Wednesday, July 14, 2010

Iwani...oh Iwani...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Pelakon utama: Ana dan... of course budak nakal tapi cerdik...Nur Iwani
Pelakon yang terlibat sama: Aqilah, Cik Abang dan Cikgu Sekolah
Tempat kejadian: Rumah dan Sekolah
Hari  kejadian: Isnin, Selasa, Rabu
Masa kejadian- 7.15 pagi - 7.30 pagi dan sebelah petang


 Begini ceritanya...

Sehari sebelum hari Isnin, maknanya hari Ahad lah tu...Ana beli multivitamin (tablet) kat Guardian untuk anak-anak (anak-anak Ana ni memang mengalami masalah kurang berat badan, jadi kena ada supplement untuk tambah berat badan-atas nasihat jururawat dan doktor). Pilih punya pilih berkenan lah multivitamin ni.... Oklah kan harga lebih kurang RM20++ (botol besar 60 tablet) dapat free lagi botol kecik (30 tablet).

Hari Isnin, pada masa kejadian, Ana buka yang botol kecil. Ana bagi seorang satu multivitamin tu termasuklah Adlin (Alhamdulillah dia dah pandai hisap macam hisap gula-gula). Selepas tu, Ana letak atas meja makan. (Salah Ana sebab tak simpan kat tempat yang sepatutnya). Kenapa Ana tinggal atas meja? Sudah tu, Iwani dah mula mengamuk nak bawa ke sekolah, jadi sebagai umpan untuk tidak buat perangai, Ana tinggalkan kat situ dan cakap, nanti petang suruh abah bagi pula. Ana pun sibuk dan menyibukkan diri siap-siap pakai tudung dan kelam kabut menyumbat beg-beg sekolah dan anak-anak dalam kereta. Ana betul-betul tak sangka dan entah masa bila Nur Iwani ambil multivitamin tu satu botol dan masukkan dalam beg sekolah dia.

Pada sebelah petangnya lebih kurang dalam pukul 6 petang, selepas sampai di rumah, sebelum buka pintu rumah, Iwani dah terjengul kepala sambil menangis. Katanya abah pukul dengan rotan.Betul. Kat tangan dia ada sebirat bekas rotan.
Bila Ana tanya kat cik abang, cik abang jawab, Iwani begitu banyak perangai dan merap yang amat.
Selepas tu, kedua-dua beradik tu dah mula meminta untuk makan vitamin tersebut. Sekejap saja dah lupa diri dia yang baru lepas kena rotan.

Ana: Eh, kan mama letak kat atas meja makan. kenapa tak suruh abah bagi?
Aqilah: Mama, Wani bawa kat sekolah. Pastu, kawan ambil. Pastu..pastu..pastu..bla..bla..bla..
Aqilah dah mengadu versi bahasa dia. Ana tengok atas meja, memang tak ada. Ana tengok Iwani.
Ana capai beg sekolah Iwani. Buka zip beg, betul..ada kotak vitamin, tapi botolnya tiada. Yilekkk...

"Wani bawa vitamin pi sekolah ke?"
Dia angguk. Ana dah terduduk. Pastu rasa cam nak menjerit macam tarzan
Adoih la Nur Iwani.Cuba juga tanya kenapa dia bawa ke sekolah dan siapa yang ambil? Tapi seperti biasalahkan, bukan dia nak ingat. Kalau ingat pun, tak reti nak cerita. Kalau reti cerita pun, Ana plak yang tak paham cerita dia yang bagai versi Spain lawan Belanda. Eh..eh..melalut ke Piala Dunia plak.
Soal siasat apa pun tak guna. Jadinya, tunggu sahaja hari esok, untuk bersoal jawab dengan cikgu sekolah dia.

Hari Selasa, sebelah petang, selepas ana balik kerja, cik abang bagitau, cikgu sekolah yang ditanya itu tak tahu apa-apa tentang hal tu. Kena tanya guru kelas dia.

Pagi Rabu (hari ini), selepas sesi salam-salam dan peluk cium Aqilah dan Iwani, kebetulan ada guru kelas Iwani, Ana pun tanyalah...

Ana: Cikgu ada nampak tak Iwani bawa vitamin satu botol ke sekolah
Cikgu sekolah: Ha..ada. Saya nak ambil dia tak bagi. Dia dah bagi kat kawan-kawan dia seorang satu. Dia sendiri dah makan banyak biji.
Ana: ha...tak apalah cikgu. Kalau dah dia bagi-bagikan pada kawan-kawan tak apalah. Ingatkan hilang (ingatkan cikgu ada ambil simpan kan, huhu...) Saya halalkan sahajalah.



