Wednesday, May 26, 2010

Tidurkan si anak ...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Tahun 2010 ni, Ana dah mula ajar anak-anak tidur berasingan. Kalau sebelum ni, Si Aqilah dan Iwani tidur sebilik, maksudnya Ana hampar tilam toto yang dilapik beberapa keping, tidur di bawah. Kesian juga bila tengok anak-anak berdua tu tidur kat lantai manakala Ana dan cik abang sedap tidur di atas katil. Tapi nak buat macam mana, Aqilah dan Iwani tidur buas. Kalau sebelah malam diberi bantal dan selimut, bila bangun pagi tengok bantal ke mana, selimut ke mana. Kadang-kadang tu, si Iwani dah bergolek di atas lantai, bukan di atas tilam (walaupun sudah dibuat pulau dengan bantal).Huhu...
Sebenarnya Ana dan cik Abang memang sudah menyediakan bilik untuk Aqilah dan Iwani, siap dengan kelengkapan bilik tidur termasuk katil, almari baju, kerusi dan meja tulis.


Tetapi memikirkan faktor-faktor usia mereka yang masih kecil, kasihan pula rasanya.
Bila tengok paten tidur mereka sudah berubah, mereka berdua pun sudah mula bersekolah dan Ana pun dah melahirkan Adlin, Ana nekadkan hati, tidurkan mereka di bilik berasingan dengan kami. Jadi, dapatlah mereka tidur di atas katil yang lebih selesa. Mungkin juga faktor penat bermain + belajar di sekolah, selalunya memang senang disuruh tidur. Dalam seminggu, adalah juga sekali dua, kedua-duanya atau salah seorang sukar disuruh tidur. Kebiasaannya, Ana lah yang perlu menidurkan mereka dahulu. Tetapi kadangkala, ada juga cik Abang yang tolong tidurkan, kalau kerja-kerja di dapur atau kerja-kerja membasuh masih belum selesai. Kadangkala, ada juga salah seorang akan tertidur di hadapan televisyen, jadi, Ana cuma angkat dukung dan tidurkan di bilik mereka.


Semenjak dah pandai menghafal doa-doa harian. Pertama, bila sudah tidur terbaring, Ana akan baca doa tidur beserta maksudnya sekali dan diakhiri dengan 'Amin'. Kedua-duanya akan ikut baca (kadang-kadang, depa baca dulu, Ana yang kena ikut, tukar tekong.kekeh..) Selepas tu, wajib... diulangi, wajib sayang pipi mereka sambil ucap 'Good Night'. Kalau tak cukup syarat, Iwani selalu akan peringat. Seperti contoh, Ana terlupa sebut perkataan 'Amin', Iwani akan jeritlah "Mama, Amin. Cakap amin." kehkeh..mcam-macam. 
Satu jer, yang Ana teringin nak buat dari dulu, tapi sampai sekarang tak pernah dapat buat.
Baca buku cerita sebelum mereka tidur. huhu...Nak buat camna ek?



14 comments:

  1. bagusnya..kecik2 dah train tdo sdiri.nanti nak ajar Aisyah camtu jugak lah

    ReplyDelete
  2. tengah malam... depa x bangun cari kak ana ke?

    ReplyDelete
  3. Ummi Aisyah,
    Kena ajar jugak. Kena ajar mereka berdikari, pelan-pelan lah kan. Lagipun, mak pak nyer pun nak jugak privacy kan.Ahaks!

    ReplyDelete
  4. Aten,
    Depa akan bangun jugak dalam pukul 3 atau pukul 5. Selalunya salah seorang jer dan Iwani paling kerap jaga sebab, dia ni penakut sikit kalo k.ana tak ada kat sebelah. Aqilah plak biasanya akan tidur sampai pagi.Tapi depends lah. Kalo, dua-dua orang keletihan sangat di siang harinya, depa tak akan jaga dah sampailah pagi esok.

