdiam diri, mengelak untuk berjawab atau memberi jawapan yang palsu aka berbohong. Jadi, Ana seboleh mungkin akan cuba menjawab setakat yang dapat difahami dan sepertimana yang pernah anak-anak lihat di hadapan mata 
Ana pernah menghadiri majlis ini beberapa kali kerana pada tahun lepas seramai 4 orang ahli keluarga Ana telah kembali ke Rahmatullah - Wa (bapa saudara sebelah bapa Ana), Amati (ibu saudara sebelah mak anak) Tok baba (datuk ana sebelah mak ana) dan pak caq (bapa saudara sebelah mak ana)
Hmm... dah dapat agak apa persoalan yang diajukan oleh Aqilah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Mama, mati tu apa?"


10 comments:

  1. fikri dia tak pernah tanya..
    tp tiap kali tgk org eksiden (dlm tv le).. dia akan cakap org tu mati..

    so, la ni kakyong slow2 betulkan pemahaman dia pasal mati..

    dia kalo tgk drama melayu.. bila ade adegan yg dok atas katil, berselimut sampai muka tu, pada dia.. mati lah tu...

    cuma belum penah bawa dia p kuburan lagi... atok nya tak bagi.. so kami pun takde lah terdesak nak bawa dia.

    ReplyDelete
  2. anak2 akak pun tak penah tanya, tapi depa tau kot mati tu apa. siratu kalo balik kpg en. abah, mesti soh abah lalu kat kuboq tokwan dia. nak bagi salam katanya. bila dah sampai depan masjid, dia akan kata assalamualaikum tokwan..dok elok2 no dalam kuboq

    ReplyDelete
  3. Qaisara kalau baba dia cakap, Qaisara ni nakallah, nanti baba mati baru tahu. Dia akan menangis, dia cakap kalau baba mati siapa nak jaga dia..maknanya dia fahamlah erti mati, tapi akak tak suka pula nak bergurau dgn anak macam tu..kasihan..

    ReplyDelete
  4. mayb gak ada cikgu2 yg ajarkan tu...budk2 mcm2 dkt minda mrk....

    ReplyDelete
  5. kakyong
    Hoho, pemahaman anak-anak kan melalui pemerhatian mereka.Memang tak mustahil,kalau tengok melalu tv, mereka memang cepat tangkap apa yang ditayangkan.

    ReplyDelete
  6. MAMASYAZA
    Haha..Ana suka tang nasihat siratu utk arwah tokwan tu.

    ReplyDelete
  7. kak NOrhayati Berahim
    Maknanya Qaisara dah paham ler pasal mati.Bagi dia mati tu,dia takkan jumpa dah org tersebut.Tahu pula tanggungjawab bapanya sebagai penjaga dia.Bijak Qaisara ni.

    ReplyDelete
  8. Kak NZA
    Ana rasa2 jugak.Salah satu faktor, soalan tu ditanya sebab cikgu-cikgu kat sekolah ada ajar tentang hal ni.

    ReplyDelete
  9. dah tu kak ana bg jawapan apa?

    ReplyDelete
  10. 10
    Macam2 jawapan k.Ana bagi.Tapi ayat pendek2 jer dan berulang-ulang. Maklumlah,setiap kali tidur, dia tanya. Dia paham kot.
    Antaranyanya, mati tu... Allah dah ambil nyawa orang tu,mati tu..dia tido lama..tak bangun-bangun dah.Orang yang dah mati, kena tanam kat kubur,baca doa.
    Haa..itulah antara jawapannya.Heheh..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^