Rasa nak gelak, nak nangis,nak marah,nak senyum,nak risau ....semua bercampur baur. Baiknya anakku itu..pemurah sungguh. Mujurlah engkau tak demam hai anakku gara-gara overdose.huhuhu...
Ana masuk kereta, hantar Adlin kat nurseri. Sampai pejabat, terus telefon Cik abang. Cerita apa yang telah diberitahu cikgu sekolah.
Cik abang: Yang ingat tak hari Isnin tu, Iwani kena pukul. Patutlah Iwani terlampau hyper, merap tak hengat dan tak mau dengar cakap, sampai kena rotan. Rupa-rupanya overdose makan multivitamin.
Dia gelak-gelak.
Cik Abang: habis tu yang buat apa?
Ana: Nak buat apa lagi? buat bodoh Halal sajalah, dah masuk perut budak-budak tu dah jadi tahi pun.

Cik abang gelak-gelak sambil tanya
"Agak-agak Iwani ikut macam siapa ya?"

Ana: Macam abanglah kot..(agak2 je...Ana rasa ana ni kedekut juga)
Cik abang gelak-gelak lagi. Banyak gelak lah plak.
 Dia cerita tentang masa kecik dia yang curi duit bapak pastu baling-baling kat kawan-kawan kat sekolah macam ala-ala scene Anakku Sazali.
.
.
.
Jadi, simpulan bahasa pada hari ini
.
.
.
Like father, like daughter


Hehehe...


14 comments:

  1. oooo... camtu citernya... seb baik x sakit ke apa ke sbb makan overdose...

    em... hawa pun suka makan... abis satu nak lagi... dah tu kena janji dengan dia esok lak boleh makan...

    ReplyDelete
  2. multivitamin brand champs ker???anak2 intan dulu duk mkn gak..tp tk konsisten sbb tak larat suh kakak pos...sini mahal lagi...

    ReplyDelete
  3. hehe..mana la tumpahnya kuah kalau tak ke nasi :D

    ReplyDelete
  4. samala anak2 akak pun. kena kawal kalo bab makan vitamin ni, kalo ikutkan hati depa satu btoi tu pun boleh habih dlm masa sehari. baru2 ni akak ada belikan vitamin c kat cosway, vitamin bentuk buah2an, kalerful lagi...kejap aja dah habis, budak bertiga tu buat projek, kalo beli vitamin c yg ribena punya lagila dasat...mmg kena betul2 pantau

    ReplyDelete
  5. xpelh, sedari kecil dh nmpk sikap pemurah iwani tu ana...bagus tu....cuma dia kecil n blm faham ubat ke apa..yg dia tau bnde tu manis n sedap so boleh syer dgn kekwn......

    alahai kesiannya siap kena rotan dgn abah...

    ReplyDelete
  6. 10,
    Itulah Aten.Multivitamin mmg bagus tp kena ikut aturan juga.Kalau terlebih makan,takut demam je sbb suhu bdn boleh jadi panas.Mujurlah dia ok.Cuma, itulah,sprt yg suami kak ana cakap, dia mmg buat perangai sgt2,mcm2 yg x kena aka merap.

    ReplyDelete
  7. mujur lah iwani tak apa2... kalo jatuh sakit ke apa... haru juga..

    pasni kena beringat2 lah ana..
    kakyong pun kdg2 kerap juga lupa nak simpan minyak rambut/bedak/losen ditempat asalnya.. pastu apa lagi anak2 buat projek la... huhhuuhh, nak jd tarzan pun bila teringat balik sendiri yg salah sbb lupa nak simpan ke tempat asal... kdg2 ibu ni camni lah, bila dah tgn capai sana-sini, jd lupa...

    ReplyDelete
  8. mama3hz
    Intan, depa ni makan macam-macam jenis multivitamin, yg penting ada lysin.Yg latest ana beli ni jenama Chewies.Kat Malaysia ni pun, Ana slalu beli yg ada offer/sale macam yg ana citer ni. Beli yg besar,dpt percuma botol kecik. Haha..lebih kurang macam tu lah.

    ReplyDelete
  9. Nadiah Sidek
    Haha...abah diorang ni memang macam-macam.Samalah cam anak2..punnn..macam-macam.

    ReplyDelete
  10. MAMASYAZA
    Itulah pasal. Selalu kalau beli, masa time nak bagi tu kena bawa keluar siap-siap.Tak boleh tunjuk bekas dan simpan kat tempat yg tersembunyi.kalau depa dah tau tempat,satu hari tu mau 5..6 kali minta ataupun selagi tak habis satu botol,selagi tu lah dok minta.hahaha...

    ReplyDelete
  11. kak nza
    Insyallah..harap-harap tu sentiasa bersikap pemurah.
    A'ahlah kak, dia terlampau banyak ulah petang tu,abah dia plak mgkn letih dan dah x boleh nak kawal ragamnya,itu yg kena rotan juga.

    ReplyDelete
  12. kakyong
    Iyerlah kakyong.Salah sendiri juga sbb tak simpan balik sbb dok beralasan, petang karang cik abang boleh bagi kat depa selepas jemput dr sekolah. Tak sedar masa bila dia ambil.Cepat, cekap dan tangkas betul sampai ana pun tak sedar.huhu...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^