    ReplyDelete
  5. bagus tu..saya pun dh latih dorang tidur asing dr kecil lagi..cuma hadif jer belum lagi....tp kekadang tu mmg dorang suh temankan dulu..ikut mood...hehhe

    ReplyDelete
  6. seawal usia 2 thn kak nza mmg dh pisahkan tmpt tidur anak2......

    Ada kes anak murid drjah 1 yg masih tidur dgn ibubapa slalu dok cerita yg bkn2....ktnya dia pura2 tidur lena n mlm2 dok mengenap ibubapa dia dok wat...tut....alahai....bahaya sungguh budak2 nie...

    ReplyDelete
  7. masa ami kecik2 dulu pun akak buat camtu, bentang toto..tdo kat bwh. en abah tdo atas, tapi sampai bila anak2 nak kena tdoq sekali ngan parentskan, so akak hias bilik ami cantik2. bila dia tengok trus setuju nak tdo dalam bilik sendiri

    ReplyDelete
  8. ana,
    kakyong tak penah punbuat sesi mambaca sebelum tidur.. sbb depa ni xde jadual tidur yg tetap.. so, bila dah jam 11 mlm.. ayahnya akan tutup semua lampu.. so ibu pun kena stop ngadap lappy.. so bila masa nak baca buku, kalo bilik seme dah gelap...

    tidur bilik asing ni, dah cuba utk fikri.. tp sbb dia sorg kan.. so memang tak berjaya lah..
    kami ni anis, ibu & aliya tido atas katil & en ayah + fikri tido bawah (tilam + comforter)... hheheee....

    ReplyDelete
  9. Ana, Adam dah tido dibilik dia sendiri. but liza tido ngan dia la. Mula2 dulu, si adik pun tido sekali ngan adam, so, bila dan dua2 lena, liza bgn la masuk bilik liza. but sekarang nie, yg kecik tu, dah manja sgt ngan ayahnya. dah takleh berenggang dgn ayah. so, liza terpaksa la tido ngan adam.

    Malam2 mmg liza bacakan buku cerita utk anak2. but not every night la. kalau dulu, buku cite english. but, skrg dah diselangselikan dgn buku cerita melayu juga untuk perkembangan bahasa melayu. tp anak2 liza, kalau liza bacakan buku, depa tak baring macam kita tgk dalam tv tu, depa duduk. kadang2 dok terlompat2 jugak.tp baca jelah. Good luck buat ana utk baca buku utk anak2.

    ReplyDelete
  10. MaMa3H
    Ya, betul.Walaupun mereka masih kecil.Kadang-kadang tu, kesian jugak.Tapi kena keraskan hati untuk latih dari kecik.Kalau tak, nanti sampai besar masih nak tidur bersama.

    ReplyDelete
  11. kak nza
    Hoho..itu memang sangat bahaya kalau berlaku.Kang tak pasal-pasal, cerita di sebalik selimut tersebar gara-gara si anak terskodeng mak bapak buat projek.kehkeh...

    ReplyDelete
  12. MAMASYAZA
    Wah,satu cadangan yang bagus jugak tu.Hias bilik mereka cantik-cantik,agar depa tertarik dengan suasana tu.Baru depa bersemangat nak dok dalam tu dan tak takut walaupun bersendirian kan.

    ReplyDelete
  13. kakyong
    Membaca tu mungkin sekadar selingan pendidikan sebelum mereka tidur.Tapi Ana rasa ia tak menjadi kesalahan kalau tak dapat buat pun.Waktu2 lain pun masih ada kalo nak bacakan cerita utk mereka.Cuma Ana sekadar berkeinginan nak berbuat demikian.Tapi setakat aktiviti sekarang pun, Ana dah puas hati.Yang penting,sebelum tidur dah pandai baca doa tidur.

    ReplyDelete
  14. leeja
    Thanks leeja for ur story from ur experience. Menda baik,so, cuma atas daya usaha jer lah..hendak seribu daya kan.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^