Wednesday, June 30, 2010

I-City Shah Alam

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Masa kami berada di Nilai (rumah mentua) cuti sekolah yang lalu, Ana begitu beria-ia mengajak Cik Abang untuk bawa anak-anak ke Shah Alam (hoho..mak nyer yang terlebih sudah aka gedik nak ke sana). Ni semua gara-gara terpengaruh dengan kak su (MAMASYAZA), kehkehkeh...Dan akhirnya Ana berjaya memujuk Cik Abang. Kami bertolak dah agak lewat, selepas maghrib baru kami bertolak dari Nilai ke Shah Alam. Mujur juga ada GPRS. Kalau tidak, mahu sesat juga walaupun Ana penah belajar di UiTM Shah Alam dekat 3 tahun.Tapi Shah Alam sudah begitu banyak berubah. Lagipun, dah dekat 10 tahun. Mana nak sama dah. Macam-macam ada kat seksyen 7 tu yang dulunya padang jarak jer. Sekarang dah macam bandar yang tersendiri. Masa kami baru memasuki seksyen 7, hujan turun renyai-renyai. Rasa sedikit kecewa sebab pasti tak boleh nak turun dari kereta untuk melihat pelbagai replika yang dihiasi lampu LED. Tapi, Alhamdulillah, sebaik sahaja kami memarkirkan kereta, hujan pun berhenti. Walaupun malam, tapi cuaca agak panas sedikit. Pengunjung bukan semakin kurang tetapi semakin ramai. Sampaikan nak bergambar di sebelah replika-replika tersebut pun terpaksa menunggu giliran. Dan kita akan dapat lihat, setiap pengunjung yang datang pasti memegang kamera di tangan. Masing-masing tak mahu melepaskan peluang mengabadikan kenangan di situ. Dasyat sungguh penangan taman rekreasi ini. Oklah, meh tengok gambar-gambar model-model yang tidak bertauliah.hihihi...

Laluan berjalan masuk. Kami melalui deretan kedai dan laluan antara kedai tergantung lampu berupa tanglung.

Ada rupa macam pokok epal tak?

Apalah yang dijenguk Aqilah dan Iwani? Ada sesuatu yang mengujakankah, sampai ternganga mulut tu haa?

Iwani yang masih tercengang-cengang melihat lampu LED yang memenuhi setiap ruang taman I-City

Kakak Aqilah yang malu-malu menjadi model di atas panda berlatar belakangkan pokok buluh cina

 Teruja melihat replika panda berlampu

Aqilah melihat replika kuda unicorn, rusa dan pelbagai lagi haiwan dengan penuh rasa geram kerana tidak dapat berada berdekatan dengan haiwan tersebut

Adlin yang teruja sampai nak cabut replika pokok krismas berlampu


Model legging

Close up

Eh! Jadi model ubat gigi pulak.hehehe...

Wah! Adlin di bawah pohon sakura...

Model ni garu kepala pulak

Replika haiwan

Four charlie's angels

Model ibu dan anak. Rasa-rasa siapa yang lebih teruja yer? 
Ibunya ke atau anaknya? kehkeh...

.
.
.
.

Salam sayang daripada Suhana Shahril

10 comments:

  1. bestnya...kak nza xsmpai2 lg kt situ...mesti meriah n cantik disimbahi cahaya lampu....

    ReplyDelete
  2. hehehe, akhir sampai jugak kat sana, bestkan, anak2 akak pun teruja tgk lampu warna warni tu, lain kali jgn lupa singgah makan nasi lemak kat situ, restoran cinta sayang...sedappp

    ReplyDelete
  3. besnya..dah lama plan nak g ctu tapi tak jadik2 lagi..harus pergi pasni..

    p/s:kan main lagi anak dara 3 orang ni posing yek..

    ReplyDelete
  4. bestnya kak ana... cantek la lampu2 kat ctu...

    ReplyDelete
  5. wahh.. best nya...
    sonok tgk aksi4 charlies angle... ;)

    ReplyDelete
  6. kak NZA
    Mmg best. Wlpun sekadar lampu..tp..entah ler..tak terucap..sbb takjub bila nengok...cantik teknologi buatan manusia ni..

    ReplyDelete
  7. MAMASYAZA
    Betul tu kak Su. Teruja sgt2..hanya dgn lampu LED jer boleh membuatkan satu tempat tu meriah macam pesta

    ReplyDelete
  8. Ummi Aisyah || Cik Yah

    haa..pegi..jgn x pegi..mesti kena p..wlpun x sehebat taman rekreasi di Genting tu..tp sronok lah juga melihat suasananya

    ReplyDelete
  9. 10
    memang cantik Aten.Kalo p KL,kena singgah jgk shah alam skali...best!

    ReplyDelete
  10. kakyong
    haha...setakat nak jadi model..sanggupppp...kehkeh..

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^