Wednesday, June 09, 2010

Berubat dengan Al-Quran

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Kadang-kadang bila badan letih, kepala sakit, perasaan stress atau emosi tengah berkecamuk, hati sedang rawan a.k.a jiwa kacau, 
Allah SWT akan beri petunjuk tersirat yang mungkin tak terduga. Tak sedar sangat pun, tapi pasti terdetik juga dalam hati, "Eh, ni macam berkait je dengan masalah aku?" Maksudnya sesuatu yang boleh membuatkan diri (fizikal dan mental) kembali lega sangat-sangat. Walau pun kadang-kadang tu bukanlah penyelesaian secara terus kepada sesuatu masalah yang dihadapi, tapi masih boleh membuatkan diri rasa lega...dan tersangat-sangat lega. Petunjuk tu (boleh ke guna istilah petunjuk-- hint sesuai kot, ceh translate ke English jer) datang dalam macam-macam cara.
Kalau macam yang selalu Ana alami, biasanya Ana akan terjumpa atau terbaca atau terdengar atau terlihat sesuatu artikel/ rancangan radio @ tv/ buku ke tentang sesuatu yang berkaitan dengan masalah yang sedang Ana hadapi.
Seperti baru-baru ni, Ana diserang demam, batuk, selsema. Dan virus selsema ana dah berlarutan sehingga 2 minggu lebih. Memang tak selesa sangat-sangat. Biasa teruk, waktu awal pagi di ofis dan sebelah malam bila berada di rumah. Sengal satu badan, Tuhan sahaja yang tahu. Mood hilang, moody, kesiannya kat anak-anak dan suami. Kadang-kadang ok, kadang-kadang ko. Nak menulis dalam blog lagilah tak ada mood. Idea melambak-lambak, sanggup terperam dalam otak. Tak boleh nak korek keluar, macam ada dinding kebal kat dalam kepala. Apa yang dibualkan oleh orang sekeliling pun, Ana macam endah tak endah, telinga bengang, macam dok dalam bilik kebuk tanpa udara. Penghujung serangan, Ana diserang sakit kepala, yang amat sangat. Rasa-rasanya, kalau dihentak kepala ke dinding, mungkin rasa sedap yang amat sangat. Tu dia sampai macam tu skali rasa sakitnya. Ingatkan dah migrain dah. Rupa-rupanya doktor kata sinus. Ceh!
.
.
.
.
.
Apa hint yang Ana dapat kali ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
Cover dari Mr Google

.
.
.
.
Ana terjumpa semasa nak proses input rekod dalam sistem. Mungkin Ana boleh belek-belek isi kandungannya dan kongsi sedikit dengan semua.

Lapang dada:
Baca ... Robbisyrohli

Dukacita/ susah hati
Baca Subhanallah dan Ya hayyun ya qayyum

Banyak lagi sebenarnya boleh didapati dalam buku ni. Yang lain-lain tu, boleh baca sendiri lah kot. Boleh dapatkan di toko-toko buku berhampiran anda. Cheewah..cam nak promosi lak.

~sharing is caring~

9 comments:

  1. satu info, satu terapi minda...

    ReplyDelete
  2. berguna sungguh info ini. thanks Su...

    ReplyDelete
  3. ana,
    sakit ni adakalanya nikmat..
    sesekala sakit.. dia nak buang segala toksik.. at the same time supaya kita selalu ingat pada Allah.. ;)

    ReplyDelete
  4. kalu kena sinus mmg susah la nk hilang kecuali kena brpntang mkn...

    ReplyDelete
  5. gud ana ;)..zety pon kdg trus nk bace ayat igt2 lupe..plg byk sebut istighfar je

    ReplyDelete
  6. Saddan Juhari, 10, Anje, kak Su, Kak Wa, kakyong, kak NZA, Zety

    Hehe..terima kasih semua. etul kata kakyong, penyakit itu ujian dari Allah. Cuma terserah ler pada kita samada nak menghadapinya cara yang bagaimana. Nak menerima dengan redha atau sebaliknya.Cara nak atasi sebenarnya banyak kaedah. Kadang2 yang paling senang, istighfar seperti kata Zety. Bukannya ayat Al-Quran yang panjang2 pun yang perlu dibaca. Sekadar satu ayat yang dah selalu kita ucap.Tapi, itulah dah nama pun manusia, selalu nampak sesuatu itu sebagai satu kepayahan dan kesusahan. Bila jatuh sakit,selalu bersangka buruk.Minta Allah memelihara hati dan perasaan kita agar tidak terus bercelaru dan menghadapinya dengan tabah. Nau'zubillah!

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^