Sunday, June 20, 2010

Kenapa malam?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Cik abang Ana sangat suka aka gemar memandu pulang ke kampung pada waktu malam atau kadang-kadang dah lewat petang baru nak bertolak dari rumah. Ramai jugaklah ahli keluarga yang rasa pelik. Kenapa tak bertolak waktu siang? Lebih selamat dan dapat sampai awal ke destinasi yang ditujui. Memandu waktu malam, mengundang mengantuk. Merbahaya dan sebagainya. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Tak ada siapa yang salah dan tak ada siapa yang benar. Ana berharap sangat semua orang faham (maksudnya ahli keluarga Ana), situasi kami sekarang.
Suami Ana jenis orang yang berjaga malam, dan sebelah siangnya banyak tidur (kalau tidak bekerja aka hari cuti). Sejak zaman dia belajar lagi, dia banyak membuat kerja pada waktu malam. Katanya, sebelah malam lebih banyak idea (kerja design). So, bila dah dekat 8 tahun berkahwin ni, Ana dah mula faham sedikit demi sedikit rentaknya. Ana dah memang tak boleh ubah tabiatnya itu. Walaupun pada mulanya, ada tarik muka masam juga. So, kalau nak ke mana-mana di awal hari, Ana memang kena inform siap-siap kat dia pada sebelah malam, untuk pastikan dia bangun awal pada sebelah paginya (dia selalu tidur balik selepas subuh, memang lah tak elok sebab Rasulullah SWA sendiri dah kata rezeki tak masuk) tapi nak buat macam mana, dah jadi tabiat. Susah dah nak ubah. Jadinya, dia memang suka memandu pada waktu malam.
Kenapa malam?
Katanya, malam sejuk sikit udaranya. Tak panas macam waktu siang. Bila malam, anak-anak akan tidur sepanjang perjalanan dan tak buat banyak ulah. Bila malam juga, tak banyak kereta atas jalan raya. Jadi, dia boleh memandu dengan tenang sebab tak ada traffic jam. 
Insyallah, setakat ni, perjalanan kami pulang ke kampung, selamat. Biasanya, dia akan berehat secukupnya di sebelah siang, sementara Ana menyiapkan barang. Jadi, dia akan segar di sepanjang pemanduan. Bila mengantuk, macam biasalah, dia akan berhenti tidur atau rehat di mana-mana kawasan R&R. Percaya tak? Pernah sekali tu, perjalanan dari Perlis ke Nilai mengambil masa 10 jam, gara-gara dia berhenti tidur. Bayangkan betapa lamanya kami berada dalam perjalanan tu. Itu sebab dia kurang tidur sebelum perjalanan. 
Kalau dah cik abang mengantuk, kenapa tidak Ana jer yang gantikan?
Haha...cik abang memang tak harap Ana memandu untuk long distance tambah-tambah lagi kat highway. 
Agak-agak, faham tak apa yang Ana bebel hari ni? kehkeh...oklah. Ana dah puas hati sebab dah luahkan sebab musabab kenapa kami suka travel waktu malam. Harap-harap mereka faham dan mengerti seperti mana Ana juga faham dan mengerti cara mereka. 

Ketika baru sampai di rumah mertua pada pukul 3 pagi. Anak-anak biasa akan terjaga bila kereta berhenti.

Adlin masih belum dapat membiasakan diri dengan atok nya. 
Mungkin sebab lama-lama sekali baru nak berjumpa.

Mak mertua yang sanggup bangun memanaskan makanan setiap kali kami pulang ke Nilai.
Semua masih mengantuk. Menunggu masa untuk tidur semula.

Salam sayang untuk semua. No hard feelings, ya!

7 comments:

  1. ooo... camtu citernya... memandu waktu malam, minyak pun save kak ana...

    muka ngantuk tapi still comei anak2 kak ana...

    ReplyDelete
  2. tak kisah bertolak siang ka, mlm ka, janji selamat sampai, yg penting kita selesa ngan apa yang kita buat. en. abah pun jenih yg suka berjaga mlm, katanya lebih tenang n byk idea kalo nak buat drawing dimlm hari, setiap org berbeza cara hidupnya..tak gitu

    ReplyDelete
  3. kak nza suka kalu suami drive mlm ttp apa nk buat suami kak nza suka brtolak seawal selepas solat subuh kalu blk kg.....bila smpt prtngahan jln panaz mula la membahang..yelh prjlnan selama 10 jam tu....masing2 ikut keselesaan espclly driver tu....

    ReplyDelete
  4. betul tu..lain2 org..lain2 lah caranyer..tapi kalo suruh saya drive mlm2 susah siki..saya rabun ayam sikit memalam ni..hihihi

    ReplyDelete
  5. yeah,ktorg pun suke drive mlm2..rasa cam tenang,jalan tak sesak..then boleh mkn byk2..hihihi!

    ReplyDelete
  6. tomey betol tengok si adlin ni..ehmm.drive malam ade pro n kon nya..tapi kalu saya suka balik kg waktu siang.

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^