Friday, July 16, 2010

Contest Tagline Kakyong[dot]com

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



SYARAT-SYARATNYA:

Mesti ada blog.
ADA

Link kan kakyong[dot]com dan kakyong's shoppe di bloglist kalian.
DAH BUAT

Tampal banner di sidebar dan link ke n3 contest ini.
DAH BUAT

Buat entri contest di blog. Content entri -
  (i) cadangkan tagline yang superb - tak lebih 15 patah perkataan ya.. yang penting short dan precious.. 70% markah disini. Sila nyatakan @ penerangan kenapa di cadangkan tagline superb itu..
CADANGAN ANA - "INI KISAHKU DAN KESAYANGANKU..." Bila Ana kata kisahku tu maksudnya secara keseluruhan iaitu cara dan kaedah kakyong dalam menghadapi hidupnya sehari-hari seperti contoh hobi dia yang suka berbloging, menjahit crossstich, memasak dan sebagainya. Oppss..terlupa, lagi satu kakyong ni kira senior gak dalam penggunaan CDs (cloth diapers). Kesayanganku tu pula ... mestilah tentang anak-anaknya, suaminya, keluarganya termasuk adik-beradik, kawan-kawannya dan lain-lain lagilah.

Kenapa?
Kerana Kakyong ni seorang isteri, ibu, anak, kakak, adik, kawan dan wanita yang amat penyayang. Selama perkenalan Ana di alam maya ni, kakyong yang Ana kenal seorang yang lembut tetapi tegas. Bijak dalam menguruskan hal ehwal anak-anak dan ana kategorikan beliau sebagai seorang suri rumah yang berjaya mendidik dan mengajar anak-anak dan dalam masa yang sama boleh melakukan kerja sampingan (work at home mom) bagi menambah pendapatan keluarga. Daripada cara beliau berbloging, beliau seorang yang sentiasa up to date tentang ilmu dunia blog (termasuk hal-hal berkaitan widget tambahan dalam blog). Dia rajin ghodek-ghodek menda-menda ni suma dan kemudiannya sedekahkan pula ilmunya kepada bloggers yang lain. Tak kedekut ilmu kakyong ni. Ana banyak juga belajar daripadanya kerana dialah blogger yang pertama menegur Ana dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak kakyong!

 (ii) beri pandangan kalian tentang blog kakyong[dot]com - apa yang suka, apa yang tak suka, serta cadangan & penambaikan untuk content entri blog adalah sangat2 dialu-alukan...
Pandangan ana tentang blog kakyong ni - Best..memang best. Ana tak pernah ketinggalan membaca setiap entri yang beliau tulis. Ada ilmu tentang dunia blog, ilmu tentang cloth diapers, tentang makanan dan yang paling best adalah tentang anak-anaknya yang hensem dan comel bam bam.Ahaks!

Ada satulah yang bukannya ana tak suka tapi sedikit terkilan iaitu kotak komen kakyong. Selepas kakyong tukar pakai intensedebate ni, ana sukar nak tinggalkan komen.Ana pun tak pasti kat mana masalahnya. Mungkin juga pada pc ana di ofis. Ana selalu blogwalk di ofis (ana sentiasa open screen blogspot sambil buat kerja). Kalau balik rumah, bila-bila free sahaja, baru ana sempat blogwalk kembali ke blog kakyong dan tinggalkan komen. Selalunya ana tak dapat tinggalkan komen sebab tak sempat nak blogwalk balik. huhuhu...
Tapi apa-apa pun, blog kakyong memang best bangat! Sebab sentiasa ada pembaharuan dengan widget-widgetnya. Tabik spring untuk kakyong!

Tinggalkan permalink @ link entri anda di kotak komen entri ini.
DAH BUAT

Hadiahnya :
  • Beg anyaman (1st & 2nd winner)
  • Cross-stitch with frame - saiz 4"x6" (1st & 2nd winner
  • 1 pc CD QQbaby Minky (ibu reservekan brown stripe zebra) (1st winner)
Tarikh tutup: 31 Julai 2010

Jom lah sertainya! Anda masih ada masa lagi.

7 comments:

  1. oh... sayang menyayangi... good luck...

    ReplyDelete
  2. salam Ana,

    kakyong suka dgn cadangan & komen.. kembang montot den... hahahha... siapalah daku dibandingkan dgn blogger lain yg lebih otai..
    cuma part kotak komen tu.. payah nak berpatah balik ke asal.. sbb nanti ratusan komen tu semua akan hilang... ada masa boleh komen kan.. so kalo ade hari xleh tinggalkan komen tu.. tinggal je mesej kat kotak jerit..

    cuma kan.. i'll prefer tagline in BM.. sorry yer lupa nak letak dlm syarat. Ana boleh ubah selagi belum duedate.. just let me know ya...

    ReplyDelete
  3. kakyong
    Ohh..ok kakyong Ana dah ubah tagline yang baru..
    Ttg komen kotak komen kakyong tu,idaklah ana suruh sampai tukar.Ishh...x patut sangat.Lagipun itukan blog kakyong.Ana sekadar memberitahu rasa terkilan di hati jer sbb x dpt nk ninggalkan komen.Takpelah, ana amik inisiatif cenggini jer..kalo xle tulih kat kotak komen,ana jerit kat shoutbox jer...oklah yer.Harap kakyong faham...ok...hehehe

    ReplyDelete
  4. kak nza,
    Thanks kak NZA...taknak try ke?

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^