Friday, July 23, 2010

Musim buah-buahan ^_^

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Baru-baru ni (Sabtu dan Ahad yang lalu),tok mama dan tok baba Aqilah, Iwani dan Adlin datang ke Perlis (ibu bapa ana). Mereka datang bersama-sama adik Ana, Muhaimi dan isteri serta Hanisah (adik). Kiranya kedatangan mereka itu sebab mak dan bapa ana nak bawa pasangan pengantin baru itu menziarah sanak saudara sebelah bapa Ana di Kedah (nak berkenal-kenal dengan saudara sebelah sana).

Jadinya, selepas seharian menziarah (hari Sabtu), malam tu mereka singgah bermalam di rumah Ana.
Maaflah yer, tak ada pula gambar semasa dok berkumpul ramai-ramai tu.
Kebiasaannyalah, bila baba Ana tu balik kampung, makcik-makcik (mak saudara) pasti memberi ole2 dari kampung. Sementelah pula sekarang musim buah-buahan. Haaaa, makan sampai tak hengat.

 Buah rambutan...Aqilah dan Iwani panggil buah durian..hahaha..


My favourite... manggis dan dokong...huhu..kerana 3 ulas dokong ni lah, ana membuang angin a.k.a kentut tanpa henti semalaman..sesapa yang angin tu jangan cari pasal nak memakannya ya.



Akhirnya, Ana berjaya juga mengupas cempedak ni. First time belah cempedak, bangga habislah tu. sebelum-sebelum ni pandai makan jer. Hehehe...


Terliur tak tengok isinya? Goreng pun sodap...

Sehari sebelum tu, ada pasar malam berdekatan dengan rumah. Cik abang Ana memang tersangatlah suka makan durian. Jumpa sahaja buah kesukaan tu, terus sahaja dibelinya sampai 4-5 biji. Katanya Sangatlah suka sebab dia berjaya menghasut anak-anak untuk turut serta makan raja buah tu. Ana pun tak sangka, mereka begitu menikmati kelazatannya. Tambah-tambah si kecil, Nur Adlin... sampai menjilat jari. Ana tak suka durian. tak reti nak makan. Memang dari kecil tak suka. Buah lain tak apa. Jadinya. nasiblah engkau Ana, dah kahwin pun dengan orang yang asal usul kampung dari Perak. Negeri yang memang terkenal dengan buah durian, petai, jering dan pekasam. Oh, ya.. tapi jangan pelik pula, Ana makan masak tempoyak. Ana pernah cerita tentangnya di sini. Layan jerlah keletah anak-anak ana makan durian yang dibeli oleh Cik abang di pasar malam dan buah yang dibawa dari kampung.

Aqilah dan Iwani yang sudah mengikut jejak langkah cik abang yang hantu durian

Kusyuk betul depa makan
** Sila abaikan gambar baju yang berlonggok di belakang itu

Nyam..nyam..sambil menjilat mulut...meh la makan dengan kami

pssttt: Cik abang tukang kopek. Anak-anak tukang makan. Ana tukang ambil gambar jer. Ana tak makan durian ni. Tak lalu. hehehehe...

16 comments:

  1. sedapnya buah rmbutan tu..
    Comel jerr tgk 3 powerpuff girls tu mamam......

    ReplyDelete
  2. ana,
    ni betul kenduri buah-buahan tempatan...
    sedapnya dokong.. kakyong memang jenis berangin.. tp kalo makan dokong byk pun boleh.. tak de angin... jgn cempedak dgn nangka jer... mau angin pus2 dlm perut... hehee...

    ReplyDelete
  3. terliurnya tengok cempedak tu..kak ana, pos cket kat kita.

    ReplyDelete
  4. saya pun suka semua buah2an tempatan... kalo yg pokok sendiri lg la suka...

    ReplyDelete
  5. sedapnya cempedak tu..suka mkn cempedak goreng!

    ReplyDelete
  6. bestnye kenduri buah-buahan tempatan!

    ReplyDelete
  7. kak NZA,
    Haha..makacih kak. bebudak ni makan sampai langsung tak heran kat kamera.Tambah2 si Adlin.Makan cam biasa makan,padahal baru 1st time bagi makan.

    ReplyDelete
  8. kakyong,
    mmg kenduri sungguh.Maklumlah kami berdua campur anak-anak 5...memang tak terhabis. Cempedak tu bila dah masak semua, ana goreng bagi sebekas kat jiran sebelah

    ReplyDelete
  9. Ummi Aisyah || Cik Yah
    Haha..memang sedap sebab manis2...nak pos?Rasanya x sempat sampai, posmen dah makan kat tgh jalan dulu sbb x tahan dok bau..hahaha

    ReplyDelete
  10. 10
    A'a..kalo kampung sendri ada tanam lagi seronok..mmg jimat banyak...nak ajer p amik..xyah bli2 mcm kami ni..huhu..

    ReplyDelete
  11. Nadiah Sidek
    Tak apa, nanti bila dah balik sini, boleh makan puas2...ke ada jual kat sana mcm kisah durian yg Nadiah penah crita dulu?

    ReplyDelete
  12. SyidaGorjes
    Hoho..mmg best bangat...tak terhabis

    ReplyDelete
  13. khusyuknya bebudak tu makan doyan

    ReplyDelete
  14. alahai..ana tak makan duyan tp makan masakan tempoyak?? adeii..rugi2.
    Makan dua2..
    sambal tempoyak colek pun sodap..

    akak ni hantu buah..ngee..
    akak makan gak buah dokong tp kurang berminat sgt. akak lebih suka langsat. Walaupun kulitnya bergetah tp isi dia takde ler manis bermadu sgt mcm dokong.
    hehe..
    lidah masing..ye dak??

    ReplyDelete
  15. Kak Ina
    Memang kusyuk..tambah2 si kecik tu...

    ReplyDelete
  16. ALoNa Cintamaniszlite
    Hehe..nak buat camna kak..dah tak lalu..dah penah try..tp mmg akan muntah balik...cik abang ana mmg suka sakat kalo dia bli durian.Siap slalu dok kata,kang time ngandung nak minta ana tringin nk makan doyan..huhu...
    Dia mmg suka lah dgn doyan tu..hantu doyan sungguh dia...

    ReplyDelete

Mari berhemoi dengan Suhana Shahril

Followers

Kami sudah ber-6... ^__^

Kami sudah ber-6... ^__^